10.6.2019
Assalamualaikum..
Tajuk : Ragam Perawat
Santai malam...
Banyak pengalaman pesakit yang dirawat dengan pelbagai kaedah oleh perawat-perawat. Nak katakan kaedah itu salah tak boleh pula selagi kita tak nampak bab mensyirikkanNya atau perbuatannya yang menyalahi syariat seperti memuja jin, bacaan yang meragukan, menyeru wali-wali dan sebagainya...
Kalau kita kata kaedah itu tak sesuai maka kita sudah menghakimi perawat berkenaan. Namun begitu, sefaham pokcik kaedah serap atau resap atau sarung ini dilakukan apabila jin atau ingin berhubung dengan penyihir yang lakukan sihir terhadap pesakit.. Maksudnya unsur yang ingin diserap itu tidak berada di situ dan terpaksa dipanggil datang...
Kalau dah dipanggil datang, sudah tentu perawat berkenaan memerlukan satu tubuh sebagai medium bagi memudahkan komunikasi. Lainlah kalau perawat itu kasyaf dan dia bercakap dengan entiti itu begitu sahaja setelah dipanggil. Kalau perawat bercakap begitu, kita pula akan sangsi dan was-was. Betul ke perawat itu bercakap dengan entiti yang dipanggil olehnya. Kan. Jadinya tubuh seseorang yang berkecuali digunakan. Kalau pembantu perawat yang kononnya dimasukkan dengan jin itu, berhati-hatilah sebab kemungkinan besar akan berlaku lakonan dan lebih tepat pembohongan kepada pesakit...
Dalam kes yang diadukan oleh seorang hamba Allah ini pokcik musykil juga. Sebab apa pokcik musykil agaknya? Sebabnya tubuh pesakitnya dimasukkan terus jin. Ini bermaksud, badan si pengadu dimasukkan jin dan badan orang yang berubat di hadapan pengadu ini juga dimasukkan jin. Yang peliknya, jin dimasukkan tetapi tiada sebarang komunikasi. Jadinya timbul tanda tanya, jin mana yang diserapkan atau jin siapa yang dimasukkan ke dalam tubuh pesakit? Ada tak kemungkinan, jin perawat itu dimasukkan? Mungkin juga kan.. Apakah tujuannya?
Si pengadu ini mengadu mungkin kerana setelah dimasukkan jin kepadanya dan kepada pesakit lain, sakit mereka macam tu juga.. Mungkin kalau si pesakit sembuh dengan izin Allah, aduan sebegini tidak akan dia lakukan. Cerita bab sakit ni, memang hanya Allah yang menyembuhkan. Itu semua maklum.. Tapinya ada asbab dan usaha dalam proses penyembuhan itu seizinNya.. Pokcik nak cakap lebih-lebih nanti bimbang ada pula yang akan buat posting di wall mereka kononnya cara pokcik dan sahabat dalam ni je yang betul. Cara orang lain semuanya salah. Hahahhaha..
Jadinya, pokcik ambil jalan tengah. Kalau nampak cara perawat meragukan, jangan usaha dengannya lagi dan jangan benarkan sahabat lain juga menjadi mangsa. Kalau dah usaha berkali-kali namun tidak sembuh, usaha pulak di tempat lain. Mungkin sahabat tidak berjodoh dengannya walaupun orang lain boleh sembuh seizin Allah. Kalau kata, sahabat dah pergi ke merata-rata tempat namun sakit macam itu juga dan makin teruk, sahabat buatlah solat taubat dan mula memuhasabah diri. Jangan lihat terlalu jauh, cuma renung ke dalam diri.. In shaa Allah..
Kesimpulannya daripada perkongsian kali ini sahabat tulislah sendiri pada bahagian komen pokcik ini..
Silakan...
Wallahuaklam.. Salam hormat...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.