Wednesday, 12 September 2018

ANAK DEGIL

29.7.2018
Assalamualaikum...

Dua hari lepas pokcik menerima tetamu. Katanya anaknya degil tak nak dengar cakap.. Baru Darjah 1 kot. Tudia aih...

Dengar kata cikgu pun dia jerkah. Tambah-tambah cikgu perempuan.. Cikgu zaman sekarang tak boleh dah merotan. Kalau merotan silap-silap masuk ke dalam sebabnya ibu bapa akan buat laporan polis..

Kalau tak buat laporan polis, ada sesetengah ibu bapa datang menyerang cikgu ajak bertumbuk.. Hahahhaha.

Apabila anak BANGANG dan akhirnya apabila dewasa kelak si ibu bapa diletakkan ke rumah orang-orang tua depa kata ni semua salah cikgu laa ni sebab tak didik anak aku supaya jadi orang... Pulak dah.. Kakkakakkakkaa...

Tak semua ibu bapa macam tu tapi kebanyakan yang pokcik dengar dan lihat memang macam tu laa. Zaman pokcik dulu, kalau pokcik bagitau kat ayah cikgu rotan dan sebagainya, ranting kayu, getah paip, tali pinggang atau kalau dekat dengan pokok bunga, maka dahan pokok bunga tu jadi bahan untuk melibas pokcik..

Alhamdulillah sungguhpun sekadar bawak forklift, pokcik tak duduk bawah jambatan hidu gam dan tak pernah ambil duit orang walaupun ditinggalkan terdedah dalam kuantiti yang banyak...

Baiklah, berbalik pada cerita kali ini. Apabila hamba Allah itu sampai dia mengajak anaknya masuk ke dalam rumah pokcik. Dia menceritakan masalah anaknya. Pokcik meminta anaknya datang duduk dekat sikit.. Dia tak mahu.. Ayahnya juga meminta dia datang.. Dia tak mahu juga..

Adehhhhh... Memang degil.. Ayahnya menjeling, dia buat tak tahu sahaja. Kalau ayah pokcik dulu, silap-silap lepas ke tanah dah. Hahahhaha. Dalam 5 ke 10 minit dipujuk pun dia berdegil. Pokcik dah rasa lain macam.. Anak orang, pujuk pokcik dalam hati.. Hihihihi...

Oleh sebab dia langsung tak mahu datang dekat, pokcik usahakan dari jauh jugak laa. Adoiiiii.. Sekejap dia main kucing pokcik, sekejap dia melunjurkan kaki, sekejap dia masukkan kepala di bawah meja. Huhuhuhuhu..

Hemboihh jugaklah pokcik ni.. Pokcik doakan agar dia lembut hati dan mendengar kata. Alhamdulillah selesai jugaklah pokcik doa. Hihihihihi.. Ayahnya dok geleng kepala dari awal sampai sudah.. Hahhahahhahha..

Apa pun, alhamdulillah akhirnya dia mula datang mendekat.. Macam malu-malu pulak. Walaupun tidak datang dekat pokcik tetapi dia mula duduk di sebelah ayahnya berdekatan dengan pokcik.. Ayahnya senyum..

Akhirnya ayahnya meminta diri untuk balik. Dia terus bersalaman dengan orang rumah pokcik dan akhirnya dia bersalaman dengan pokcik.. Ayahnya sedikit terkejut.. In shaa Allah, dia akan menjadi anak yang baik atas usaha dan niat baik ayah dan ibunya...

Antara amalan yang boleh dilakukan untuk melembutkan hati anak, suami atau isteri ialah ayat dalam surah Ali Imran ayat 200. Selain itu selalunya amalkan zikir Yaa Latif ( Yang Maha Lemah Lembut) ketika mengacau makanan atau minuman.. Niatkan agar hati orang yang keras itu menjadi lemah lembut dan jangan niatkan lembut macam sotong pulak.. Hahahhaha...

OK laa noo...
Amalkan dan jadikan kebiasaan kerana doa ibu kepada anaknya amat afdhal. In shaa Allah.. Moga berjumpa lagi..

Salam hormat..
Santaiiiiiiii...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ
 تُفْلِحُونَ

'Āli `Imrān:200 - Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.