Friday, 14 September 2018

SIHIR ATAU MEDU EPISOD 2

28.6 2018
Assalamualaikum

Angin Medu, Sihir? 2

Seperti dijanjikan kepada sahabat kita itu, pokcik sempat juga usahakannya selepas solat Maghrib tadi. Alhamdulillah Allah permudahkan  atas niat yang baik.

Masalah sahabat kita ini bertumpu pada bahagian dalaman badan. Ini termasuklah kepala, dada dan perutnya.. Sebab itulah perawat-perawat sebelum ini mengatakan masalah angin medu, sihir dan sebagainya..

Memang tidak dinafikan bahawa jin, syaitan ini memang menanti peluang. Di mana kita sakit, di itulah tempat tumpuan mereka.. Jadinya, kalau rasa lain macam atau dirasakan ada mainan jin, sihir dan sebagainya maka teruslah ikhtiar agar ia tidak menjadi sakit fizikal kekal..

Pokcik dapat rasakan kerendahan hati sahabat kita ini dan niatnya ingin menjadi hamba Allah yang baik dan soleh.. Sebab itulah dengan niat yang baik, serta tidak lupa juga doa semua sahabat ahli group maka Allah permudahkan urusan.. In shaa Allah, pokcik doakan mudah-mudahan kita semua dalam peliharaanNya..

Moga berjumpa lagi.. Walllahuaklam..
Salam hormat semua..

Santaiiiiiiiii.






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.