Thursday, 13 September 2018

TINTA MIU MIU EPISOD 5

Assalamualaikum sahabat semua

Sambungan bahagian 5

Jauh dari pandangan.

Bila kesihatan saya perlahan lahan pulih..semakin lama semakin saya dekat dgnNYA. Saya dekatkan diri saya dgn org yg positif dan Org yg memberi impak yg bagus utk saya ikuti. Saya gembirakan diri sendiri. Saya menjalani kehidupan yang sihat.

Saya belajar erti Redha perlahan lahan..Lama hendak fahami perkataan itu. Hendak capai perkataan ikhlas pun susah. Tetapi saya tidak putus asa utk terus perbaiki diri dan solat. Selain itu saya membina sebuah tabung khas (coway4masjid) dan kerja kebajikan perseorangan yg tidak pernah saya fikirkan selama ini dan tidak pernah saya buat. Perlahan lahan saya cuba lengkapkan 5 waktu solat. Saya cuba istiqamah walaupun sukar permulaannya. Nak perbaiki diri masa mula mula amatlah payah sgt tetapi jika niat baik.insyallah

Bagaimana dgn ex tunang? Dia seperti itu juga tiada perubahan langsung, menjadi seorng pembenci kepada saya. Apa apa berkaitan dengan saya, dia tidak ambil kisah lagi. Saya sudah mencuba sedaya upaya selamatkan hubungan ini. Dahulu jika terserempak dgn dia, saya hanya nampak mukanya kusam, gelap, hitam dan perutnya buncit( yg sebelum ini perutnya flat). Jalan bongkok, Keadaaan dia tidak terurus. Matanya kuyu. Saya tidak tahu jika org lain nampak begitu tetapi saya pandang dia dlm keadaan begitu rupa. Dan paling seram bila saya hampiri dgn dia..saya mengigil seluruh badan dan berdebar2 mcm jantung nak luruh. Saya jadi takut dekat dengan dia. Sudah lama saya tidak bertemu dengannya. Perlahan lahan hilang dari pandangan mata....

Saya rasa pandangan saya di tutup supaya sy tidak dpt melihat dia. Org lain nampak sahaja dia di mana mana tetapi tidak saya. Saya rasa sihir sudah merebak ke seluruh anggota badannya dan emosi pun sudah berubah. wallauaklam.

Saya dpt lihat dia di luar bangunan berdekatan dgn MRT. Perjumpaan akhir kami di MRT itupun kami terserempak secara tak sengaja. Bulan 6 yg lalu. Kemudian kami dah tak berjumpa hingga sekarang. Kasihan sungguh saya melihat dia. Sangat teruk keadaannya. Org yg baik di aniayai. Adik beradik dia ada suruh dia berubat tetapi Mak dia mcm keberatan pula nak bawa ex tunang jumpa ustaz ( sampai ke hari ini masih tangguh) Adakah maknya tidak percaya kepada perkara alam ghaib ini? Wallauaklam.
Ex tunang selalu katanya sihat sejahtera dan tiada apa2...keadaaan dia baik baik shj.( Jin pembohong besar. 😤)

Note: Sambungan episod finale  malam nanti sebab panjang sgt.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.