Assalamualaikum semua sahabat.
Sambungan Bahagian 2- Permudahkanlah urusan ku
Allah tunjukkan sikit2 jawapan dan memberi jalan mudah kepada saya kerana saya berusaha utk perbaiki diri.
Masa solat sujud yg terakhir..saya sujud lama sgt pada waktu itu dalam malam yg hening dan sunyi. Saya mintak pd tuhan..tunjukkan lah apa yg tak kena pd saya dan permudahkan semua urusan. Menangis2 saya mahu keluar dari masalah yg sarat tak tertanggung rasanya.
Esoknya saya buka FB, Google, saya baca suratkhabar, Berita atau hiburan di Majalah. Perkataan pertama yg keluar adalah sihir. Kiri kanan cite psl sihir. Saya pelik kenapa dgn sihir? Saya anggap itu petunjuk kecil shj. Kemudian saya teringat kwn lama saya dan saya hubungi dia hanya bertanya khabar kemudian di ikuti dgn no contact perawat yg dia kenal. Alhamdulilah. Urusan saya di mudahkan.
Kemudian saya dpt jumpa perawat itu tetapi byk pula halangan ketika nak berubat, nombor rumah perawat tak wujud di waze dan google. Jadinya saya redah je la.. akhirnya baru jumpa. Bila nak bermula rawatan saya dah nangis2 mcm budak kecik..
Perawat tu terdiam..pelik sebab belum mula dan saya belum cerita apa2 lagi.Saya jd sgt penyedih bila berjumpa dgn perawat ini. Akhirnya saya diam sendiri..barulah rawatan bermula. Dia kata saya dan pasangan ada gangguan.Gangguan org yg hendak pisahkan kami.
Bila saya dengar je mcm tu..nak tak nak je percaya. Perawat tu mulakan rawatan tanpa hiraukan saya..kerana saya dlm keadaaan bingung dan saya bercakap tanpa henti..( tak ingat apa yg aku bebelkan) Selepas rawatan itu habis kemudian dia telah memberitahu mengenai mandi limau dan rendaman kaki dgn garam halus. Dia kata muka saya hodoh maksudnya pasangan nampak saya begitu rupa. jdnya kena cuci muka dgn limau nipis selama 3 hari dan mandian limau juga selama 3 hari. Saya kena buat sendiri dgn rawatan ini dgn limau dan air garam yg di jampi.
Alhamdulilah emosi saya pulih sedikit.
Tapi sakit kepala masih lagi seperti dulu dan saya masih susah nak tidur malam dan jika saya melangkah ke pejabat ku mesti saya rasakan getaran negatif atau aura yg tak best. Saya semakin lemah..sakit kepala yg semakin teruk.
Apa yg tak kena lagi ni? Bukan kah sepatunya dah selesai sakit ini.
Dalam beberapa minggu seterusnya..saya masih keadaaan seperti dulu. Sakit dan bi gung.Pada suatu hari kelapangan..saya baring2 di katil. Saya capai hp dan buka website google dan saya search perkataan sihir. keluar la pelbagai tajuk dan tiba2 ternampak satu blog 'Diari pencari diri'..kuat sgt nak baca blog ni. Selepas sahaja membaca saya menjadi tertarik sgt..tak kira masa dan tempat saya sempat curi2 membacanya walaupun masa bekerja. Tp sayang di blog tu tiada email address dan contact number si penulis. Semakin lama semakin kuat 'jodoh' utk bertemu dgn si penulis ini.
Sambungan 3
Note: Sambung mengarang bahagian 2 start pkl 5 pagi. 😥 kemudian mengarang sambungan bahagian 3 di hospital sebab mak masuk hospital.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.