27.7.2018
Assalamualaikum...
Santai pagi....
Ni kes malam tadi.. Kalau tak salah pokcik kes di Terengganu sebabnya pokcik tak tanya pun di mana.. Bukannya nak hantar jin. Kalau gunakan jin barulah gamaknya minta alamat bagai TAKUT jin sesat.. Kan.. Kalau setakat nak doakan.. Duduk di mana pun tak de masalah. Ke kalau nak doa kena tahu di mana? Hihihihi. Fikir-fikirlah buka minda...
Semalam kes dua beranak.. Memang letih sikit kes semalam. Dua beranak ni pokcik usahakan lebih kurang sejam... Nak usahakan rawatan secara jarak jauh ni memerlukan fokus dan makrifat yang tepat.. Kalau tengah buat, teringat janda Sofia sebelah rumah, kucing terkentut, memang lari laa fokus atau tumpuan. Sebab itulah, kalau kes yang agak berat pokcik suka menyendiri..
Terus terang pokcik cakap, berdenyut kepala juga pokcik usahakan kes ini... Si emak masalah saka, manakala si anak yang tinggal berjiran dengannya kena tempias bisanya. Maklumlah anak beranak. Si anak ni pernah pokcik usahakan dulu.. Tapinya disebabkan si emak sakit, maka senanglah jin mengambil kesempatan atas bekas sakitnya dulu....
Setelah selesai usahakan si emak, pokcik usahakan si anak. Ingatkan pokcik nak ikhtiar tarik jin tu pada bahagian kaki sahaja. Maklumlah dikatakan bahagian kaki sahaja bisa dan sakit.. Nampaknya tidak semudah itu. Seluruh anggota badannya bisa pula selepas itu. Last sekali berlari-lari anak pulak si jin tu. Pak Long kata dia dapat duit 50 sen. Hahahhaha gurau-gurau...
Apa pun alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan ehsan dan RahmatNya. Berpeluh juga pokcik maklumlah usaha dari jauh. Kan. Namun, alhamdulillah semuanya terkawal seizin Allah. Segala puji bagi Allah, Pentadbir Sekalian Alam..
OK laa. Nak tahu letih ke tak letih.. Baca perbualan pokcik dan si anak lelakinya di bawah...
Wallahuaklam..
Santaiiiiiiiiii...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.