29.4.2018
Assalamualaikum..
Malam tadi dalam pukul 10.00 iaitu selepas makan pokcik terbuka hati nak pergi ke sebuah rumah di Perumahan Kampung Padang Jaya Kuantan.. Gambar itu diambil sebaik sahaja pokcik sampai di sana.. Ketika itu kami baru sahaja sampai dan tuan rumah baru buka rumahnya itu...
Dah dua tiga hari pokcik diundang untuk cuba ikhtiar rumah itu.. Tuannya kini tidak lagi tinggal di situ dan tinggal di rumah kakaknya kerana takut tinggal bersendirian.. Maklumlah perempuan.. Katanya dia sering terdengar bunyi guli di atas syiling rumahnya.. Dahulu guli itu kecil.. Kini, guli itu semakin besar dan bunyinya semakin kuat... Guli itu akan berbunyi pada pukul sepuluh pagi serta selepas azan maghrib sehinggalah tiba waktu solat Isyak...
Oleh sebab tuan rumah perempuan, pokcik mengajak orang rumah pokcik, ustaz ( sahabat pokcik), kakak tuan rumah, serta tuan rumah untuk pergi ke rumahnya itu... Kakak tuan rumah pada awalnya tidak mahu masuk ke rumah itu kerana takut... Sebaik sahaja kami sampai di hadapan rumah, ustaz terus sendawa dengan kuat dan berulang-ulang kali... Haih.... Awal tunggu ni, katanya...
Biarkan, pokcik kata.. Terus pokcik bergerak ke rumah itu.. Ketika itu anak saudara tuan rumah membuka pintu pagar rumah. Pokcik tak tahu pun dia akan datang sekali malam tadi... Dia melurutkan tangannya kerana bulu roma dan naik.. Mungkin tengkuknya dah mengembang gamaknya.. Anak saudaranya itu juga ada kelebihan untuk merasai kehadiran entiti... Sebaik pintu rumah dibuka, mereka semua mengundurkan diri.. Macam tak mahu masuk je... Hahahhahhahhaa... Dengan salam, assalamualaina waala ibadillhissolihin, pokcik masuk ke rumah itu....
Ada sofa di muka pintu rumah. Pokcik menjeling ke sebelah kiri.. Kuat getaran kehadiran entiti tersebut.. Tak sempat buat apa, dia dah lari ke belakang.. Pokcik mengekori hingga ke dapur untuk mengesannya tapi tak ada... Tuan rumah dan orang lain baru sahaja masuk ke rumah dengan perlahan-lahan. Macam nak cekup sang kancil je.. Hihihi... Pokcik meminta izin untuk melihat di setiap bilik.. Tuan rumah membenarkan.. Setelah diperiksa, tiada lagi apa-apa entiti yang menunjukkan kehadiran mereka.. Adoiiiiiiiiii.. Tak sempat ikhtiar pagar rumah tu dulu sebelum masuk...
Pokcik mula terfikir-fikir untuk membuat kaedah resap.. Hahhahhahhahhaa.. Pokcik nak tarik masuk entiti masuk ke dalam sahabat pokcik tu.. Tapinya nanti nampak macam lakonan pulak.. Nanti tuan rumah kata kami sudah berpakat... Pokcik membatalkan niat tersebut... Tak ada apa dah ni, sahabat pokcik memberitahu.. Anak saudara tuan rumah pun memberitahu perkara yang sama... Kata mereka, tadi ada jin yang menunggu di sofa itu tetapi dah pergi.. Semua termenung.. Tuan rumah mula bersuara.....
Sebenarnya saya takut tinggal di rumah ini. Rumah ada tetapi saya menumpang di rumah orang lain. Hantu ni seperti tahu kalau saya nak keluar bilik dan nak minum air di dapur.. Apabila niat sahaja nak minum air, dia dah mula buat hal di ruang tamu.. Sebaik sahaja saya keluar bilik, automatik bulu roma saya menegak.. Tengkuk dah mengembang. Sebab itu saya jarang duduk di ruang tamu. Banyak masa dihabiskan dalam bilik.. Selalunya, sebaik sahaja nak melangkah ke dapur pasti akan ada bunyi di situ.. Katanya sambil menunjukkan arah bunyi tersebut iaitu bersebelahan dengan televisyen dan berdekatan dengan meja makan di ruang tamu rumahnya itu..
Kalau saya tengok televisyen, memang saya pasang kuat volume.. Sebab takkan bagi anak-anak dengar bunyi, sambungnya lagi.. Habis tu anak-anak semua dengar juga ke? Tanya sahabat pokcik... Ya, katanya.. Mereka pun dengar apa yang saya dengar... Macam tu pulak ye.. Hihihihi.. Alang-alang pokcik pergi, takkan nak pulang dengan tangan kosong.. Mesti nak juga ada ole-ole sebagai kenang-kenangan.. Hahhahahha..
Oleh sebab jin itu dah lari, maka daripada balik tangan kosong, pokcik akan ikhtiarkan tuan rumah itu... Jin di rumah itu akan pokcik uruskan malam ni pula setelah pagarkan rumah itu dari jauh terlebih dahulu.. In shaa Allah... Pokcik meminta tuan rumah duduk berlunjur berdekatan dengan pokcik.. Dia menurut sahaja permintaan pokcik.. Terus pokcik pagarkan dia sebabnya perasaan dia yang agak takut apabila pokcik kata pokcik nak datang ke rumah itu membuatkan pokcik rasa dia pun ada gangguan.... Macam nak pecah jantung debarnya, kata tuan rumah itu....
Setelah dipagar, pokcik memeriksanya.. Ternyata ada juga entiti bertenggek di belakangnya... Pokcik buat isyarat kepada sahabat pokcik yang duduk di sofa berhampiran.. Pokcik menunjukkan belakangnya.... Sahabat pokcik hanya senyum sahaja.... Memang ada entiti mengganggunya dan bertapak di kepala dan belakangnya.. Tanpa membuang masa pokcik terus ikhtiarkan tuan rumah itu.. Kelihatan dia gelisah dan berpeluh.. Kakinya kelihatan tidak selesa dan digerakkan sekejap di atas bersilang dan sekejap ke bawah... Dia kelihatan amat tidak selesa sungguhpun pokcik langsung tidak menyentuhnya...
Tanpa bersoal jawab panjang, pokcik terus berdoa agar dihapuskan segala anasir jin dan gangguan yang berada padanya.. Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan... Menurutnya dia berasa belakangnya berkeping-keping semasa pokcik ikhtiarkan tu.. Berat dan tidak selesa katanya.. Kini alhamdulillah dah ringan. Kepalanya juga selalu sakit dan dia makan panadol namun keadaannya tetap begitu.. Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan pada malam tadi.... Pokcik meminta dia mandi limau untuk memulihkan semangat..
Pagi tadi dia ke rumahnya semula pada pukul 10.00 pagi gamaknya... Hihihihihi.. Bunyi guli semakin kuat seperti mencabar... Hahhahahha semalam dia sempat lari seizin Allah.. In shaa Allah, malam ini pokcik akan pergi lagi ke rumah itu setelah pagarkan dari jauh.. In shaa Allah.. Alhamdulillah masalah pada tuan selesai seizin Allah.. Kini pokcik akan usahakan rumahnya pula setelah pulang dengan hampa malam tadi kerana jin itu sempat lari semalam.. Doakan usaha pokcik dipermudahkan oleh Allah pada malam ini.. Moga berjumpa lagi pada sambungan yang akan datang.... Wassalam...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.