Sunday, 16 September 2018

CAKARAN JIN

15 9.2018

Assalamualaikum...

Santai malam..

Kes petang tadi macam ni laa gayanya tapi bukannya setakat di tangan. Muka, perut, kaki pun kena.

Alkisah...

Pokcik ke Perumahan Kampung Padang Jaya petang tadi dalam pukul 5 petang.. Sesampainya di sana, si sakit yang baru berusia 13 tahun ( perempuan ) sudah sedia menunggu di rumah adiknya.. Menurut keluarga ini, anaknya selalu bercalar di bahagian tangan, kaki, muka dan perut tanpa sebab. Terbaru berlaku dua hari lepas selepas anaknya selesai solat maghrib. Selepas solat anaknya tidur sekejap kerana keletihan. Dia kemudiannya bangun kerana rasa pedih. Dilihatnya sudah ada cakaran di bahagian yang pokcik katakan di atas...

Emaknya juga selalu melihat kelibat dalam rumahnya. Pernah juga si anak bermimpi diberikan sesuatu oleh seorang budak dan dia mengambilnya. Nampaknya bukan seorang yang sakit dalam rumah itu... Tambahan pula si sakit muntah darah selepas mendapat cakaran tersebut.. Kali ini pokcik terpaksa scan mohong-mohong untuk cuba memahami pattern gangguan.. Rupa-rupanya gangguan lebih kepada saka keturunan... Si emak pun mengaku bahawa neneknya mempunyai saka dan tak sempat dibuang pada akhir hayatnya..

Walaupun kesan cakaran itu dah kering sepenuhnya tetapi apabila pokcik doakan air dan memintanya minum, dia berasa pedih.. Sebenarnya pokcik rasa tak selesa apabila berkaitan dengan saka. Nak cakap serba salah. Tak cakap diorang pulak tanya. Dah tu nak tak nak kita sampaikan dalam bentuk paling berhemah supaya tidak ada sesiapa tersinggung dan apa yang disampaikan dapat diterima baik oleh keluarganya..

Dipendekkan cerita pokcik ikhtiarkan pagar budak itu.. Dia dah rasa lain macam. Dia mula berdebar-debar, gelisah dan sebagainya.. Matanya mula meliar melihat ke atas syiling. Katanya dia mula terasa pedih pada bahagian cakaran serta terasa berat pada bahagian paha. Tanpa banyak bicara, pokcik terus usahakannya. Alhamdulillah rasa pedih semuanya hilang seizinNya cuma dia berasa sakit tiba-tiba pada bahagian rusuk. Alhamdulillah setelah pokcik ikhtiarkan hilang sakitnya serta merta seizinNya. Dia kepenatan yang amat sangat dan terus merebahkan badannya tanpa segan silu.. Alhamdulillah selesai satu bab seizinNya...

Pokcik ingat keluarganya hanya nak usahakan si anak yang kena cakaran itu sahaja tetapi nampaknya panjang lagi cerita.. Pokcik Ingatkan si ayahnya tak nak ikhtiar, maklumlah masa pokcik sampai tadi, pokcik terdengar soalannya pada adik iparnya.. Siapa yang nak rawat Aina? (bukan nama sebenar). Gamaknya pokcik tak gaya macam perawat yang dia biasa jumpa agaknya. Dengan pakai jeans dan T-shirt simple sahaja dan tak berkopiah, jubah bagai. Agaknya laa tu. Sebab tu soalan tu keluar dari mulutnya.. Kebetulan pulak pokcik baru masuk ke rumah adiknya tu selepas keluar sebentar ke luar rumah..

Sebaik sahaja dia tengok anaknya alhamdulillah, tiba-tiba terpacul keluar permintaan daripada si ayahnya.. Ustaz, saya nak ustaz tengokkan saya pulak. Saya berasa tak sedap hati dah lama. Alamak, Ustaz laa pulak. Adehhhhh.. Dia sambung, sebenarnya saya ni buka perniagaan kedai potong di Gambang (bukan tempat sebenar). Ramai kata  tapak kedai saya tu keras. Sebab tu saya nak mintak ustaz tengokkan saya pulak, katanya sambil terbatuk-batuk..

Kali ini pokcik usahakan si ayah pula. Niat asalnya nak minta pokcik tengokkan sahaja. Taktik le tu. Dia tahu kalau ada takkan pokcik nak biarkan sahaja jin tu berpesta riang. Kan. Hahhahahahhaa.. Sebaik sahaja pokcik pagar dia dah mula meremang. Bahagian belakangnya terus menjadi berat. Boleh tahan jugalah. Lama dah pokcik tak pegang pesakit maklumlah kebanyakkannya perempuan. Kali ini pokcik pegang di belakangnya. Hahhahahhahha....

Dia mula bergetar dan terhuyung-hayang seperti nak tumbang. Dia kemudiannya terbatuk-batuk beberapa kali.  Nasib baik juga tak kerasukan. Hahhahahhahha. Apa pun alhamdulillah seizinNya. Panas katanya. Dia kata, alhamdulillah dah tak rasa macam mula-mula datang tadi.. Alhamdulillah Allah permudahkan.. Sejujurnya apabila pokcik pegang belakangnya pokcik sudah berasa seperti berada di suatu tempat tapinya gelap sahaja. Wallahuaklam. Hanya Allah Maha Mengetahui..

Ingatkan setakat tu sahaja. Tiba-tiba si isterinya bersuara. Alang-alang ustaz ada ni, saya pun nak minta tengokkan juga. Hahhahahahhaa sama je taktik si suaminya. Tak apa laa, pokcik layankan aja. Pokcik kata dah lewat ni, saya rembat terus ye. Kalau Allah izin alhamdulillah. Sebaik sahaja pagarkannya, dia terus berdebar. Terus rasa takut dan sebagainya. Apa pun disebabkan dah lewat, pokcik ikhtiar karate terus. Alhamdulillah hilang debarnya dan sebagainya seizinNya. Selepas itu anaknya seorang lagi pokcik usahakan. Sama juga keadaannya.

Nampak gayanya, kelibat yang dilihat di rumah mereka berlaku apabila mereka melihat dari sudut pandang jin. Dengan kata lain, satu keluarga bermasalah bukannya si anak yang kena cakaran itu sahaja. Kesimpulannya, sesiapa yang rasa dia kasyaf atau melihat kelibat dan sebagainya, cubalah check.. Hihihihihi. Setelah berbual sebentar perihal keluarganya yang dikatakan mempunyai kaitan dengan bidan, perihal orang mengandung yang disampuk dan sebagainya, pokcik minta diri untuk balik. Macam biasalah orang Melayu. Ayat akhirnya. Nak kata macam mana ni? Jawapan pokcik seperti biasa, sedekahkan ke masjid atau surau. Doakan kesejahteraan dan kesihatan pokcik suami isteri..

Sekian.
Wallahuaklam. Salam hormat

#GambarSekadarHiasan

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.