7.8.2018
Assalamualaikum..
Selamat malam semua..
Banyak betul kes saka sekarang ini. Memang tak lari bangsa kita dengan masalah saka... Kan.
Tadi Nisa Radzi mesej pokcik tanya ada ke pokcik ikhtiarkan kes saka hari ini.. Katanya dia bermimpi pokcik usahakan satu kes saka seorang perempuan. Memang ada laa.. Kebetulan sahaja. Maklumlah mimpi pada siang hari.. Pokcik cakap kes pagi tadi.. Sebenarnya kes pada waktu tengah hari.. Lebih kurang pukul 12.30 agaknya... Maklumlah dah tua-tua ni pagi dengan tengah hari pun tak ingat dah..
Alkisah seorang hamba Allah berjumpa pokcik. Dia menceritakan perihal dirinya.. Ketika itu dia sedang pantang. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari ibunya terkena stroke.. Ketika itu tiada orang di situ.. Ibunya rebah... Dia terus pergi ke arah ibunya lalu meletakkan kepala ibunya di atas riba... Ketika itulah dia berasa ada seperti tenaga elektrik masuk ke dalam badannya..
Sejak itu sebelah badannya sakit.. Puas dah katanya berubat dan dia seperti sudah putus asa. Macam biasalah kalau kes saka. Ketika ikhtiar tadi, dia berasa kosong seolah-olah tidak tahu apa-apa dan seperti orang yang berada di alam lain. Terawang-awangan katanya seolah-olah tidak berpijak di bumi.. Apa pun alhamdulillah Allah permudahkan urusan tadi..
Bercerita tentang saka atau gangguan yang berada atau berdamping dengan seseorang dalam tempoh masa yang lama, biasanya akan timbul perasaan sedih dan sebagainya.. Keadaan ini hampir sama dengan orang yang kena pelalau atau pembenci. Macam mana agaknya nak bagi pasangan seseorang menjadi benci kepada pasangannya. Sekiranya melibatkan sihir, biasanya kalau lelaki melihat perempuan itu dia nampak buruk.. Kalah muka nenek kebayan..
Sebab apa agaknya? Tujuannya supaya kekasihnya tak suka atau benci.. Selalunya keadaan akan selalu tegang. Ada sahaja yang tak kena. Masalah kecil pun sengaja dibesarkan.. Namun, kalau jauh MERINDU pula. Haaaaaaaa huduh perangai jin tu kan... Itu kalau pasangan kekasih laa kan...
Bagaimana dengan orang berkahwin? Sama je keadaannya kalau terkena sihir pelalau ni. Tambahan pula, pasangannya diletakkan jin tua bangka menopouse 100 tahun lepas.. Bayangkan perempuan tua.. Umur pulak 300 tahun, dah tentu nafsu tak ada.. Itu di pihak perempuan..
Kalau di pihak lelaki pula, sentuh je rasa kematu urat bersimpul-simpul rasa kat tangan.. Adehhhhh.. Tidur berteman kucing laa gayanya.. Hahahhahhahha gurau-gurau... Jin muda gagah tak diletakkan laa. Kan.. Letak hantu raya, tiba-tiba si suami gagah perkasa, rosak program. Si isteri kalau diletakkan hantu raya, pelik pulak si suami.. Sampaikan suruh ambil mc laa tak bagi keluar rumah.. Faham-faham laa kan.. Adehhhhh... Takkan nak ajak suami memasak atau membasuh baju sama-sama..
Yang jahatnya, jin asyik pula ambil kesempatan. Datang dalam mimpi perempuan laa. Memujuk rayu dan sebagainya.. Muka pulak hensem berseri, macho, pandai guna ayat power pulak. Habis hancur.. Hanyut pulak dok bercinta dengan jin. Ambik kau, si suami tak ada mood dengan si isteri manakala si isteri pula dok bercinta dengan jin.. Suami nak out station sebulan pun dia tak kisah dah.. Kan..
Mulalah si suami fikir si isteri ada skandal dengan orang lain. Rumahtangga mula berantakan.. Akhir sekali silap-silap masjid yang dibina runtuh.. Itulah dia kan penangan dua jenis gangguan.. Sihir dengan gaya sihirnya dan jin asyik yang kononnya Islam pun masuk jarum...
Salam hormat...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.