24.6.2018
Selamat petang dan salam sejahtera semua sahabat..
Dalam pukul lima lebih tadi pokcik pergi ke sebuah rumah.. Ingat tak kisah dulu? Haa rumah tu laa. Tapinya kali ini bukan kisah guli lagi dah. Kisah lain laa pulak kan..
Kali ini pokcik pergi dengan orang rumah pokcik. Sesampainya pokcik di sana, pokcik pekena dulu rokok sebatang sebelum masuk. Takkan nak hisap dalam rumah orang. Hahhahahhahha..
Pokcik disambut oleh anak lelakinya. Sebaik masuk kami berborak santai. Akhirnya si suaminya pun keluar setelah solat Asar. Ooo dah kahwin rupa-rupanya. Alhamdulillah. Si suami dan si sakit mula bercerita perihal hubungan mereka yang dingin. Adoiiiiiiiiii lemah semangat pokcik bab ni.. Tak paa laa, alang-alang dah sampai...
Katanya sebelum kahwin OK je. Apabila dah kahwin kuat melawan kata si suaminya itu. Si isteri pulak menyampuk, dia jadi benci tengok muka si suami. Encem lagi pokcik, katanya.. Haaaaa bab tu pokcik saja tambah perisa. Kakakkakkakakka. Bagi meredakan keadaan pokcik pun kata, kadang kala bukan kemahuan kita. Kita tak sedar pun ucapan yang terkeluar dari mulut kita.. Barulah nampak reda sikit depa berdua.
Memang pokcik nampak muka si isteri walaupun agak cantik tetapi agak bengis. Dulu masa kes guli tu manis je nampak. Tak tahulah sebabnya dulu dia dok sorang. Gamaknya laa. Hahahhahaha... Si suaminya pula mula bercerita bab sihir.. Katanya adiknya pun kena sihir. Perawat kata dia disantau. Sehinggalah kini adiknya hanya bertongkat. Gaya-gayanya dia nak minta pokcik usahakan tetapi pokcik buat alih cerita lain. Hihihihihi..
Tengok pokcik macam nak alih cerita lain, dia pun menambah. Katanya adiknya nampak seorang perempuan berambut panjang berjalan kearahnya dalam keadaan mengesot. Adussss. Kebiasaanya ia mainan ibu santau.. Kalau ibu santau ni bukan kes kecil-kecil anak kerana biasanya si lepaskan bagi memakan korban. Walllahuaklam.
Tak sempat dia nak sambung pokcik mencelah. Pokcik nak cepat sebabnya belum solat Asar. Kebetulan tadi keluar nak beli barangan untuk orang rumah pokcik berbuka puasa. Tanpa melengahkan masa, pokcik meminta orang rumahnya berlunjur. Terus pokcik usaha pagar. Setelah itu macam biasa pokcik tanya. Rasa apa? Dia kata biasa sahaja. Tiada rasa apa-apa. Nak menyorok le tu. Hahahhahhaha..
Setelah karate lebih kurang, dia mula menangis. Menangis pulak dah. Hahahhahhahaha.. Tangannya mula menggeletar macam nak mengamuk. Kalau mengamuk pokcik ikat kat meja. Hahhahahahhaa.. Sajalah kan takkan nak buat macam tu kat bini orang. Tengok dia nak rebah, pokcik terus buat isyarat pada suaminya memintaanya bersedia menyambut si isteri. Kalau anak dara, terpaksalah dia rebah atas paha pokcik. Takkan nak biar jatuh atas lantai kan... Haaaaa ada dah kata pokcik gataiii. Kakakkakakakakka..
Tak lama kemudian dia pun rebah dengan esakan masih ada. Potong satu kali. Hihihihihi. Alhamdulillah dia sedar. Setelah sedar pokcik nasihatkannya berhati-hatilah sentiasa. Terutama bab makan dan sebagainya. Selalu sangat pokcik dengar, sihir dilakukan oleh orang yang kita kenali dan rapat dengan kita. Dia mengangguk sahaja dan sesekali lap hingus kot. Huhuhuhuhu. Tak sedar pun masa bila dia menangis, katanya. Tak apalah. Allah permudahkan. Cuma dalam kehidupan ni, kita perlulah sentiasa bersyukur. Barulah kita rasa nikmat yang Allah beri itu cukup. Barulah tiada PHD.. kan?
Walllahuaklam.. Salam hormat..
Santaiiiiiiiii
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.