Thursday 13 September 2018

TINTA MIU MIU EPISOD 3

Assalamualaikum sahabat semua.

Sambungan bahagian 3

Perkenalan dgn Pakcik Seman (Abg Sam)

Saya mencari di FB, IG dan di google dgn perkataan perawat melayu di Uganda/Pusat Perubatan Rawatan Sihir/Perawat Sihir/Rawatan Alternatif Sihir dan mcm2 lagi. Saya mencuba utk mencari tapi tak ketemu juga. Saya tak berputus asa mencari dan terus mencari.Akhirnya saya berdoa dlm hati moga di mudahkan urusan utk hubungi si penulis ini.

Akhirnya saya mencari di FB dgn menaip perkataan Diari Pencari Diri. Keluarlah nama Pakcik Seman. Saya bingung sebab keluar gambar org tua bukan gmbr wajah si penulis. ( Dalam hati terdetik berkata dia tidak mahu di kenali) Jadinya saya buka fb nya terpapar blog Diari Pencari Diri di FB nya. Alhamdulilah kataku.Inilah org yg saya cari dari dulu.( Terima Kasih pd beliau kerana beliau tidak privatekan FBnya. Jadi sgt mudah saya mencari beliau di FB)

Agak lama utk mengambil masa hubungi beliau. Takut si penulis tak layan atau sibuk.Jadinya saya sudah bersiap dgn soalan dan permintaan yg tak seberapa ini. Saya beranikan diri pm beliau di FB messenger( sambil mengucap bismillah, moga org yg aku pm ni adalah org yg akan balas message ni) alhamdulilah tak sampai 10 min beliau balas message saya di FB.Punyalah saya suka tersengih2 hingga kwn sepejabat kata saya tak betul...hahahaha.

Saya bertanya pd penulis tinggal di mana dan mahu bertemu dgn nya. Tetapi beliau berkata tinggal di Uganda. Jadinya susah sikit sebab saya nak book tix flight last minute. Dah la kena transit 2 kali. Mau 16 jam dlm flight.

Dalam pada saya message pakcik Seman, Saya harus menjaga kata kata dan budi bahasa yg harus di pamerkan kerana saya adalah org luar yg beliau tidak pernah bertemu, begitu juga dgn beliau yg tidak pernah menyapa dgn saya. Mungkin kerana kesungguhan saya mencari beliau merata2 di alam maya dan salam perkenalan yg saya beri itulah Pakcik Seman menyahutnya utk pertama kali dan menjadi mudah utk saya menyapanya.

Saya hanya bertanya pdnya bagaimana mahu hubunginya terus... jadinya beliau berkata terus terang dgn saya.. 'Puan sakit apa'? 'Mana tahu Pakcik Seman boleh tolong' dan Saya terus cakap saya tak sakit apa2..( masa ni aku dah sakit kepala sgt..memang sakit tp tak tahu la nape aku cakap aku tak sakit) Saya minta beliau tgk2 kan pejabat mungkin bermasalah dengan energy negatif atau aura yg saya rasa byk makhluk2 dr alam ghaib. Wallauaklam.

Note: Waaaaa....3 jam😢


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.