Monday, 10 September 2018

PESAKIT DISURUH TONGGENG BONTOT

6.8.2018
Assalamualaikum...

Alhamdulillah sebagaimana pokcik bagitau tadi, lebih kurang pukul 5.30 petang pokcik menghubungi ahli group kita ni... Bukan apa, pokcik tak suka dengar dia dok tonggek pungkok tangkap gambaq walaupun ikhtiar berdepan.. Hihihihihi...

Terima kasih atas doa sahabat-sahabat kita yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraan sahabat kita yang sakit.. Ini termasuklah doa moga segala urusan pokcik dipermudahkan oleh Allah.. Moga malaikat turut mendoakan kesejahteraan sahabat semua serta seisi keluarga sahabat....

Kali ini jalan cerita pokcik akan letakkan sekali snap shot satu-satu di bawah supaya sahabat lebih faham jalan ceritanya... Kita update slowly noo.. Hihihihihi...

Dahulu pokcik dah hubunginya untuk melihat apa masalahmya.. Bukan apa, senang nak proses apabila tiba waktunya.. Jadinya tak payah nak tanya banyak-banyak kali...

Keesokannya sahabat kita ini pm pokcik lagi.. Maksudnya semalam laa kan.. Pokcik nak janji pun tak boleh laa.. Maklumlah orang tua.. Nanti tiba-tiba pening kaa sakit pinggang kaa manalah kita tahu kan.. Nak dijadikan cerita, petang tadi pokcik ada kelapangan sikit.. Pokcik pulak hubungi dia tetapi dia berada di luar.. Dia tanya pulak, boleh kaa nak usahakan waktu dia di luar.. Manalah boleh.. Takkan dia nak duduk kat tengah jalan raya.. Kena pulak merasuk.. Jenuh laa kecoh habis satu kampung.. Kan..

Pokcik janji akan usahakan dia kalau dia tiba di rumahnya pada pukul 5.30 petang.. Kalau lambat, lain kali pulak laa kan.. Kena laa ambik nombor dan giliran baru pulak... Alhamdulillah pada pukul 5.21 dia tiba di rumah.. Maksudnya pokcik tak ada alasan nak lari laa kan.. Kena hadap laa kan... In shaa Allah..

Katanya dia dah berada di rumah tamu rumahnya bersama-sama dengan suami.. Elok sangat laa tu kan... Belum mula lagi Dia dah sendawa. Nak muntah katanya. Pokcik kata, baru sembang saja.. Tak buat apa pun lagi.. Dok sembang dalam group OK je.. Tak dak pulak nak sendawa muntah bagai.. Kan... Hihihihihi. Pokcik suruh dia piii ambik besen atau plastik bagi persediaan bimbang dia muntah. Kan... Setelah semuanya bersedia pokcik pun mesej akan memulakan rawatan... Pokcik minta dia serahkan handset kepada suaminya. Biar suaminya yang memberi arahan dan dia hanya bersedia untuk memulakan rawatan..

Baru nak mula, tiba-tiba suaminya mesej.. Katanya isterinya mula sedih.. Nak menangis katanya.. Hihihihihi takkan jin tu sedih awal ni. Nak terpisah agaknya.. In shaa Allah.. Pokcik memang tak balas laa mesej dia sebabnya pokcik dah kata, pokcik akan mesej hanya apabila selesai nanti.. Kan.. Jadinya sebarang mesej tidak akan dilayan.. Macam biasalah, pokcik doakan agar jin tu tak dapat lari. Bukan apa, bimbang kerja jadi sia-sia...

Setelah itu barulah pokcik mula.. Entah apa agaknya yaa yang pokcik berhadapan kali ini. Bayangan pokcik sebelum ikhtiarkan ialah seorang perempuan berambut panjang. Gayanya macam pontianak pun ada. Macam bidan pun ada.. Dengan kata mudah, seorang perempuan tua yang agak buruk rupanya. Wallahuaklam.. Abaikan bab yang pokcik nampak tu. Anggaplah sebagai hiburan. Jangan ambil serius sangat.

Dah selesai satu bab, pokcik pun mesej kembali.. Sebenarnya semasa ikhtiar tu dia dah menangis dan muntah dengan banyaknya.. Habis peringkat awal peringkat pertama, suaminya bertanya kenapa dengan jari telunjuk isterinya sakit. Tudia aih nak marah pokcik pulak. Tak habis lagi pun.. Bukannya habis rawatan dah. Mujur jugak pokcik tak stop rawatan. Buat pun bukannya berbayar. Kan.. Nanti sahabat baca apa yang ditulisnya. Hihihihihi...

Sebenarnya rawatan saka bukanlah semudah yang disangka. Tambahan pula, saka dah bersarang dan beranak pinak. Si isteri pun dah berubat berdepan merata. Kan... Tak apa. Pokcik abaikan emosi sebab itu mainan syaitan. Pokcik terus usahakan jari si isteri. Selepas itu pokcik usahakan perutnya.. Katanya  ada sesuatu menendang dari dalam...

Baiklah.. Seterusnya baca di bawah ye sebab apa yg pokcik taip tadi hilang...

Oleh sebab kes ni melibatkan ahli group kita jadi dia dah membetulkan keadaan..

Baca ye...
Santaiiiiiiii..



















No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.