25.9.2018
Assalamualaikum
Tajuk : Resdung dan Gangguan
Sebelum pokcik mulakan kisah, sahabat yang baru masuk tak perlulah ucapkan salam perkenalan kalau nak stay sekejap sahaja dalam group ini sebabnya para admin akan remove sesiapa sahaja yang BACA POSTING para sahabat tetapi TIDAK MEMUNCULKAN DIRI..
Berbalik pada cerita.....
Baru sebentar tadi pokcik usahakan dua orang perempuan secara berdepan. Seorang masalah gatal-gatal pada bahagian muka terutama ketika berada di rumah manakala seorang lagi sakit pada bahagian pinggang dan bahu.
Baiklah, pokcik pergi satu-satu kisah. Hamba Allah yang pertama ini baru sahaja berkahwin. Suami kedua maksudnya, setelah berpisah dengan suami pertama. Apabila dia pergi berubat maka sudah tentulah pelbagai CERITA yang keluar daripada mulut perawat...
Perawat pertama yang ikhtiarkan dia OK lagi bagi pokcik. Ikhtiar sahaja, kan. Dia mandi limau selama tiga hari. Pokcik boleh agak dia berubat di Pusat Perubatan Islam yang mana. Tak apalah tu kerana bagi pokcik, selagi tidak bukan-bukan tak ada masalah. Kesembuhan milik Allah. Kita semua maklum bab tu..
Pokcik nak ceritakan perawat berikutnya yang dia ikhtiar. Kalau tak salah di Sungai Isap Kuantan. Namanya Pak Ndak (bukan nama sebenar). Dia pun menceritakan masalahnya kepada perawat berkenaan. Apabila diceritakan bahawa suami pertamanya marah dan nak rujuk setelah bercerai maka dapatlah idea untuk CREATE STORY...
Maka keluarlah cerita bekas suaminya yang sihirkan. Tak pasal-pasal bekas suaminya kena. Alhamdulillah dia tak percaya. Daripada ceritanya pada pokcik tadi, nampaknya memang dia tak begitu percaya apa yang diperkatakan oleh perawat berkenaan. Alhamdulillah. Pokcik kata, kalau dia tak buat, bila nak pergi minta maaf padanya? Hihihihihi. Hamba Allah ini bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh pokcik..
Yang lagi best, si perawat bercakap, tu ada di luar rumah tu hantunya. Muka putih, rambut menggerbang. Haaaaaaaa ini ayat biasa perawat. Kalau ada sesiapa yang pernah alami, bolehlah kongsikan pada komen posting pokcik ini... Hihihihihi.. Masalahnya cerita itu ini, tapi keadaan pesakit tetap sama. Macam mana tu? Mulalah keluar, kesembuhan milik Allah. Memanglah betul. Apa yang tak betul ialah mengadakan cerita. Allah suruh macam tu ke?
Dipendekkan cerita, pokcik terus ikhtiarkan dia. Selepas ikhtiar pagar, terasa ada sesuatu keluar dari badannya. Macam ada sesuatu keluar dari badan, kata si sakit. Haih.... Itulah jin. Masa hamba Allah tu sedang bercerita tak nak keluar. Dah nak ikhtiar baru nak memunculkan diri dan nak lari... Begitu sombongnya jin yang tak taat dengan Allah. Degil. Kalau dengan Allah pun engkar apatah lagi dengan kita. Kan?
Terus pokcik mohon pada Allah untuk memusnahkan jin berkenaan. Setelah itu pokcik ikhtiar tarik mohong-mohong pada bahagian mukanya. Kembang kempis pipi saya tadi, katanya selepas pokcik selesai ikhtiar. Pipinya terasa terangkat dan menguncup dengan sendirinya. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pokcik dan pesakit ini. In shaa Allah dia tak akan lagi gatal seizinNya sekiranya berada di rumah. Cuma bab resdung tu pokcik syorkan agar dia berubat macam biasa. Ada pokcik baca tempoh hari dalam FB. Gunakan kulit kayu manis, bakar dan hidu asap dan lalukan ke lubang hidung. In shaa Allah..
Kes kedua pokcik usahakan sebaik sahaja selesai kes pertama. Kes kedua berkaitan dengan tempias sahaja. Apabila dia urut suaminya maka dia pun terkena. Pokcik usahakan bahagian pinggang dan bahunya. Alhamdulillah bab tu. Bab suaminya, pokcik minta dia bawa suaminya berubat ke mana-mana sahaja perawat. Kalau tidak, sampai bilapun takkan selesai masalahnya. Kan? Dia tanya, bawa jumpa pokcik boleh ke? Errkkkkkkkkkkkkkkkkk..
Jawapan pokcik mudah, pokcik bukannya perawat. Bawalah ke mana-mana dahulu. Kalau masih berlarutan bawalah jumpa pokcik. Pokcik ikhtiarkan sahaja. Takkan janji bukan-bukan...
Sekian..
Wallahuaklam.
Salam hormat... Santaiiiiiiii...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.