Sebelum ni pokcik dah kongsikan kisah Miu Miu. Kali ini beliau sendiri menulis kisah hidupnya dan pokcik kongsikan atas keizinannya...
Assalamuaaikum kepada sahabat semua yg di kasihani.
Bahagian 1 -Dalam Manis ada Pahit.
Saya nak share sikit pengalaman saya dan Dan berkongsi dgn sahabat semua.
Kisah bermula pada tahun lepas, Sebelum bertunang saya dan pasangan baik2 shj. Tiada gaduh dan tiada apa2 yg pelik berlaku. Kami bertunang dengan selamat. Pasangan saya baik orgnya.
Alhamdulilah. Saya bertemu dgn org yg baik dari keluarga yg baik2 dan beriman. Saya di jaga dan di sayang, Pasangan saya yg uruskan dan bayarkan hal majlis. Dlm 80% sudah siap. Jadi saya tak perlu khuatir dan risau.
Lagi beberapa bulan majlis pernikahan, Tiba2 pasangan saya berubah mendadak 360', Macam mana bermulanya perubahan itu? Saya nampak ex tunang dah tak angkat phone..message saya tak balas..kemudian bila dia lalu depan saya..dia tak nampak. Pernah satu ketika hujan lebat saya tak bwk payung jadinya saya tgu je lobby harap dpt jumpa ex tunang. Kemudian saya nampak dia sambil bwk payung. Saya ikut je dia di belakang sambil berjalan dengan hujan lebat petir masa tu..saya basah kuyup berjalan bersebelahan sebelah ex tunang. Dan ex tunang pandang saya dgn tiada rasa simpati. Dia pandang saya dgn perasaan kosong. Saya pula menangis2
Dan saya nampak muka dia lain sgt..yg bukan saya kenal dah.( berbulan2 saya cuba hampiri ex tunang tetapi ex melarikan diri dari saya dan berbulan juga saya menyelamatkan hubungan ini) Semakin lama semakin jauh saya dan ex tunang.
Selepas itu baru saya tahu yg ada sesuatu tak kena. Dan saya pula bermimpi ular tedung warna hitam. Saya bermimpi jatuh dari tempat tinggi. Kemudian di ikuti sakit kepala yg rasa mcm nak pecah bayangkan lah kalau kita ada 7 hari dalam 5 atau 6 hari itu tak kira masa..sakit itu dtg suka hati. Makan ubat pun tak sembuh dan saya gunakan mandian quantum metafizik still tak baik2 (ini sebab sy terlalu pandai sebab ingatkan boleh sembuh sakit kepala saya)
Saya pernah pengsan di pejabat dan di rumah. Saya pernah di masukkan di hospital kerasa sakit telinga ( telinga berdengung dan hampir pekak keduanya) Ex tunang pun tak kisah pasal saya. Berat badan dari 56kg turun medadak 44kg. Muka saya cengkung sgt dah mcm org tua.Saya makan tp tak byk, selera semakin kurang, muka saya semakin kusam dan tak berseri. Saya jd panas baran, hubungan keluarga pun tak baik kerana masalah saya ini, Saya tak boleh tidur malam since selepas bertunang ( selalu terjaga waktu mlm dan tak nyenyak) Emosi saya tak stabil, Rohani saya semakin lemah, Dan saya selalu menangis tak kira waktu, siang,malam dan tempat, yg saya tak boleh lupa, masa saya shopping pun saya menangis! dan saya tgh bekerja pun saya menangis, saya menjadi sgt penyedih.
Saya create dunia saya sendiri. Saya termenung dan Saya sgt sensetif. Paling teruk sakit ini buat saya hampir sewel..sungguh! Otak saya bercelaru..
Lama saya fikir apa tak kena dgn saya..
Kemudian saya teringat mengenai solat saya kerana rohani saya semakin lemah dan Saya cuba utk perbaiki solat..setiap hari lepas solat.mesti saya menangis2 mintak tolong. Bantu saya dlm kedaaan saya yg sgt teruk...lama Allah nak jawab soalan saya itu...Akhirnya Allah jawab..tp dia bagi petunjuk sikit2.
Bersambung bahagian 2 nanti
Note: Dekat 5 jam gak menaip ni..phewww.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.