Wednesday, 12 September 2018

CHEMPAQA BIRU

6.5.2018
Assalamualaikum..

Semalam pokcik ke rumah Chempaqa Biru Abdullah bersama sahabat pokcik Ustaz Samsul. Dalam perjalanan pulang dia mula bercerita pengalamannya ketika pergi ke salah sebuah sekolah di Kuantan kerana kes histeria. Lebih kurang 270 orang para ustaz dipanggil untuk ikhtiar mengatasi masalah itu...

Menurutnya ketika dia pergi itu dah ada kes terjun dari tingkat satu bangunan sekolah. Kalau dah berpuluh orang histeria serentak gamaknya jenuh jugalah nak kepung. Tambah pula jenis yang agresif. Ketika ambulans sampai, anggotanya terpaksa merangkak untuk pergi mengambil pelajar yang cedera. Bukannya sebab diorang berlatih, huhuhu tetapi jin itu akan naik ke atas belakang dan kepala mereka.. Jenuhlah juga kan.. Sebaik sahaja keluar dari pintu pagar sekolah barulah badan mereka berjaya ditegakkan..

Setiap ustaz yang datang dibahagikan untuk berada di setiap bilik darjah di sekolah itu. Mereka membacakan surah AlBaqarah. Tiga empat jam jugalah rasanya nak habiskan surah tu.. Seperti biasa, sahabat pokcik ni akan dapat merasai kehadiran entiti... Aku tak mahu pergi katanya. Buat laa apa pun.. Kami tidak akan berganjak dari sini.. Orang  I**** yang mengotori tempat kami... Itulah antara apa yang keluar dari mulut sahabat pokcik itu... Apa yang diucapkan itu diceritakan kembali oleh sahabatnya yang turut bersamanya dan memang  pokcik kenali iaitu Ustaz Khairul....

Begitulah nak diceritakan kesombongan jin. Ayat-ayat peringatan daripada Allah pun diorang tak mahu dengar.. Sombong dan angkuh sekali... Apa pun, apa yang diperkatakan oleh jin itu mungkin juga satu alasan atau helah bela diri mereka kerana tidak mahu berganjak dari situ.. Jadinya pokcik nak buka persoalan..

Kalau lah jin yang derhaka dengan peringatan Allah ini kita niatkan dibunuh sahaja dan kita memohon kepada Allah, adakah kita dikira zalim?

Sebabnya pokcik tahu banyak pusat perubatan Islam hanya ikhtiar halau sahaja gangguan itu.

Ramai berpendirian, siapa kita untuk menghukum mereka... Tapinya kita tak nampak bahawasanya pembunuh akan dijatuhi hukuman bunuh...

Bagi pokcik, kesalahan jin yang dinyatakan dalam kisah ini lagi berat iaitu menderhaka kepada Allah dan tidak mendengar peringatan yang diberikan kepada mereka.. Mereka juga seolah-olah mempersendakan ayat-ayat suci AlQuran kerana masih berdegil dan tidak takut akan kemurkaan Allah...

Silakan....
#SalamMaghrib


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.