Tuesday, 25 September 2018

JANGAN JANJIKAN KESEMBUHAN

3.2.2018
Assalamualaikum.

Tajuk: Jangan Janjikan Kesembuhan

Sebagaimana dijanjikan, pokcik akan kongsikan kisah SAKA yang pokcik usahakan petang tadi.. Jangan bimbang ok ke tak ok ke pokcik akan kongsikan sebab pokcik tak kisah pun walaupun tak berjaya sebab itu semua bukan kehendak kita.. Kita sekadar berikhtiar.

Awalnya nampak juga masalah yang timbul sebab pokcik janjikan selepas solat Asar untuk usahakan hamba Allah ini. Namun dalam setengah jam juga baru berbalas mesej yang pokcik bagi. Tidak masuk notification kata hamba Allah ini. Biasalah dugaan kesabaran pokcik juga semua itu..

Setelah mesej berbalas pokcik tanya ada rasa apa sekarang ini. Tiada apa katanya. Biasa-biasa saja. Amboiiiii noo rileks sakan SAKA tu. Gamaknya dia lari awal atau dia tak nampak pokcik. Jawapannya dia tak nampak pokcik seizin Allah. In shaa Allah. Rileks sambil pekena rokok daun yang wak lie pos gamaknya.

Elok pokcik suruh bersedia dan beristighfar barulah dia mula menunjukkan wajahnya yang sebenar. Dah terlambat sebab pokcik dah doakan agar Allah menjadikan tembok di sekelilingnya. Alhamdulillah dia tak sempat pergi ke mana-mana. Gamaknya dia nak tunggu pokcik halau dia macam halau kucing atau ayam. Syoh syoh syoh. Gitulah gamaknya dalam kepala otak dia. Itupun kalau ada laa.

Kesilapan pokcik cuma satu. Biasalah manusia ini sifatnya lalai. Pokcik beristighfar setelah dia menyerang beberapa bahagian anggota badan hamba Allah ini. Barulah pokcik sedar, pokcik janjikan dalam 25 minit untuk usaha ikhtiarkan hamba Allah ini. Pokcik lupa bahawa semua yang berlaku atas kehendak Allah. Pokcik tak ada kuasa, tenaga, upaya untuk menetapkan bahawa dalam tempoh tertentu pokcik akan usahakannya. Pengajaran berguna kepada pokcik sebagai insan yang serba lemah imannya..

Setelah itu barulah pokcik ikhtiarkan sambil berdoa bersungguh-sungguh untuk mengeluarkan sisa-sisa jin di dalam tubuhnya itu. Alhamdulillah berkat doa semua sahabat yang tidak putus-putus berdoa untuk pokcik dan hamba Allah yang pokcik usahakan, akhirnya terlerai juga simpulan seizinNya.

Penat juga tubuh tua pokcik tetapi pokcik gagahkan sebab kita sebagai khalifah dan lebih mulia dari kejadian jin maka doa kita in shaa Allah akan diperkenankan olehNya lambat atau segera beserta dengan hikmahNya. Sekali lagi pokcik ucapkan terima kasih atas sokongan semua ahli group kita. Moga berjumpa lagi. Salam hormat. Wallahuaklam..














No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.