Tuesday, 11 September 2018

4 KISAH

10.9.2018
Assalamualaikum.

Selamat Tahun Baru Hijrah buat semua ahli group. Moga amalan kita pada tahun ini diterima dan permulaan yang baik buat sahabat-sahabat yang masih lagi mencari penyelesaian masalah buat diri sendiri, keluarga mahupun tempat tinggal..

Harini pokcik sempat usahakan empat kes secara berdepan walaupun dibuat bukan di rumah pokcik.

Pokcik mulakan dengan copy paste mesej yang diterima...

As Sallam,
Mak dia x berapa ok pulak
Rabu or Khamis hari dlm jam 11 mlm dia terlelap lepas tu dia ckp rasa mcm ada org lalu kain selendang terkena pada badan dia, sehari lepas tu dia nampak mcm ada budak jenguk muka dia masa dia tidur, budak tu gigi tak ada
Pagi tadi mak tak boleh bangun, seluruh badan kejang dan ckp benda yg bukan²... Sy sendiri pun kadang² nmpk kelibat melintas depan mata... Siang pun nmpk jugak mcm ada objek melintas.

Selepas menerima mesej itu pokcik pun bergerak ke Tanah Putih. Bukan apa, orang rumah pokcik boleh lepak di rumah ibunya sementara pokcik pergi ke rumah hamba Allah itu..

Dipendekkan cerita  sebaik sahaja pokcik sampai, sudah ada seorang wanita yang dikenali sebagai maklong, si sakit dan si anak. Pokcik lepak dulu di luar rumah sambil berbual dengan si anak.. Kiranya saudara pokcik jugalah. Kebetulan si emak sakit jadi si anak menelefon maklong untuk datang menziarah.. Nak dijadikan cerita, maklong juga sakit..

Jadinya kesempatan ini digunakan oleh maklong dan meminta pokcik usahakan juga.. Sakit maklong semakin menjadi-jadi sejak menziarahi anaknya yang sakit. Anaknya juga bagi pokcik ada masalah mistik. Si anak bengkak pada bahagian lutut tanpa diketahui masalah. Dengar cerita, dah bercuti selama sebulan lebih kerana sakit yang dideritai.. Si sakit dan maklong yang pergi menziarahi turut terkena tempiasnya...

Tambahan pula, maklong memang mempunyai sakitnya sendiri. Pihak hospital tidak dapat mengesan punca penyakit.. Dia tidak mempunyai penyakit kencing manis tetapi kukunya luruh dan tercabut. Jarinya kakinya pula sudah beberapa batang dipotong. Tadi pokcik melihat kakinya juga berbalut. Dia membuka balutan itu agar pokcik dapat melihat... Pokcik sendiri pun terasa ngilu apabila melihatnya...

Ketika menjaga anaknya yang sakit, maklong memang tak boleh nak tidur. Best je tengok orang lain tidur, katanya. Saya kejap-kejap ke bilik air. Tambahan pula kaki sakit berdenyut-denyut. Macam mana nak tidur, tambahnya lagi. Memang bahaya sikit berurusan bab bisa ni. Silap-silap mengidap pulak pokcik. Hahahhahhahha.. Tapi, takkan nak pilih-pilih pulak, kan..

Nak tak nak pokcik usahakan juga. Ketika nak bermula azan Asar nak berkumandang. Pokcik kata, kita mulakan selepas Asar. Pokcik meminta air botol untuk didoakan dan segelas air kosong juga untuk didoakan. Selepas sahaja selesai azan Asar, pokcik doakan air itu. Setelah itu pokcik meminta agar air kosong segelas itu diminum separuh dan sebahagian lagi dicuci sebagai syarat sahaja pada bahagian kaki yang sakit itu.. Setelah maklong selesai membasuh bahagian kakinya yang sakit di luar rumah, barulah pokcik ikhtiar keluarkan bisa kakinya..

Alhamdulillah setelah selesai pokcik pun bertanya kepadanya.. Alhamdulillah katanya. Kakinya dah tak rasa sakit dan tidak juga berdenyut-denyut seperti sebelum jampi. Adooiiiiii jampi laa pulak.. Layan je laa. Bagus juga maklong ucapkan alhamdulillah. Nampak di situ rasa kesyukuran kepada Allah.. Selepas itu maklong tanya lagi, ada nak buat apa-apa ke selepas ini? Tak ada apa laa.. Pokcik pun hembus mohong-mohong sahaja. Jadinya tak ada laa bersyarat dan pantang..

Alhamdulillah selesai satu bab. Maklong memohon diri untuk balik. Tak lama kemudian seorang lagi anak si sakit sampai. Pokcik dah tahu kehadirannya kerana dimaklumkan terlebih dahulu. Pokcik ikhtiar pula kes kedua. Menurut si sakit, dia sakit sejak balik dari rumah anak maklong. Ketika malam, si sakit bermimpi ada seorang yang lalu di sebelahnya..  Selendang merah yang dipakai oleh perempuan itu terkena mukanya. Memang terasa selendang nipis itu ketika menyentuh muka.

Selain itu, dia juga bermimpi seorang budak kecil yang berambut panjang dan bergigi jongang mengintainya. Bangun sahaja daripada tidur si sakit tak boleh meluruskan tangan. Tangannya menjadi kejang seperti orang terkena arthritis gayanya. Melengkung sahaja jari jemari tanpa dapat mengenggam. Alhamdulillah ada anak lelaki si sakit yang juga saudara pokcik bersamanya. Dia mengangkat ibunya tapi tak tahu nak berbuat apa-apa. Si ibu diurut dengan minyak sambil membaca ayatul kursi kalau tak salah pokcik...

Alhamdulillah tangan boleh diluruskan tetapi sakit di bahu dan tangannya masih tidak boleh diangkat. Kalau diangkat pun terasa sakit.. Seperti ada sesuatu yang bertenggek di atas bahu... Tanpa membuang masa pokcik pun terus scan mohong-mohong untuk melihat punca gangguan dan keberadaan jin itu. Pokcik dapat mengesan gangguan itu berada di bahagian belakang dan tangan kanannya. Setelah pagarkan pokcik terus ikhtiarkannya. Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Tangannya sudah boleh diangkat tinggi. Kalau tak, nak pakai baju pun macam nak suruh orang pakaikan, katanya..

Selesai sahaja kes kedua, pokcik beralih ke kes ketiga. Kali ini pokcik ikhtiarkan anaknya yang baru sampai itu. Kali ini berkaitan dengan tempat kerjanya. Tempat kerjanya selalu ada gangguan yang mengganggu. Dahulu jin itu hanya berada di sudut-sudut belakang kedai. Kini jin itu sudah mula menampakkan diri. Hitam sahaja katanya. Sudah beberapa orang pelanggan menegur perihal jin yang ada di kedai itu...

Pernah berlaku ketika dia sedang solat, ada tangan yang mengusik pintu musollah tu. Macam menggaru atau mencakar pintu gayanya tapi dia teruskan solat. Selesai solat dia bertanya kepada rakan sekerja. Tidak ada seorang pun mengaku melakukannya. Bukan dia sahaja yang mengalami peristiwa itu. Rakan sekerja yang lain turut mengalaminya. Tambahan pula, ia berlaku sejak tuan kedai membakar kemenyan di dalam biliknya. Semerbak bau dalam kedai tu. Apabila ditanya, tuan kedai kata dia membakar kemenyan Mekah.

Dah laa kedai tu selalu berbau kapur barus dan sebagainya. Kini tambah pulak dengan bau kemenyan. Apabila diceritakan perihal gangguan, tuan kedai hanya mendiamkan diri. Mereka syak, jin itu merupakan saka peninggalan keluarga tuan kedai yang disuruh menjaga kedai itu. Mereka kini hanya diam dan menghadapi gangguan yang ada. Oleh sebab si sakit ini sakit pada bahagian kepala, belakangnya dan pahanya maka pokcik usahakan pada bahagian itu tanpa perlu mencari punca. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Allah permudahkan segala urusan. Setelah itu pokcik meminta diri untuk mengambil orang rumah pokcik di rumah ibu mertua..

Diringkaskan cerita pokcik sampai ke rumah ibu mertua. Pokcik terus masuk untuk menunaikan solat Asar. Rupa-rupanya sudah ada dua orang perempuan sedang menunggu pokcik.. Apa pula masalahnya? Dahulu pokcik pernah usahakan kes gangguan pada dirinya. Dia selalu bermimpi dan sebagainya. Kini semua gangguan dan mimpi tu alhamdulillah dah tak ada. Tapi kini kakinya sejuk seperti air batu. Kalau dia pakai stoking pun, stoking itu melekat pada kakinya sebab terlampau sejuk.

Macam-macam jugalah kan. Pokcik bimbang juga berkaitan saraf dan sebagainya. Namun disebabkan dia datang dari jauh, pokcik janji akan usahakan juga selepas selesai solat Asar. Alhamdulillah setelah selesai solat Asar, pokcik usahakan dia. Alhamdulillah, bukan setakat hilang sejuk kakinya, dia berpeluh seperti orang baru lepas mandi. Alhamdulillah panas semula seluruh anggota seizinNya.

Kali ini pokcik pun tak memeriksa bab gangguan atau sebagainya sebabnya hari pun dah beransur maghrib. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan pada hari ini. Segala puji bagi Allah. Terima kasih buat semua sahabat yang memunculkan diri sama ada like ataupun menjawab soalan pokcik. Terima kasih semua. Moga kita semua diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusan olehNya berkat kedatangan awal muharam ini. Wallahuaklam. Salam hormat..


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.