5.8.2018
Assalamualaikum
Ni kes malam tadi. Puan Suhaida Mohamad menceritakan perihal isteri sahabatnya yang sakit sehingga terpaksa mengambil cuti tanpa gaji dan berhasrat untuk berhenti kerja..
Kasihan juga pokcik dengar dan pokcik mengambil keputusan untuk ikhtiarkannya. Sekadar ikhtiar bukannya menjanjikan kesembuhan dan memberikannya pengharapan kerana hanya kepada Allah kita menaruh sepenuh pengharapan dan pergantungan..
Di bawah ini pokcik sertakan dua perbualan. Perbualan yang pokcik TAK CROP itu, apa yang dihantar oleh sahabatnya kepada puan Suhaida sebaik sahaja pokcik selesai ikhtiarkannya malam tadi..
Perbualan yang pokcik CROP itu, perbualan pokcik dengan suami si sakit. Itu perbualan sebelum, semasa dan selepas ikhtiar..
Sebelum bermula lagi jin tu dah buat perangai nak bagi kami membatalkan usaha.. Biasalah kerja jin.. Apa pun suaminya tak melatah dan proses dijalankan juga seizinNya..
Katanya semasa ikhtiar dijalankan jin itu dah mula bergerak ke sana sini bagi melarikan diri. Mungkin jin itu tak menyangka dia akan terperangkap seizinNya kerana usaha dijalankan secara jarak jauh..
Apa pun alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seizinNya..
Nak tahu cerita lanjut..
Bacalah screenshot yang pokcik sertakan di bawah..
En Wan pun nama pokcik juga kalau nak tahu..
Panjang nama pokcik..
Wan Mohd Sofian Al Haj Syed Sarifuddin Irwan Shah Jehan Nik Kamal Hamzah AlFansuri..
Nama fb Mat Sofian je laa noo nak mudah taip.
Hihihihihi...
Apa pun terima kasih atas doa sahabat-sahabat semua yang tak putus-putus mendoakan pokcik dan si sakit..
Salam hormat..
Santaiiiiiiiiii...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.