22.6.2018
Assalamualaikum..
Selamat pagi semua sahabat..
Voodoo 2 dan TOK GOMO
Gambar jin ifrit pulak keluar ye.. Hahahhaha. Abaikan.. Sebabnya pokcik kalut tak sempat nak cari gambar lain. Kejap lagi pokcik nak drive pulak.
Malam tadi, pokcik pergi ke rumah mokcik Kasih Umie. Pergi atas jemputan makan sahaja tiada niat lain. Baru sahaja sampai, sahabat dari KL perihal VODOO tu call. Pokcik call dia sebelum ke rumah mokcik kasih umie tapi dia tak angkat.. Dia keluar katanya.. Tak apa laa kan..
Pokcik memang berniat nak usahakan dia malam ini. Sebab itulah pokcik call. Alang-alang dah dia pula call, rumah mokcik kasih umie laa jadi mangsa. Hahahhahha... Dipendekkan cerita, pokcik terus check dia. Berat sangat bahagian kepala. Apa pun, alhamdulillah seizinNya. Kemudian dia mengadu juga sakit pada bahagian kanan pinggangnya. Dah ambil tadi nampaknya dah tiada kesan sihir..
Pelik jugaklah kan.. Apa pun bagi memuaskan hatinya, pokcik buat juga. Tak hilang kesan sakitnya. Pokcik jadi pening. Adehhhhh. Buat lagi sekali sebabnya memang tak ada langsung kesan sihir.. Akhirnya dia mengaku, itu kesan kecederaan lamanya. Adoiiiiiiiiii.. Bab luka cedera pun nak pokcik usahakan hilang juga pedihnya.. Hahahhahha.. Macam-macam.. Apa pun, semuanya dipermudahkan oleh Allah. Hilanglah sakit-sakit kepalanya dan bahagian lain kecuali tempat cedera itu..
Selesai sahaja kes itu, pokcik berbual dengan mokcik kasih umie.. Dia ceritakan perihal laptop yang hilang. Dia pergi berjumpa dengan seorang bomoh. Perasap kemenyan bagai laa kan.. Tak pe laa bab tu. Laptop tu pun dah lesap entah kemana.. Kebetulan pula mokcik kasih umie membawa suaminya yang sakit saraf. Apa lagi, makin rancaklah si bomoh.. Katanya si suami ada buat amalan salah.. Huhuhuhu..
Memang si suami tak mengakulah sebabnya memang tak ada pun.. Mokcik kasih Umie pun mengatakan memang dia tahu, si suami tak pernah amal apa-apa. Senyaplah si bomoh. Kini tumpuannya pada mokcik kasih umie pulak. Hahahhahahhahhahhaa. Katanya si mokcik ada mengamalkan ilmu seri wajah dan ilmu penunduk. Semua orang akan dengar katanya.. Pening pulak mokcik. Katanya anak buah di tempat kerja, Jenuh dia suruh. Suruh tiga empat puluh kali baru jalan kerja mereka. Hahahhahhahhaa..
Jauh sangat telahan si bomoh. Tak habis di situ, dia kata mokcik kasih umie ada buat amalan pulak.. Makin pening laa.. Hihihihihi. Katanya lagi amalan dia menyebabkan sekarang dia jadi ibu kepada polong. Bela polong pulak dah.. Adoiiiiiiiiii.. Jadinya nak dia ikhtiarkan boleh katanya, kain kuning, hitam dan merah kena bawa.. Dia dah sediakan sebenarnya sebab mokcik nampak. Maksudnya beli dengan dia sahaja kain itu...
Kemudian diminta pula sediakan ayam kampung. Nak bahagian paha ayam sahaja setelah dipanggang. Nak paha ayam rooster pulak. Telur ayam kampung juga harus disediakan. Telur itu mestilah telur yang baru. Maksudnya lepas keluar dari perut ayam, terus dibawa ke sana. Akhir sekali dia nak pulut kuning.. Tudia.. Pokcik nak cakap karang, kata mempertikaikan pulak. Tapinya pokcik teringat kisah DO RE MI.. Hahahhahhahaha.. Apa pun, pokcik tak bagi mokcik pergi. Dari cerita barangan hilang, timbul cerita lain pulak. Macam-macam noo..
Santaiiiiiiiii...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.