Tuesday 25 September 2018

ANGAH

2.3.2018
Assalamualaikum..
Santai malam..

Tajuk : Angah

Pokcik keluar makan ni. Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, sempat lagi pokcik menulis..

Nak dijadikan cerita, pokcik keluar agak lewat untuk solat Jumaat tadi sebabnya pokcik hantar orang rumah pokcik ke kedai dobi dulu. Sesampainya di masjid, khutbah sedang berkumandang.

Baru nak masuk ke dalam masjid, pokcik tengok sahabat pokcik duduk di atas sebuah motosikal di situ.. Pokcik bersalaman dengannya..

Pokcik tengok dia sedang menundukkan kepalanya sambil memegang perut. Sakit katanya.. Takkan sahabat pokcik tu buat-buat cerita kot.. Sahabat pokcik yang pokcik panggil Angah, merupakan antara imam dan bilal di surau tempat pokcik tinggal.. Hihi..

Khutbah sedang dibacakan, sahabat pokcik pulak sakit.. Huhuhuhu. Nak bercakap, hilang pulak pahala mendengar khutbah, nak dibiarkan kasihan pula. Takkan nak biarkan dia solat Jumaat sambil pegang perut dan kepalanya menunduk je kot.. Pokcik mengambil keputusan untuk ikhtiarkannya..

Pokcik : Angin kot
Angah : Agaknya. Dari pagi tak makan..

Pokcik : Nak aku ikhtiarkan buang tak?
Angah : Boleh juga. Sakit ni.( Sambil pegang perut )

Pokcik : Macam ni, kalau nak aku usahakan, mahal laa sikit sebab kawan-kawan. Kalau bukan kawan free saja..
Angah : Hahhahahha. Aku bawak rm5 nak sedekah ke masjid..( Sambil tunjukkan poket baju melayunya)..

Pokcik : Hihihihihi. Tak apa laa aku cuba usahakan noo..

Angah diam. Pokcik duduk di atas motosikal berdepan dengannya. Kami mengadap. Pokcik pening juga nak buat macam mana. Nak doa untuk pagarkan diri pokcik, nanti orang yang lalu lalang di situ pelik pulak. Nanti depa ingat pokcik dok amal ajaran sesat. Orang berdoa dalam masjid, pokcik doa atas motosikal di luar masjid. Pelik tu...

Nak ke tak nak ke, pokcik doa dalam curi-curi menadah tangan. Tak nak bagi orang lalu lalang perasan sangat.. Hihihihihi..

Pokcik terus ikhtiarkan, mohon pada Allah untuk mengeluarkan angin sahabat pokcik tu. Alhamdulillah, selang tiga minit selesai dengan izin Allah..

Pokcik : Cuba angan muka. Tarik nafas. Ada lagi tak?
Angah : Alhamdulillah tak dak dah. Boleh dah tegakkan kepala..

Pokcik : Alhamdulillah..
Angah : Sat. Macam lari ke tepi perut.. Eh, tak dak dah.. Alhamdulillah... Boleh noo tarik bawak keluar macam tu..

Pokcik : Bukan aku yang bagi lega. Allah bagi lega..
Angah : Alhamdulillah...

Balik pada tu, pokcik pulak yang angin. Asyik sendawa dan kentut. Maklumlah tak ikhtiar pagar diri sebelum usahakan sahabat pokcik tu. Huhuhuhu..

Siapa tukang urut, kalau urut pesakit yang alami masalah angin mesti biasa kena macam tu..
Betul ke? Hihihihihi..

Santai malam. Wassalam
8

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.