29.9.2018
Assalamualaikum..
Tajuk : 2 Anak Dara..
Kalau tengok pada tajuk, dah tentu berkaitan dengan dua orang perempuan. Nak dijadikan cerita, pagi tadi pokcik keluar bersama dengan orang rumah pokcik. Dalam pukul 12 lebih kot pokcik sampai ke pusat beli belah.. Carilah pakaian lebih kurang dan letih berjalan pokcik pun makan di situ...
Setelah itu pokcik pergi ke surau di bandar dan solat zohor. Dalam perjalanan balik, sempat lagi pokcik dan orang rumah membeli dua buah beg galas. Setelah itu, pokcik ke kedai tayar. Ingatkan nak buat balancing dan alignment tayar sahaja. Apabila tengok keadaan tayar yang tak berapa elok, orang rumah pokcik menawarkan diri untuk belanja beli empat biji tayar. Haaa tukar sajalah, kan...
Oleh sebab pokcik nak tayar baharu maka terpaksalah menunggu lama sikit sebab pemilik kedai itu terpaksa mengambilnya di kedai lain. Kebetulan orang rumah pokcik tak boleh solat maka dia meminta pokcik pergi solat dahulu sementara dia menunggu di situ. Pokcik tak mahu solat di rumah dan berpusing semula mengambil orang rumah pokcik, jadinya orang rumah pokcik menelefon pekerja sahabat pokcik untuk datang mengambil pokcik di situ.
Setelah dia sampai pokcik terus menuju ke kedai sahabat pokcik dan solat Asar di situ. Selesai sahaja solat pokcik order dahulu teh tarik di kedainya. Pokcik tengok pekerja perempuan yang kebiasaannya membuat air tiada.. Orang rumah sahabat pokcik memberitahu bahawa pekerjanya itu cuti.. Letih agaknya, fikir pokcik dalam hati.. Selesai sahaja minum tiba-tiba pekerja yang sakit itu turun ke kedai dan terus duduk semeja dengan pokcik.
Pokcik lihat mata kirinya bengkak. Macam kena tumbuk gayanya. Lehernya juga merah. Memang jelas kelihatan sebab dia tidak memakai tudung. Dia juga menunjukkan lengannya. Naik merah habis. Nak dijadikan cerita malam tadi pokcik dan orang rumah keluar. Sahabat pokcik keluar bersama pekerja-pekerjanya. Kami berjanji untuk berjumpa di EC Mall. Sementara pokcik dan sahabat pokcik ada urusan, dua orang pekerjanya lepak di taman berdekatan.. Dua-duanya perempuan.
Entah apa yang "kencing" maka matanya bengkak dan tangannya serta lehernya merah. Kejadian itu disedari pada waktu tengah hari tadi ketika dia ingin turun bekerja. Sebaik sahaja keluar dari bilik air, salah seorang rakan sekerjanya mendengar dia menangis. Rupa-rupanya mata kirinya sudah hampir tertutup dengan bengkak pada bahagian kelopak mata. Dia terus ke klinik ditemani rakan sebiliknya.
Sesampainya di klinik, dia diberikan satu suntikan. Menurut doktor, dia allergic makanan. Pokcik tanyalah apa yang dimakannya. Apabila dia ceritakan, nampaknya tiada apa yang nampak "bisa". Biasa sahaja makanan yang dimakannya. Kasihan pula pokcik melihat keadaannya. Tambahan pula dia asyik menggaru-garu sahaja. Sesekali, tangannya menyentuh kelopak matanya yang membengkak itu.. Pokcik meminta kebenaran kepada orang rumah sahabat pokcik untuk usahakan pekerjanya itu..
Alhamdulillah, lebih kurang lima minit selepas ikhtiar, bengkaknya terus surut seizinNya. Dia terus bersiap-siap. Dia tak jadi untuk bercuti pada hari ini. Alhamdulillah. Pokcik pun terus menunggu orang rumah pokcik. Pokcik menelefon orang rumah pokcik untuk bertanya adakah kereta sudah siap namun dia meminta pokcik tunggu sahaja di kedai dan dia sendiri akan memandu ke situ setelah semuanya selesai.
Ketika sedang layan FB group ini, tiba-tiba seorang lagi pekerja perempuan sahabat pokcik datang ke arah pokcik. Dia berdiri di sebelah pokcik.. Katanya dia sakit. Dahulu, dia hampir gila kerana asyik diganggu oleh jin. Kini gangguan itu tak begitu kuat. Tambah-tambah sejak dia bekerja di kedai sahabat pokcik ni. Pokcik tanya, tak pernah berubat ke? Dia beritahu memang pernah.. Tambah-tambah lagi ayahnya yang merawatnya dahulu. Ayah saya tok bomoh, katanya. Alamak, kena ikhtiar anak tok bomoh pulak kali ni.... Hihihihihi..
Pokcik cuba scan dia mohong-mohong pada waktu itu juga. Ternyata pokcik kesan ada masalah saka. Wallahuaklam. Mungkin saka itu jugalah yang sering memeluknya daripada belakang. Dia perasan makhluk itu berbulu dan hitam. Teringat pula pokcik satu kes yang pernah pokcik ceritakan dahulu. Kes hantu raya keturunan ditumpangkan pada si anak tanpa sedar apabila si emaknya sakit. Hantu raya itu mengganggu isterinya dan anak-anaknya sehinggakan berani memeluk isterinya ketika dia berada di luar rumah seketika untuk menghisap rokok. Entah-entah lebih daripada itu pun kita tak tahu. Mungkin juga si isteri segan bercerita habis kepada pokcik. Entahlah. Wallahuaklam..
Berbalik pada cerita ini. Setelah pokcik pagarkan, pokcik meminta dia bertenang. Pokcik meminta dia rasai apa pergerakan yang berlaku padanya. Pokcik nak dia rasai kehadiran saka itu. Namun tiada apa-apa yang berlaku. Kebiasaannya apabila dia tidak merasai apa-apa, gangguan itu sebenarnya sudah berada terlalu jauh ke dalam dan bukannya hanya bertenggek di luar tubuh. Pokcik meminta dia mengajak hamba Allah yang pokcik usahakan sebelumnya tadi naik ke bilik atas. Si hamba Allah tadi terus bekerja seizinNya selepas bengkak pada matanya dan gatal pada tubuhnya hilang seizinNya.. Dia meminta izin pemilik kedai sebelum pergi ke atas.
Selepas itu barulah pokcik mengekori mereka dari belakang. Setelah masuk ke bilik rehat pokcik terus ikhtiarkan pagar sekali lagi. Maklumlah mereka bekerja. Pokcik tak boleh melengahkan masa. Pokcik cuma meminta izin untuk memisahkan dan memusnahkan saka itu sahaja daripada si sakit. Setelah memagarnya barulah si sakit dapat merasakan ada sesuatu pergerakan dalam perutnya. Lebih tepat di bahagian dalam pusatnya. Akhirnya jin itu memunculkan diri juga. Ini memudahkan sedikit usaha pokcik...
Pokcik hanya tumpukan pada bahagian itu sahaja. Dia mula terasa bahang yang amat panas. Pokcik teruskan tanpa melayan karenahnya. Dia mula hanyut. Makin lama makin jauh perasaannya pergi. Dia terus berada dalam suasana yang amat berbeza. Akhirnya pokcik terus ikhtiarkan menarik keluar jin itu. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah. Macam pusat saya rasa menaik menguncup, kata si sakit. Mudah sangat keluar, kata pesakit yang bengkak kelopak mata yang turut bersama menemaninya. Senang katanya. Huhuhuhu hanya pokcik yang berpeluh. Dia dok tengok saja nampak macam senang laa kot. Hahhahahahhaa....
Apa pun segala puji bagi Allah yang memudahkan urusan pokcik dan pesakit pada kali ini. Pokcik biarkan si sakit melayan perasaan dua tiga minit dahulu. Maklumlah dia masih terpinga-pinga seolah-olah baru tersedar daripada tidur. Setelah dia kembali normal, pokcik meminta mereka turun bekerja. Bukan apa, tak elok lama-lama sedangkan orang lain mengambil alih tugas mereka. Sekian sahaja kisah pada kali ini. Moga kita semua terhindar daripada gangguan jin yang sentiasa mengambil peluang. Perbesarkan aura diri dengan membanyakkan Nur dalam diri bagi mengelakkan Nar menghampiri. In shaa Allah. Wallahuaklam. Salam hormat..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.