Tuesday, 25 September 2018

NUSYUZ

23.2.2018
Assalamualaikum.
santai petang.

Sebelum solat Jumaat tadi sempatlah pokcik berbual dengan sahabat pokcik Ustaz Jamil. Suka pokcik berbual dengan orang alim ni. Perlahan sahaja bicara, biarpun dia pak Imam, lancar berbahasa Arab dan setahu pokcik dia juga hafaz AlQuran. Tak ada dia ber ana, anta, ente dengan pokcik. Cakap pun biasa sahaja tak ada bercakap sleng arab dan sebagainya.

Antara yang dibicarakan adalah tentang Nusyuz. Ia berkaitan dengan kes yang pokcik usahakan semalam. Nusyuz ini sefaham pokcik keengkaran si isteri mentaati perintah suami, selagi tidak disuruh melakukan sesuatu yang bercanggah dengan agama..

Melawan cakap suami, keluar rumah sesuka hati, tidak menjaga makan minum suami, tempat tidur dan sebagainya. Itu dipanggil Nusyuz. Macam kes semalam, kalau dah ada lelaki lain, ada skandal, lari dari rumah, beri makan kepada suami benda yang kotor dan sebagainya, kita nak panggil apa pulak gamaknya.

Kalau dulu, orang nak cari bakal isteri, orang kampung jadi pilihan utama kerana kesuciannya. Sekarang ini, dengan kecanggihan teknologi seperti whatsapps,. telegram, we chat, Facebook dan sebagainya, orang mana pun sama saja. Tak kira laa kampung ataupun bandar. Nanti orang perempuan marah, lelaki suci sangat ke? Hahhahahha.. Tak tahu laa kan bab tu. Tapi yang pasti, hantaran 20K ke 15K ke lelaki beri walaupun rupa-rupanya bakal isteri dah pernah kena test drive. No money back guarantee.. Hahhahahha..

Baiklah, pokcik sambung tentang perbualan kami. Katanya kes macam pokcik kongsikan itu tak begitu teruk. Ada hamba Allah yang langsung tidak mendengar kata suami. Dia suka hati sahaja keluar malam dan sebagainya. Si suami langsung tidak marah sehinggakan sahabat lain menegur. Itu pun, dia tetap tidak menyalahkan si isteri. Baiknya suami. Baik ke terkena? Hahhahahha...

Oleh sebab ramai sangat yang memberitahunya akan kepelikan yang berlaku maka sedikit sebanyak masuk juga dalam fikirannya. Dia kebiasaannya balik makan tengah hari di rumah. Orang rumahnya memang menyediakan juadah makan tengah hari. Entah macam mana, pada suatu hari dia balik rumah awal daripada biasa dia lakukan..

Sebaik sahaja sampai di rumah dia mula mengintai dari celah dinding rumahnya. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat si isteri sedang mengangkangkan kakinya pada nasi atau makanan yang sedang dimasak. Nasi tangas laa kiranya tu. Tanpa berfikir panjang terus dia menjatuhkan talak tiga ke atas perempuan itu.

Itulah sebahagian kisah yang sepatutnya menjadi ikhtibar dan renungan buat kita bersama. Sefaham pokcik, lelaki jarang nakal atau berlaku curang sekiranya keperluannya di rumah dipenuhi. Namun, ada juga yang lain macam. Itu memang perangai dia, tiada alasan tersendiri. Si isteri, sekiranya sudah melakukan yang sebaiknya terhadap sang suami, sekiranya berlaku juga yang tidak disenangi oleh si isteri maka janganlah menyalahkan diri sendiri. Layan suami sebaiknya dan jangan sampai mensyirikkan Allah dengan melakukan yang bukan-bukan..

Kalau dulu kes yang pokcik utarakan ini merupakan kes terpencil tetapi kini kejadian seumpamanya semakin menjadi-jadi seolah-olah dah kembali ke zaman jahiliah.. In shaa Allah, ahli group kita tidak begitu.. Aamiin.. Moga berjumpa lagi pada lain masa jika masih diberikan kesempatan olehNya. Wallahuaklam.. Salam hormat..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.