Assalamualaikum..
Petang tadi pokcik ada usahakan seorang ahli group kita. Kali ini perihal orang rumahnya yang terkena minyak pengasih sehinggakan sering teringat lelaki yang dijumpai dalam perjalanan.
Bukankah pelik. Nama pun tak tahu. Tiba-tiba jatuh cinta sehingga meminta cerai daripada suaminya.. Katanya sudah lama berubat. Kini makin elok cuma masih lagi bercakap kasar dengan suaminya..
Boleh kata dia akan terjaga pukul 4 hingga 4.30 pagi dan menangis kerana teringatkan lelaki itu. Jahatnya manusia yang berperangai seperti syaitan yang memuja isteri orang...
In shaa Allah pokcik dah usahkan bab sihir tu. Namun apabila dah jadi orang baru, pandai-pandailah sang suami memikat semula hati si isteri. Orang kata pelan-pelan tackle semula. In shaa Allah.
Doakan semoga mereka peroleh kebahagiaan semula..
Lepas pokcik solat maghrib tadi ada juga..
Ahli group kita juga.. Lepas balik ke kampungnya ada pulak yang mengikut. Dulu kes tahi tu senyap dah.
Ni jin laut pulak gamaknya..
Katanya dia nampak kelibat hitam terbang..
Abaikan bab tu..
Karate tetap karate kalau Allah izinkan. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan dalam kedua-dua kes ini.
Bawah tu perbualan maghrib tadi..
Bab rumahtangga tu biarlah pokcik simpan sebab ada perkara yang tak boleh dan tidak sesuai kita bicarakan secara umum.. Kan?
Salam hormat..
Santaiiiiiiiiiiiii....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.