6.6.2018
Assalamualaikum.
Santai malam.......
Kali ni pokcik nak kongsikan kisah malam tadi. Malam tadi pokcik ke KMC untuk menziarahi seorang sahabat pokcik iaitu ustaz Samsul. Dia dimasukkan ke hospital kerana mengalami muntah yang teruk. Doktor bimbang ususnya terluka kerana muntah yang banyak dan dalam keadaan dia berpuasa...
Alkisah....
Sebelum ke hospital, dia ke tempat kerjanya walaupun dalam keadaan demam. Nak dijadikan cerita, sahabatnya yang pokcik usahakan dahulu perihal isteri yang lari ke Johor juga demam.. Sahabat itu sudah demam lebih kurang seminggu setelah balik dari Johor.
Dia ke Johor untuk berjumpa dengan anaknya yang dilarikan oleh isterinya itu. Sesampainya di sana, dia melihat keadaan anak lelakinya sangat kurus. Ada dia hantar gambar anak lelakinya itu kepada pokcik bagi mengesan kehadiran sebarang entiti yang tidak elok. Belas juga pokcik melihat keadaan anaknya itu tetapi pokcik tak dapat mengesan sebarang unsur mistik.. Pokcik dapat merumuskan bahawa anaknya itu tekanan dan mengalami masalah emosi yang teruk..
Dalam keadaan demam pun hamba Allah tu pergi bekerja seperti Ustaz Samsul juga. Nak dijadikan cerita, semua orang tak boleh berdekatan dengannya dan mereka akan berasa tak selesa. Mungkin berasa seram dan sebagainya. Wallahuaklam. Entah macam mana Ustaz Samsul terserempak dengannya. Ustaz pun menegur secara tidak sengaja.. Apa ada di belakangmu tu. Besar sangat.. Mungkin ustaz ternampak apa yang berada di atas belakangnya..
Selepas tegur itulah, ustaz terus muntah dengan banyaknya. Dia meminta pulang awal untuk pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan.. Akhirnya ustaz dimasukkan ke wad dan ketika ini beliau masih lagi berada di sana. Mungkin disebabkan keadaannya yang memang sudah demam dan dicampur pula dengan kehadiran entiti yang ditegurnya maka dia semakin teruk dan pada hari ini para doktor akan memasukkan kamera ke dalam perutnya untuk melihat sama ada berlaku pendarahan dalaman atau pun tidak...
Jadinya, pokcik menziarahi Ustaz Samsul malam tadi bukan untuk ikhtiarkan beliau tetapi meminta dia menelefon hamba Allah yang demam itu.. Bukan apa, ustaz dah sakit fizikal dan keadaannya hanya kesan daripada faktor mistik tetapi hamba Allah tadi memang ada gangguan pada dirinya.. Tambahan pula, sahabat ustaz itu memang pokcik kenal kerana pernah bermain badminton dengannya dahulu. Main sahajalah, pandainya tidak. Sekadar mengeluarkan peluh sahaja...
Tak lama kemudian dia pun sampai setelah dihubungi oleh Ustaz Samsul. Sesampainya sahaja ke wad, ustaz nak muntah lagi. Dia mula sendawa. Ketika inilah pokcik cepat-cepat pagarkannya seizin Allah. Alhamdulillah dia pun berhenti sendawa. Adusss.. Tak pasal pulak kalau nurse masuk ke biliknya dan mendapati dia muntah tiba-tiba. Pastu keadaan akan menjadi kelam kabut. Jadinya sebagai langkah pencegahan, pokcik pagarkannya terlebih dahulu..
Setelah keadaan tenang barulah pokcik bertanyakan perihal sahabat itu. Menurutnya, asalnya dia ke Johor untuk melihat keadaan anaknya sahaja. Apabila melihat anaknya dalam keadaan begitu, timbul perasaan kasihan. Maklumlah anak. Setelah membawa anaknya bersiar-siar, dia ingin menghantar anaknya kepada si ibu. Akan tetapi, anaknya tidak mahu turun dari kereta dan ingin mengikutnya pulang ke Kuantan. Dengan rasa serba salah, dia pun terus membawa anaknya itu. Pelbagai maki hamun dia terima dan mesej yang berbaur ugutan seperti mendoakan kematian dia.
Dipendekkan cerita, pokcik terus ikhtiar pagarkannya. Kemudia scan laa mohong-mohong. Memang pokcik dapat kesan adanya gangguan pada bahu kirinya dan di kepalanya. Tanpa bercakap dan bersoal banyak lagi, pokcik terus doakan agar gangguan itu Allah musnahkan. Setelah selesai bahagian bahu barulah pokcik usahakan bahagian kepalanya. Dia sempat hanyut dan pening sekejap ketika pokcik usahakan bahagian kepalanya. Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan. Selesailah masalah tersebut seizin Allah..
Baru sebentar tadi pokcik hubunginya. Alhamdulillah dia dah kebah daripada demam seizinNya dan kawan-kawan sudah boleh mendekatinya. Sekian selembar kisah yang boleh pokcik kongsikan pada malam ini. Moga berjumpa lagi sekiranya diberikan keizinan oleh Allah.. Wallahuaklam.. Salam hormat semua..
Santaiiiiiiii.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.