Assalamualaikum sahabat semua..selamat malam. Ini adalah posting terakhir pengalaman dari saya sendiri. Jika sahabat semua ada soalan selepas ini.boleh kemukakan di ruangan comment. Insyallah.Miu Miu balas nanti.
Terima Kasih pada sahabat yg mendoakan istaqamah saya.
Sambungan bahagian 6 ( Finale)
Redha itu Ikhlas...Sabar itu Indah
Majlis sepatutnya berlangsung lagi 2 bulan. Kami batalkan pernikahan kami. Persiapan sudah hampir siap sepenuhnya. Baju Nikah sudah tersedia. Tetapi sayang saya tidak sempat memakainya...kini tersimpan rapi kemas, buat kenangan sahaja.
Memang berat hendak pikul kesedihan dan kesulitan yg saya alami. Hendak lepaskan org yg kita sayang pergi dari hidup kita. Jodoh tidak ada. Saya redha dlm ikhlas.
Saya yakin itu Ujian dari Allah dan teguran buat saya yg khilaf. Itu tanda Allah sayang saya. Saya bersyukur sebab ia berlaku sebelum perkahwinan. Sebab ada org yg Allah turunkan Ujian lagi hebat dari saya.
Saya mahu berkongsi sedikit rasa...Satu je sy minta dari sahabat semua..jika anda di beri ujian sebegini..kena tgk diri sendiri dan perbaiki mana yg kurang.. redha dgn ujian DIA...Allah akan mudahkan byk perkara.Sikit sikit nanti nampak. Hati kena kuat.Jgn tinggalkan solat. Istiqamah selalu. Mengaji sikit2 pun tak pe. Al-Quran jgn di tinggalkan. Jaga hubungan dgn Allah. Kalau anda terkena sihir,santau, tuju2 atau apa shj yg terkena dari alam ghaib...jgn ambil pusing siapa yg htr kepada anda. Jgn berdendam. Pulihkan diri dan sihatkan diri sendiri dengan segera. Jika anda tidak pulih bagaimana anda hendak beribadah kepada Allah, Bagaimana anda hendak menjalankan tanggungjawab anda kepada keluarga. Jadi fikirkan diri dahulu. Ingat Allah maha berkuasa..anda doa sahaja moga org yg htr itu dpt kifarah hebat dr Allah di dunia ini. Allah nak tgk kita sejauh mana kesabaran yg dia beri ujian pada kita.
Kata kunci Sabar.
Saya di beri ujian hebat 1 tahun dlm tempoh pertunangan. Terduduk dan merana saya....tapi saya SABAR. Iman kena kuat di dada. Jika tidak kuat anda akan jauh dari tuhan.
Doakan saya bertemu dgn seseorang yg boleh membimbing saya dunia akhirat. Org yg sentiasa dekat dengan Allah. Org yg dari keluarga yg baik baik. Moga ada pengakhiran yang indah buat saya.
Doakan sahabat2 semua utk bekas tunang moga lembut hatinya utk pergi berubat dan berilah kesembuhan kepadanya. Kenapa saya minta sahabat semua mendoakan utk dia? Kerana dia lelaki yg baik sy temui. Ingatkan saya psl solat dan sentiasa ingatkan saya tentang kebaikan dan alam akhirat. Org yg baik2 ini kita doakan baik2 shj.
Bila kita tiada jodoh. Doakan bekas pasangan kita itu dlm kebaikan dan di lindungi Allah. Jgn sesekali berdendam. Jangan sesekali memfitnah. Maafkan dan Redha dengan seikhlasnya. Percaya kepada rencana Yang Maha Esa.Rancangan Allah dah cantik dia aturkan utk kita. Cumanya kita perlu Sabar.
Tamat.
Dari pena miu miu 13 Sept 2018
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.