Sunday, 23 September 2018

RINTIHAN SANG SUAMI

2.6.2018
Assalamualaikum..

.

Baiklah, malam tadi dalam pukul 1.30 pagi kalau tak salah, pokcik usahakan seorang perempuan dari jauh.. Menurut cerita daripada suaminya, isterinya nusyuz biarpun ketika ini dia sedang mengerjakan umrah... Pelik juga laa pokcik apabila mendengar masalah si suami itu...

Menurut suaminya, si isteri tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Telefonnya pun dibawa ke dalam tandas sekiranya dia mandi, dan sebagainya. Nombor pinnya sering bertukar dari semasa ke semasa.

Biasanya dah tentu ada hubungan dengan lelaki lain laa kan.. Menurut suaminya lagi si isteri memberitahunya bahawa dia tidak boleh melarangnya walaupun dia nak bersosial ataupun mengadakan hubungan dengan lelaki lain. Yang peliknya si suami hanya menangis tetapi tidak melakukan apa-apa terhadapnya. Dayus laa kan...

Apabila si isteri ke Mekah, dia mengambil kesempatan untuk berubat biarpun sebelum ini dia ada juga berubat katanya.. Kini sudah kering air matanya, katanya lagi. Dia sudah hilang sabar dan ingin menceraikan isterinya itu biarpun kini dia ada anak bersamanya yang baru berusia tujuh bulan.. Sedih pula pokcik dengar...

Katanya lagi, kini dia tunggu isterinya balik dari Mekah pada hari esok untuk menceraikannya..
Sadis juga laa tapi pokcik tak salahkan suaminya.. Apa pun, pokcik usahakan suaminya dulu.  Pokcik beritahu dia bahawa dia kini dalam keadaan serabut dan tidak dapat berfikir dengan waras.. Orang gila, tidak boleh diterima cakapnya walaupun melafazkan cerai sefaham pokcik kerana dia tidak tahu apa yang diperkatakannya..

Dah usaha suami, nampaknya dia dah mula boleh berfikir dengan lebih tenang. Kini lebih sadis pula.. Semalam dia telefon sahabat pokcik nak bertanyakan adakah pokcik sudah usahakan orang rumahnya.. Datang sayang laa pulak kan.. Sebelum ni asyik nak ceraikan sebab si isterinya nusyuz.. Adoiiiiiiiiii kesian dan makin rumit masalahnya..

Pokcik check orang rumahnya dari jauh semalam. Maksudnya ketika pokcik scan tu dia masih di Mekah.. Tak nampak pula unsur sihir dan sebagainya... Mungkin Allah kasihan kepada mereka atau pun timbul keinsafan ketika dia di tanah suci, wallahuaklam.. Dah pokcik tak nampak ada sebarang unsur khianat maka pokcik hanya doakan agar Allah satukan kembali hati mereka.. Nak bina masjid memang susah. Nak musnahkannya memang dalam sekelip mata sahaja..

Jadinya, pokcik nak ingatkan kaum isteri di luar sana, tidak cium bau syurga si isteri yang derhaka kepada suami selagi dia tidak menyuruh membuat kemungkaran.. Tambahan pula si suami meminta si isteri memakai pakaian yang menutup aurat dan sebagainya.. Apa pun pokcik doakan yang terbaik untuk mereka. Moga si isteri kembali insaf dan si suami pula tidak menceraikannya.. Moga kisah kali ini memberikan sedikit pengajaran buat sahabat semua..

Alhamdulillah sehingga pokcik update posting ini bertarikh 22.9.2018 si suaminya itu tidak lagi menghubungi pokcik. In shaa Allah orang rumahnya sudah kembali ke pangkal jalan. Mungkin juga keberkatan tanah suci Mekah dan doa suaminya diperkenankan oleh Allah. Mungkin juga timbul keinsafan dalam dirinya setelah berada di sana. In shaa Allah. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian alam..

In shaa Allah terselamat sebuah masjid yang terbina...

Wallahuaklam.. Salam hormat..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.