28.6.2018
Assalamulaikum..
Angin Medu, Sihir? 1
Sebenarnya pokcik nak usahakan kes ni malam tadi tapinya pokcik keluar pulak atas beberapa urusan..
In shaa Allah, kalau Allah izinkan pokcik nak usahakan malam ini. Tapinya macam biasalah. Kita usahakan sahaja tanpa memberikan jaminan apa-apa bab kesembuhan sebab sebagai orang Islam kita patut tahu kita tiada upaya untuk memberikan apa-apa jaminan. Semuanya seizinNya...
Pokcik tak kiralah bab cerita perawat-perawat yang pernah ikhtiarkan sahabat kita ini sebelum pokcik.. Ada kata saka, sihir dan sebagainya mengikut apa yang mereka belajar. Jadinya kita tak boleh kata salah laa walaupun jawapannya cuma ada satu sahaja.. Kan.. Takkan kambing yang makan rumput kat halaman rumah Pak Usop kita nak kata kerbau Pak Leman yang makan.. Pastu kita tambah pulak, dah laa menipu.. Kita tambah pulak kata kerbau Pak Leman bukan saja makan rumput kat rumah Pak Usop tetapi kerbau tu juga makan bunga, tanam padi, main batu seremban dan sebagainya termasuklah kait buah rambutan sebabnya kita nak menyedapkan cerita.. Kan...
Jadinya, pokcik sekadar nak usaha dan bantu sahaja semampu pokcik. Selebihnya biarlah atas ehsan Allah.. Kalau dah sampai janjiNya dia sembuh, alhamdulillah. Kalau tak sembuh pun alhamdulillah dan usaha lagi tanpa jemu. In shaa Allah, kesungguhan dan niat kita Allah tahu dan nilai.. Kalau niat sahabat berubat kerana Allah agar makin dekat kepadaNya, in shaa Allah semuanya akan dipermudahkan olehNya.. In shaa Allah.. Doakan laa no. Manalah tahu, doa kita diaamiinkan oleh para malaikat dan sampai kepadaNya..
Salam hormat semua..
Wallahuaklam.
Santaiiiiii...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.