Sunday, 9 September 2018

JIN BERANI

21.7.2018
Assalamualaikum..

Jin Garang

Jarang pokcik jumpa jin yang betul-betul garang. Biasanya lentok saja pokcik jumpa biarpun pokcik dengar cerita daripada si sakit bahawa depa dok lambung, karate, terajang perawat dan sebagainya sebelum berjumpa dengan pokcik... Apabila dengar tentang kegarangan jin depa tu, berdebar juga laa.. Tambahan pula pokcik ni dah tua. Sekali depa ketis, berterabur tulang pokcik. Kalau tak pun, depa kesian pada orang tua macam pokcik. Tu yang depa jadi jinak. Macam nak letak kepala depa atas bahu pokcik ooo. Punyalah manja jin garang yang depa ceritakan sebelum ini...

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari jiran pokcik memanggil ke rumah.. Dalam kepala pokcik, dia nak ajak makan malam. Hihihihihi. Akan tetapi, hal itu tidak terjadi. Dia panggil pokcik ke rumahnya kerana ada gangguan pocong. Setahu pokcik, pocong ni jenis jin yang berat. Apa tidaknya, pernah sahabat pokcik yang ada khadam pocong naik kereta. Apabila pocongnya nak ikut, terconget kereta tu.. Hihihihi.. Entah dia bela lagi atau tidak pokcik tak tahu sekarang ini sebab lama dah pokcik tak jumpa dia.. Dulu pokcik nasihatkan dia agar membuang pocong tu tetapi dia enggan.

Berbalik pada cerita kali ini. Menurut jiran pokcik, anaknya selalu berjumpa pocong itu di atas katil biliknya.. Nak tidur macam mana agaknya kalau berkongsi katil dengan pocong.. Hahahhahhahhaha... Selain di atas katil biliknya, pocong itu juga sering kelihatan di dalam almari.. Selalu berlaku, sebaik sahaja almari dibuka pocong sudah berada dalam tu.. Nak ambil pakaian pun jadi takut...

Kali ini pocong tidak mengganggu seorang sahaja. Dia mengganggu seisi rumah.. Orang rumahnya juga sering kelihatan kelihatan pocong itu di dalam rumahnya.. Sebenarnya pocong itu mengikut sahabat pokcik. Sebelum itu, kami ada program di Ulu Bendul Negeri Sembilan. Disebabkan pokcik yang mengajak dia pergi maka rasa bersalah pulak kalau pokcik tak usahakan. Si anak jiran pokcik ni datang ke arah pokcik dan menceritakan kejadian yang berlaku dalam rumahnya...

Pokcik mengajak sahabat pokcik ini masuk ke dalam biliknya tetapi dia menolak. Dia takut katanya.. Adehhhhh... Kalau si ayah takut nak masuk bilik, apatah lagi anaknya.. Kan.. Hihihihihi.....  Setelah pokcik yakinkan dia, barulah dia nak masuk ke bilik anaknya itu.. Si anak memandang dari jauh.. Masa masuk tu kalau pokcik kata, tuuuuu pocong tengah berbaring, silap-silap melompat dia keluar bilik. Hahahhahhahha... Pokcik masuk dan cuba rasai adakah makhluk itu masih berada di situ.. Bukan apa, kadang kala apabila kita sampai jin tu dah lari sekejap. Nanti dah clear, dia akan datang semula.. Pokcik meminta kebenaran untuk duduk atas katil anaknya. Hahahhahhahha...  Takkan nak buat atas lantai. Mana syok..

Setelah berasa selesa, pokcik pun cuba memagar bilik itu agar makhluk itu tidak dapat lari.. In shaa Allah.. Kali ini pokcik tidak scan mohong-mohong sebabnya pokcik dah rasai kehadirannya sebaik sahaja pokcik masuk ke dalam bilik itu.. Pokcik mulakan bacaan. Baca laa kan sikit-sikit. Basmallah tu bacalah kuat sikit walaupun bacaan lain slow saja baca. Baru orang boleh panggil ostad.. Hihihihihi.. Jangan marah.. Makin lama makin kuat pokcik rasakan kehadirannya.. Tenaga yang dikenakan pada pokcik terasa amat kuat. Tiba-tiba pokcik dapat rasakan sesuatu menerpa dan menerkam pokcik dari arah belakang...

Nasib baik pokcik tak melatah.. Opocot, Kakakkakkakakka... Memang pokcik dapat rasakan satu tenaga yang amat kuat. Garang betul jin ni, kata pokcik di dalam hati.. Macam pokcik beritahu dalam bicara pada awal posting tadi,  jarang pokcik berjumpa jin segarang ini.. Dia makan lipan agaknya atau tebuan masak kicap kot.. Tu yang garang sangat. Hahahhahhahha... Pokcik jangka, dia cuba untuk menyerang pokcik. Kalau tak pun, dia nak merasuk pokcik agaknya. Tak dapat pokcik bayangkan kalau tiba-tiba pokcik merasuk. Kakakkakkakakka... Jenuh laa nak pii cari orang maiii pulihkan pokcik pulak. Hihihihihi...

Apa pun alhamdulillah, Allah masih melindungi pokcik.. Setelah pokcik niatkan dan berdoa agar dibakar jin itu, pokcik pun keluar bilik. Scan mohong-mohong, alhamdulillah dah tak ada sebarang energy negatif di dalam bilik itu. Alhamdulillah selepas malam itu tiada lagi gangguan seizin Allah sehinggalah ketika pokcik menulis kisah ini... Ada lagi kisah jin garang ni.. Ada masa nanti pokcik kongsikan ye. In shaa.. Moga berjumpa lagi... Salam hormat. Santaiiiiiiiii...

Terima kasih buat semua sahabat yg sporting menceriakan posting kali ini. Yang like pun pokcik ucapkan terima kasih juga. Malu lagi agaknya nak join.. Lain kali ye sahabat.. Wallahuaklam.. Selamat mlm Semua...


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.