Assalamualaikum sahabat semua
Sambungan Bahagian 4
Pelalau
Selepas itu saya terus htr gmbr office saya di sekeliling..termasuk gambar yg separuh kepala. Bila Pokcik Seman scan mohong mohong dia kata memang ada. Byk dan katanya boleh tahan juga. Beliau berkata di pejabat mana2 pun memang ada aura sebegini. Cuma samada dia kacau kita atau tidak shj. Byngkan la masa saya pm Pakcik Seman..masa tu juga la beliau mahu ikhtiarkan utk saya. Maksudnya cepat sgt.( kat pejabat pula tu, takut plak aku pengsan ke atau kena rasuk ke..adehhh) Tiada nak tangguh2. Kemudian beliau perasan dahi saya yg bermasalah. Tapinya saya rasa dahi saya tak bermasalah. Kepala saya yg bermasalah. Beliau katakan kepada saya ada gangguan di dahi ( Aku tergamam, gangguan apakah plak kali ni) Dia kata dia tolong ikhtiarkan hapuskan gangguan itu di dahi. Perbualan ringkas yg saya boleh huraikan di sini.(ringkas dan di tapis berkali2)
Saya: Pakcik Seman, saya kat office ni.
Pakcik Seman: Insyallah. Istifar byk2 ye. Pakcik mau pagarkan puan skrg. Macam mana rasa skrg?
Saya; Pakcik ada benda lari di kepala saya dlm masa 1 saat dan saya rasa sunyi sunyi sgt..berada di alam lain.
Pakcik Seman: Pakcik dah iktiarkan dah. Org yg ada pelalau(Pemisah) memang akan rasa begitu
Saya: Aku terkedu dan berkata..adakah ada org nak cuba putuskan hubungan saya dan tunang
Pakcik Seman: Ya wallauaklam
Saya: Menitis airmata saya mendengarnya ( Dlm hati aku berkata betul kata perawat yg pertama masa aku berjumpanya dulu)
Pakcik Seman: Jaga hubungan dgn Allah Puan tenangkan diri. Allah akan mudahkan semua perkara nanti.Biarlah Allah yg hakimi perbuatan org itu. Assalamualaikum.
Perbualan Tamat.
Saya terduduk di luar pejabat sambil menangis2 dah hampir meraung jadinya. Org yg lalu lalang..saya dah tak peduli masa itu. Apa masalah org yg htr sihir ni. Saya dan tunang langsung tak kacau org. Apa mereka mahukan dari saya? Saya tak kenal pun mereka. Ya Allah.Hebat sungguh dugaaan mu Ya Allah. Saya berkata kata sambil menangis yg tak berkesudahan. Saya sedih dgn apa yg terjadi. Itu sebab ex tunang jd mcm tu. Langsung benci pd saya. Memang dia tidak mahu apa apa ikatan lagi dgn saya.
Selepas pakcik Seman iktiarkan saya, sakit kepala terus hilang..lenyap.Saya jd sihat. Tidur sgt nyenyak. Dah tiada mimpi2 yg pelik2. Alhamdulilah. Perubahan dari wajah sgt ketara dah tak nampak kusut dan kusam. Nampak wajah berseri dan muka yg tenang. Berat badan saya sikit dah bertambah. Dari 44kg skrg dah 50kg. Hubungan dgn keluarga semakin baik. Saya semakin kuat semangat.
Teringat perbualan akhir dgn Pakcik Seman. Beliau berkata jaga hubungan dgn Allah. Saya menitis airmata. Sebab saya lebihkan Manusia dari PenciptaNYA. PenciptaNYA adalah Allah yg akan pegang hati manusia.
Ya Allah byk nya khilaf ku. Sejak dari itu perlahan2 aku belajar erti Redha.
Dari situ aku bermula dgn amalan sedekah. Sebab ex tunang ajar aku pasal amalan sedekah masa kami bersama dan pakcik Seman pun ajar aku bersedekah. Mungkin permulaaan segala galanya di sini utk perbaiki diri byk2. Barulah kesihatan ku perlahan lahan kembali pulih.
Note: Nantikan Sambungan bahagian 5 ( Episod Akhir)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.