Sunday 30 September 2018

CORETAN DATO KAMAROL ZAMAN RAMLY

Assallamualaikum dan salam sejahtera Pokcik dan sahabat2, posting ini hanya bertujuan untuk berkongsi serba sedikit maklumat mengenai bagaimana minyak dagu dihasilkan yang penuh dengan segala kekhurafatan dan kesesatan seperti yang pernah diceritakan kepada saya oleh seorang rakan yang mengaku pernah terlibat secara langsung dengan seorang bomoh Siam.

Mengikut dari ceritanya, minyak dagu yang paling ampuh atau “POWER” dalam bahasa orang sekarang mestilah diperolehi dari seorang wanita yang sedang mengandung dan mati dibunuh.  Selain dari itu memang ada kaedah lain untuk menghasilkan minyak dagu ini tapi minyak dagu ini lebih ampuh dan mujarab jika kematian wanita yang mengandung itu lebih tragis seperti disiksa tanpa belas kesihan sebelum dia mati dibunuh.

Untuk upacara ini dilaksanakan hari yang paling mujarab ialah pada hari selasa.  Setelah dipastikan kubur wanita mengandung yang mati dibunuh tersebut maka bergeraklah pada malamnya rakan saya ini bersama bomoh Siam tersebut menuju ke kubur yang dimaksudkan.  Segala bahan2 untuk upacara mendapatkan minyak dagu itu disediakan sepenuhnya oleh bomoh Siam tersebut jadi rakan saya hanya diminta mengekori bomoh tersebut sebagai “Lam” bomoh itu disamping dijanjikan untuk mendapat sedikit habuan dari minyak dagu yang bakal diperolehi nanti.


Mereka pun tiba betul-betul di hadapan kubur wanita mengandung yang mati dibunuh itu pada waktu tengah malam dan mulalah kerja mengorek tanah kubur.  Rakan saya yang berhempas-pulas seorang diri mengorek tanah kubur tersebut dan sekali sekala dibantu sedikit oleh bomoh Siam tersebut kerana bomoh Siam itu sibuk menyediakan bhn2 untuk upacara pemujaannya sebentar lagi.  Hampir satu jam mengorek tanah akhirnya mata cangkul menyentuh badan mayat yang elok berbungkus kain kapan yang sudah bertukar warna merah tanah.

Bomoh Siam itu kemudian terjun ke dalam liang lahad dan sambil dibantu oleh rakan saya itu, mereka membuka kain kapan yang menutupi tubuh mayat.  Terlihatlah wajah wanita malang itu dengan disinari cahaya dari lampu gasolin yang diletakkan bersebelahan kubur itu.  Tanpa menunggu sesaat pun, bomoh Siam itu terus menghayunkan kapak tajam yang dibawanya dan dengan sekali hayun sahaja terus terpotong dan terputus leher wanita yang tidak berdosa itu.  Rakan saya menceritakan dia hampir pengsan bila melihatkan peristiwa itu berlaku betul-betul di hadapan matanya.  Masih ada darah yang keluar dari leher yang dipotong itu semasa bomoh Siam itu memegang rambut mayat wanita itu dengan tangan kanannya untuk dibawa naik ke atas kubur.

Kedua-dua mereka pun keluar dari lubang kubur tersebut dan bomoh Siam itu terus merodokkan sebatang kayu yang telah diasah tajam di satu hujungnya masuk ke dalam telinga kiri mayat wanita itu dan tembus keluar ke telinga kanannya.  Kemudian diletakkan kepala yang tergantung pada batang kayu itu di atas dua kayu berbentuk Y yang telah sedia dipacakkan bomoh tersebut semasa rakan saya itu tadi sibuk menggali tanah kubur.  Di bawah kepala mayat wanita yang kini tergantung pada dua kayu di kiri dan kanan seperti kita memanggang ayam terdapat kayu-kayu kering yang dikutip bomoh itu dari sekitar kawasan tanah kubur dan ketulan-ketulan arang yang dibawa oleh bomoh Siam dari rumahnya tadi.

Terus dibakarnya kayu-kayu kering dan arang itu sehingga apinya naik mengenai bahagian bawah dagu kepala mayat yang tergantung tu.  Kepala mayat wanita itu disalai berjam lamanya dan semasa proses menyalai kepala itu, rakan saya dan bomoh itu duduk bersila di hadapan kepala tersebut.  Bomoh itu berterusan membaca mentera yang tidak difahami bahasanya dan sekali-sekala terdengar bomoh Siam itu memberi salam.  Rakan saya itu beritahu dia pun agak hairan kenapa bomoh Siam tersebut berulang-kali memberi salam.  Setelah hampir setengah jam kepala wanita itu disalai, tiba-tiba kedua biji mata wanita itu terbuka dan anak matanya memandang ke arah bomoh Siam itu dan seterusnya memandang tepat pula ke arah rakan saya itu.  Rakan saya cakap ketika itu dia punyalah menggeletar ketakutan sampai rasa macam nak terkencing.  Tak cukup dengan itu, kepala mayat wanita itu tiba-tiba membuka luas mulutnya dan lidahnya pulak terjelir keluar dengan begitu panjang menjilat-jilat muka bomoh Siam itu.  Masa itulah rakan saya terus pengsan sebentar.  Bila dia sedar, dia terlihat bomoh Siam itu sedang menadah minyak yang keluar dari dagu di kepala mayat itu dengan sebotol kaca kecil menyerupai botol minyak atar.

Proses tadahan minyak dagu itu dengan bacaan mentera oleh bomoh Siam tersebut mengambil masa hampir 3 jam lamanya.  Begitu tekun bomoh Siam itu menadah setiap kali terlihat titisan minyak berkumpul di bawah dagu di kepala mayat wanita itu.  Mengikut apa yang diceritakan rakan saya itu, bahang api yang terbakar di bawah kepala yang tergantung pada dua batang kayu itu tidak begitu terasa kerana dinginnya suasana malam di tanah perkuburan yang terletak agak jauh dalam hutan di hujung kampung.

Tiba-tiba dalam keadaan tergesa-gesa bomoh Siam tersebut menyuruh rakan saya untuk meletakkan semula kepala tersebut di tempat asalnya dan menimbus kembali tanah kubur yang digali tadi secepat mungkin.  Kurang dari sejam semuanya sudah selesai dan dalam tempoh sejam lagi Subuh bakal menjelang tiba.  Botol yang berisi minyak dagu tersebut ditutup dan dililit dengan 3 benang berwarna merah, kuning dan hitam.  Selepas itu dibalut dengan kain berwarna hitam dengan bacaan mentera yang tertentu.  Mengikut rakan saya lagi, walaupun hampir 3 jam menadah minyak dagu itu, jumlah minyak dagu yang terkumpul di dalam botol kecil itu adalah sangat sedikit, hanya setengah botol sahaja.  Bomoh Siam itu dan rakan saya bergegas pulang keluar dari kawasan tanah perkuburan itu dengan langkah yang cukup laju.  Mengikut kata rakan saya, bomoh Siam itu memberitahu kepadanya jika kokok sulung ayam jantan berbunyi atau azan Subuh berkumandang maka akan sia-sialah apa yang mereka telah usahakan sepanjang malam itu kerana itulah pantang minyak dagu tersebut.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, bomoh Siam itu menurunkan petua dan pantang larang kepada rakan saya itu antaranya, minyak dagu tersebut tidak boleh dibawa masuk ke dalam rumah dan jangan sekali-kali dibawa pergi ke masjid atau madrasah/surau ….. cara menyimpannya hendaklah samada di tanam di dalam tanah atau disorokkan di perdu pokok-pokok yang besar ….. Jangan memegang atau membawanya malah jangan berada berdekatannya jika hari hujan kerana takut dipanah petir ….. minyak dagu ini ianya hidup sebab dijaga oleh khadam jin sebab tu setiap kali bulan mengambang penuh, minyak dagu ini akan bertambah semula ke jumlah yang asal walaupun telah susut dengan banyak ….. lebih lama minyak dagu ini disimpan maka akan lebih kemujarabannya untuk digunakan sebagai minyak Pengasih, Penunduk dan Penggerun …..  Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dari terlibat dengan perkara-perkara syirik seperti ini.


2 ANAK DARA

29.9.2018
Assalamualaikum..

Tajuk : 2 Anak Dara..

Kalau tengok pada tajuk, dah tentu berkaitan dengan dua orang perempuan. Nak dijadikan cerita, pagi tadi pokcik keluar bersama dengan orang rumah pokcik. Dalam pukul 12 lebih kot pokcik sampai ke pusat beli belah.. Carilah pakaian lebih kurang dan letih berjalan pokcik pun makan di situ...

Setelah itu pokcik pergi ke surau di bandar dan solat zohor. Dalam perjalanan balik, sempat lagi pokcik dan orang rumah membeli dua buah beg galas. Setelah itu, pokcik ke kedai tayar. Ingatkan nak buat balancing dan alignment tayar sahaja. Apabila tengok keadaan tayar yang tak berapa elok, orang rumah pokcik menawarkan diri untuk belanja beli empat biji tayar. Haaa tukar sajalah, kan...

Oleh sebab pokcik nak tayar baharu maka terpaksalah menunggu lama sikit sebab pemilik kedai itu terpaksa mengambilnya di kedai lain. Kebetulan orang rumah pokcik tak boleh solat maka dia meminta pokcik pergi solat dahulu sementara dia menunggu di situ. Pokcik tak mahu solat di rumah dan berpusing semula mengambil orang rumah pokcik, jadinya orang rumah pokcik menelefon pekerja sahabat pokcik untuk datang mengambil pokcik di situ.

Setelah dia sampai pokcik terus menuju ke kedai sahabat pokcik dan solat Asar di situ. Selesai sahaja solat pokcik order dahulu teh tarik di kedainya. Pokcik tengok pekerja perempuan yang kebiasaannya membuat air tiada.. Orang rumah sahabat pokcik memberitahu bahawa pekerjanya itu cuti.. Letih agaknya, fikir pokcik dalam hati.. Selesai sahaja minum tiba-tiba pekerja yang sakit itu turun ke kedai dan terus duduk semeja dengan pokcik.

Pokcik lihat mata kirinya bengkak. Macam kena tumbuk gayanya. Lehernya juga merah. Memang jelas kelihatan sebab dia tidak memakai tudung. Dia juga menunjukkan lengannya. Naik merah habis. Nak dijadikan cerita malam tadi pokcik dan orang rumah keluar. Sahabat pokcik keluar bersama pekerja-pekerjanya. Kami berjanji untuk berjumpa di EC Mall. Sementara pokcik dan sahabat pokcik ada urusan, dua orang pekerjanya lepak di taman berdekatan.. Dua-duanya perempuan.

Entah apa yang "kencing" maka matanya bengkak dan tangannya serta lehernya merah. Kejadian itu disedari pada waktu tengah hari tadi ketika dia ingin turun bekerja. Sebaik sahaja keluar dari bilik air, salah seorang rakan sekerjanya mendengar dia menangis. Rupa-rupanya mata kirinya sudah hampir tertutup dengan bengkak pada bahagian kelopak mata. Dia terus ke klinik ditemani rakan sebiliknya.

Sesampainya di klinik, dia diberikan satu suntikan. Menurut doktor, dia allergic makanan.  Pokcik tanyalah apa yang dimakannya. Apabila dia ceritakan, nampaknya tiada apa yang nampak "bisa". Biasa sahaja makanan yang dimakannya. Kasihan pula pokcik melihat keadaannya. Tambahan pula dia asyik menggaru-garu sahaja. Sesekali, tangannya menyentuh kelopak matanya yang membengkak itu.. Pokcik meminta kebenaran kepada orang rumah sahabat pokcik untuk usahakan pekerjanya itu..

Alhamdulillah, lebih kurang lima minit selepas ikhtiar, bengkaknya terus surut seizinNya. Dia terus bersiap-siap. Dia tak jadi untuk bercuti pada hari ini. Alhamdulillah. Pokcik pun terus menunggu orang rumah pokcik. Pokcik menelefon orang rumah pokcik untuk bertanya adakah kereta sudah siap namun dia meminta pokcik tunggu sahaja di kedai dan dia sendiri akan memandu ke situ setelah semuanya selesai.

Ketika sedang layan FB group ini, tiba-tiba seorang lagi pekerja perempuan sahabat pokcik datang ke arah pokcik. Dia berdiri di sebelah pokcik.. Katanya dia sakit. Dahulu, dia hampir gila kerana asyik diganggu oleh jin. Kini gangguan itu tak begitu kuat. Tambah-tambah sejak dia bekerja di kedai sahabat pokcik ni. Pokcik tanya, tak pernah berubat ke? Dia beritahu memang pernah.. Tambah-tambah lagi ayahnya yang merawatnya dahulu. Ayah saya tok bomoh, katanya. Alamak, kena ikhtiar anak tok bomoh pulak kali ni.... Hihihihihi..

Pokcik cuba scan dia mohong-mohong pada waktu itu juga. Ternyata pokcik kesan ada masalah saka. Wallahuaklam. Mungkin saka itu jugalah yang sering memeluknya daripada belakang. Dia perasan makhluk itu berbulu dan hitam. Teringat pula pokcik satu kes yang pernah pokcik ceritakan dahulu. Kes hantu raya keturunan ditumpangkan pada si anak tanpa sedar apabila si emaknya sakit. Hantu raya itu mengganggu isterinya dan anak-anaknya sehinggakan berani memeluk isterinya ketika dia berada di luar rumah seketika untuk menghisap rokok. Entah-entah lebih daripada itu pun kita tak tahu. Mungkin juga si isteri segan bercerita habis kepada pokcik. Entahlah. Wallahuaklam..

Berbalik pada cerita ini. Setelah pokcik pagarkan, pokcik meminta dia bertenang. Pokcik meminta dia rasai apa pergerakan yang berlaku padanya. Pokcik nak dia rasai kehadiran saka itu. Namun tiada apa-apa yang berlaku. Kebiasaannya apabila dia tidak merasai apa-apa,  gangguan itu sebenarnya sudah berada terlalu jauh ke dalam dan bukannya hanya bertenggek di luar tubuh. Pokcik meminta dia mengajak hamba Allah yang pokcik usahakan sebelumnya tadi naik ke bilik atas. Si hamba Allah tadi terus bekerja seizinNya selepas bengkak pada matanya dan gatal pada tubuhnya hilang seizinNya.. Dia meminta izin pemilik kedai sebelum pergi ke atas.

Selepas itu barulah pokcik mengekori mereka dari belakang. Setelah masuk ke bilik rehat pokcik terus ikhtiarkan pagar sekali lagi. Maklumlah mereka bekerja. Pokcik tak boleh melengahkan masa. Pokcik cuma meminta izin untuk memisahkan dan memusnahkan saka itu sahaja daripada si sakit. Setelah memagarnya barulah si sakit dapat merasakan ada sesuatu pergerakan dalam perutnya. Lebih tepat di bahagian dalam pusatnya. Akhirnya jin itu memunculkan diri juga. Ini memudahkan sedikit usaha pokcik...

Pokcik hanya tumpukan pada bahagian itu sahaja. Dia mula terasa bahang yang amat panas. Pokcik teruskan tanpa melayan karenahnya. Dia mula hanyut. Makin lama makin jauh perasaannya pergi. Dia terus berada dalam suasana yang amat berbeza. Akhirnya pokcik terus ikhtiarkan menarik keluar jin itu. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah. Macam pusat saya rasa menaik menguncup, kata si sakit. Mudah sangat keluar, kata pesakit yang bengkak kelopak mata yang turut bersama menemaninya. Senang katanya. Huhuhuhu hanya pokcik yang berpeluh. Dia dok tengok saja nampak macam senang laa kot. Hahhahahahhaa....

Apa pun segala puji bagi Allah yang memudahkan urusan pokcik dan pesakit pada kali ini. Pokcik biarkan si sakit melayan perasaan dua tiga minit dahulu. Maklumlah dia masih terpinga-pinga seolah-olah baru tersedar daripada tidur. Setelah dia kembali normal, pokcik meminta mereka turun bekerja. Bukan apa,  tak elok lama-lama sedangkan orang lain mengambil alih tugas mereka. Sekian sahaja kisah pada kali ini. Moga kita semua terhindar daripada gangguan jin yang sentiasa mengambil peluang. Perbesarkan aura diri dengan membanyakkan Nur dalam diri bagi mengelakkan Nar menghampiri. In shaa Allah. Wallahuaklam. Salam hormat..


Friday 28 September 2018

KES DI PERAK

28.9.2018
Assalamualaikum..

Ni kes emergency yang baru pokcik usahakan dalam pukul 11.20 pagi tadi lebih kurang..

Sahabat kita meminta pokcik tengok-tengokkan emak mertuanya dan kakak iparnya di Perak. Apa pun pokcik hanya sempat usahakan emak mertuanya terlebih dahulu. Maklumlah pokcik di tempat kerja. Kan..

Maaf cakap.. Tak ada laa terlalu mistik. Tapi dapat ke perawat berdekatan, macam-macam cerita laa timbul.. Santau laa, apa laa, kan..

Makin hebat cerita, makin bayar mahal agaknya. Entahlah pokcik pun tak faham sangat hal perawat sebabnya pokcik ni bukannya perawat... Perawat di Malaysia ok. Pokcik cerita perawat di sempadan negara Gohet Gostan..

Nak doa dan mohon pada Allah tetapi kalau kita mengada-adakan cerita, agaknya berkat tak?

Tepuk dada tanya iman..
In shaa Allah, petang ni pokcik akan usahakan kakak iparnya pula.. Moga Allah permudahkan..
Wassalam. Salam hormat. Santaiiiiiiii












Thursday 27 September 2018

MINYAK MATI TERBUNUH

27.9.2018
Assalamualaikum..

Tajuk: Minyak Mati Terbunuh

Tadi baru sahaja pokcik berbual dengan salah seorang ahli group kita perihal mistik. Dia kemudiannya menceritakan pengalamannya suatu masa dahulu..

Kisah berlaku di Terengganu. Suatu hari ayahnya mengajak dia balik ke kampungnya. Rupa-rupanya untuk melihat emak saudaranya yang sakit. Kemungkinan emak saudaranya itu sudah mengalami sakit misteri lebih kurang dua tahun..

Alkisah, bapa saudaranya dahulu orang susah. Pendek kata, sanak saudara pun tak pandang. Maklumlah kerja hanya mengambil upah menanam padi sahaja. Namun begitu, kehidupannya mula berubah apabila menerima kerja di pelantar minyak. Dia makin senang dan mula membeli tanah dan sebagainya.. Dua minggu dihabiskan di atas pelantar minyak manakala dua minggu di darat...

Ketika itu barulah sanak saudara mula membuka mata. Timbullah cerita bahawa si isterinya berperangai tak senonoh ketika dia tiada. Ada dalam kalangan saudara menawarkan anak mereka kepadanya untuk dijadikan isteri... Alhamdulillah, dia tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan kerana dia lebih mengenali isterinya yang hidup susah bersamanya selama ini..

Apabila hasrat mereka tidak tercapai maka usaha dilakukan bagi merenggangkan hubungan mereka suami isteri. Tujuannya supaya mereka berpisah. Setelah itu berlakulah kejadian misteri pada setiap malam Selasa. Apabila malam Selasa, si isteri akan kerasukan. Rumah dilemparkan dengan pasir dan kedengaran orang berjalan di atas atap..

Bukan setakat gangguan biasa, orang di dalam rumah itu juga diganggu. Selimut mereka ditarik ketika sedang tidur dan pelbagai lagi kejadian aneh yang berlaku. Kejadian tersebut hanya berlaku pada malam Selasa... Ramai perawat dipanggil untuk ikhtiarkan namun tidak berhasil. Kejadian malam Selasa terus berlaku namun si suami tetap sabar dan terus berusaha.

Suatu hari seorang ustaz dipanggil ke rumah. Ustaz berkenaan meneruskan usaha hinggalah malam ketiga. Pada malam ketiga dia mengajak muridnya pergi ke telaga berhampiran dengan rumah itu. Anak muridnya disuruh terjun ke dalam telaga itu. Setelah menyelam, dikeluarkan sebotol minyak. Kemungkinan besar minyak mati terbunuh. Wallahuaklam..

Entah apa dilakukan, akhirnya selesai juga masalah hamba Allah itu seizinNya. Begitulah sekelumit kisah tentang hasad dengki apabila berasa iri dengan kesenangan orang lain. Apabila syaitan mula berbisik maka mereka tergamak melakukan sesuatu yang ditegah oleh agama. Moga kita semua tidak tergolong dalam kelompok berkenaan. Moga kita semua terhindar daripada hasad dengki makhluk iaitu jin, syaitan dan manusia.

Moga berjumpa lagi.
Walllahuaklam..
Salam hormat semua ahli group..

#GambarSekadarHiasan


EMAK AHLI GROUP

26.9.2018
Assalamualaikum..

Ni kes malam ni.. Emak Kak Liena pulak. Sesekali pokcik tak crop sebabnya kak liena kalau pokcik crop pun dia bagitau juga. Hahhahahhahha. Tak apa laa bukannya buat perkara jahat atau tak senonoh kita nak sorok.

Lama dulu, dalam bulan lima pokcik ada usahakan emaknya. Entah kes apatah. Bengkak kaki agaknya.. Besar gitu.. Agaknya laa. Kalau tak salah pokcik..

Petang tadi kak Liena ada pm pokcik pulak. Katanya badan emaknya sakit-sakit sudah beberapa hari sebaik sahaja balik dari pasar malam.. Kena apa pulak gamaknya..

Yang peliknya, apabila pokcik nak start ikhtiarkan tadi, bukannya badannya yang nampak sakit tetapi belakang bahu kanannya dan bahagian lutut kanannya. Jauh sangat sakit badan dengan gangguan pada bahagian yang pokcik katakan itu..

Nama pun scan mohong-mohong, kan. Bukannya tentu tepat. Apa pun setelah hemboihh mohong-mohong alhamdulillah barulah nampak dan dirasai oleh emaknya pada bahagian tersebut seizin Allah...

Apa pun, alhamdulillah Allah permudahkan urusan pokcik dan emak kak liena. Letih sangat katanya sebentar tadi. Eloklah berehat.. Cuma bab emaknya kata rasi ikhtiar dengan pokcik tu agak bahaya sikit sebab pokcik hanya ikhtiar. Pokcik tak berani nak janjikan apa-apa..

Apa pun, ikhtiar dulu, barulah tawakkal atau menaruh sepenuh harapan kepada Allah..

Sekian buat kali ini.
Moga berjumpa lagi. In shaa Allah..
Salam hormat semua ahli group...











Wednesday 26 September 2018

MAINAN JIN

Assalamualaikum.

Tajuk : Mainan Jin

Bercerita bab orang ada sakit mistik ni memang mistik.. Apa tu ayat pusing-pusing. Hahhahhaa...

Sakitnya macam kita bawa kereta ke bengkel pomen. Macam bawa handset rosak ke kedai telefon dan seperti membawa tv rosak untuk dibaiki. Apa yang mistiknya? Hihihihihi..

Haih kereta masa di rumah bukan main susah nak dihidupkan. Signal pun tak menyala. Sampai di bengkel pomen, aihhh tiba-bila ok pulak... Sama juga handset rosak, sampai di kedai baiki telefon, elok pulak. Tadi bukan main lagi kejap on kejap off. Mistik kan? Sampai situ sampai kita ketuk handset kat tapak tangan nak bagi off. Haih, ok pulak. Sampai Cina tukang baiki telefon tu hairan laa. Lu gila kaa, dia tanya. Talak laa tokey, ini telefon laa gila. Pulak dah.. Geleng kepala tokey Cina tu.. Hihi.

Bukan sekali dua pulak tu berlaku. Pernah ke sahabat alami perkara yang pokcik sebutkan di atas tu? Rasanya, ramai alami perkara yang sama. Mari kita mistikkan diri ramai-ramai. Tak ada laa pokcik rasa janggal sangat. Hahhahahhaha..

Begitu juga dengan orang yang alami sakit misteri berkaitan dengan jin. Tak kira laa saka, sihir atau gangguan biasa. Ada kalanya, apabila kita sampai di satu-satu tempat untuk berubat, tiba-tiba elok saja. Haih, lega dah aku. Tadi bukan main lagi sakit sampai berguling-guling.

Jin ni ada sesetengahnya macam manusia yang takutkan jarum. Sakit gigi, sakit kepala, sakit badan habis semua ketika di rumah. Nampak jarum terus elok. Yang bestnya kita pulak cakap kat doktor, tak payah laa suntik bagi ubat telan sajalah. Rasa ok dah sikit ni. Haih, ada ke pernah buat macam tu? Hihihihihi.

Sama juga dengan keadaan apabila dirawat. Ada kalanya, perawat rawat kosong sahaja. Jin yang cerdik akan tinggal di luar rumah perawat. Yang lagi advance bertenggek atas pokok kelapa sambil anyam ketupat buat hilangkan boring menunggu si sakit tu keluar dari rumah perawat... Pesakit keluar saja rumah, slow je jin tu follow. Follow ikut belakang laa. Jin pun tak rakus. Siapa yang rakus tu, atas sikit pada jin laa tu. Kakakkakkakkakkaa. Jangan marah, gurau.. Maksudnya sampai di rumah barulah jin tu naik atas belakang ke, hisap darah ke. Kan.. Itu maksudnya....

Jadinya kalau rasa ok je di rumah perawat, jangan rasa gangguan dah selesai. Sabar. Bawak bertenang. Kalau rajin, mengaji ke atau dengar ruqyah ke, kalau baru buka alQuran dah menguap macam badak air, kalau dengar ruqyah rasa tak selesa, rasa berdebar, gelisah, panas dan sebagainya, maksudnya masalah itu tak selesai lagi. Jadinya eloklah berubat..

Setahu pokcik, jin kamikaze hanya jin yang dihantar atau dengan kata lain berkaitan dengan sihir. Jin tu bukan bermaksud dia terer ke apa, maksudnya dia takut dengan tuannya. Balik kena luku kepala pulak. Baik tunggu situ. Lagi satu, jin ni kalau bab janji yang tak elok memang diorang taat sangat. Jin disuruh dan dituntut taat dengan Allah, kalau taat dengan manusia tu memang lain sangat laa kan. Ada laa tu kan.. Salah satunya nak bagi kita lalai, syok, bangga, rasa hebat dengan macam-macam kelebihan kononnya. Apabila datang yang haq, sayonara laa juga kan...

Alhamdulillah pada pesakit yang dikurniakan kesembuhan oleh Allah. Kepada pesakit yang sedang mencari jalan penyelesaian, jangan putus asa dengan rahmat Allah. Sentiasa dekatkan diri denganNya. In shaa Allah, Allah tidak akan menghampakan kekasihNya. In shaa Allah.. Moga Allah memberikan ehsanNya kepada sahabat yang sedang menerima ujian daripadaNya.

Cuma satu saja, dah elok dengan izinNya,maka sentiasalah ingat akan Allah dan nikmat kesihatan yang dikurniakan oleh Nya.. Jangan trauma, dah tak ada gangguan pun kita masih lagi fobia dengan kenangan silam. In shaa Allah, moga kita semua dalam lindunganNya. Aamiin. Wallahuaklam. Salam hormat dan santai malam semua. Wassalam...


SAKA ISTERI PERAWAT

Assalamualaikum..
Pokcik tak sempat nak taip panjang kali ini. Pukul 7.30 pagi tadi ada call, orang lari dari rumah. Doakan ye semua moga hamba Allah itu balik semula.

Malam tadi ada dua kes. Kes di Mentakab melibatkan seorang perempuan yang kematian suaminya dah lama tetapi dia masih balik ke rumah.. Nak start dia dah mula gelap mata katanya.. Alhamdulillah Allah permudahkan..

Screenshot ini kes kedua dengan  perawat. Biasalah saka ni. Pandai cakap itu ini. Memang kalau kes saka kalau tak teliti, habis semua orang keliling kena main saja.

Satu hal, biasanya walaupun perawat tetapi kalau berdepan dengan ahli keluarga memang agak sukar untuk tangani. Bawa ke sana sini pun, perawat yang berdepan pun selalu dimainkan sahaja.

Elok juga pokcik tak berdepan dan usahakan jarak jauh. Kalau tak, dengan pokcik pun dia mainkan. Gamaknya laa. Hahahhahhaha.

Semalam sebaik sahaja Fazrin memberitahu pokcik tanya itu ini dan meminta izin untuk buang jin yang ada padanya, terus dia kerasukan. Hihihi.. Pokcik minta Fazrin proses dulu. Lastik apa patut, jurus apa patut.

Dalam lima minit baru pokcik masuk. Bukan apa, orang tua nak tegangkan urat dulu. Nak kentut sedas dua dulu baru boleh tenang sikit. Maklumlah baru sahaja selesai kes di Mentakab nu..

Sebelum ini pokcik diberitahu bahawa macam-macam keluar dari mulutnya ketika berubat sama ada Fazrin sendiri atau dibawa berjumpa perawat Pusat Perubatan Islam.. Biasanya saka ni akan cakap orang itu ini yang buat dan sihirkan bagi menutup perbuatan mereka..

Kononnya depa laa hero penyelamat dunia. Hahahhahhaha.. Tak paa laa noo, pokcik pun nak keluar sat ada kerja. Apa pun Alhamdulillah Allah permudahkan sekali lagi. Terima kasih atas doa semua sahabat. Salam hormat..







Tuesday 25 September 2018

NUSYUZ

23.2.2018
Assalamualaikum.
santai petang.

Sebelum solat Jumaat tadi sempatlah pokcik berbual dengan sahabat pokcik Ustaz Jamil. Suka pokcik berbual dengan orang alim ni. Perlahan sahaja bicara, biarpun dia pak Imam, lancar berbahasa Arab dan setahu pokcik dia juga hafaz AlQuran. Tak ada dia ber ana, anta, ente dengan pokcik. Cakap pun biasa sahaja tak ada bercakap sleng arab dan sebagainya.

Antara yang dibicarakan adalah tentang Nusyuz. Ia berkaitan dengan kes yang pokcik usahakan semalam. Nusyuz ini sefaham pokcik keengkaran si isteri mentaati perintah suami, selagi tidak disuruh melakukan sesuatu yang bercanggah dengan agama..

Melawan cakap suami, keluar rumah sesuka hati, tidak menjaga makan minum suami, tempat tidur dan sebagainya. Itu dipanggil Nusyuz. Macam kes semalam, kalau dah ada lelaki lain, ada skandal, lari dari rumah, beri makan kepada suami benda yang kotor dan sebagainya, kita nak panggil apa pulak gamaknya.

Kalau dulu, orang nak cari bakal isteri, orang kampung jadi pilihan utama kerana kesuciannya. Sekarang ini, dengan kecanggihan teknologi seperti whatsapps,. telegram, we chat, Facebook dan sebagainya, orang mana pun sama saja. Tak kira laa kampung ataupun bandar. Nanti orang perempuan marah, lelaki suci sangat ke? Hahhahahha.. Tak tahu laa kan bab tu. Tapi yang pasti, hantaran 20K ke 15K ke lelaki beri walaupun rupa-rupanya bakal isteri dah pernah kena test drive. No money back guarantee.. Hahhahahha..

Baiklah, pokcik sambung tentang perbualan kami. Katanya kes macam pokcik kongsikan itu tak begitu teruk. Ada hamba Allah yang langsung tidak mendengar kata suami. Dia suka hati sahaja keluar malam dan sebagainya. Si suami langsung tidak marah sehinggakan sahabat lain menegur. Itu pun, dia tetap tidak menyalahkan si isteri. Baiknya suami. Baik ke terkena? Hahhahahha...

Oleh sebab ramai sangat yang memberitahunya akan kepelikan yang berlaku maka sedikit sebanyak masuk juga dalam fikirannya. Dia kebiasaannya balik makan tengah hari di rumah. Orang rumahnya memang menyediakan juadah makan tengah hari. Entah macam mana, pada suatu hari dia balik rumah awal daripada biasa dia lakukan..

Sebaik sahaja sampai di rumah dia mula mengintai dari celah dinding rumahnya. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat si isteri sedang mengangkangkan kakinya pada nasi atau makanan yang sedang dimasak. Nasi tangas laa kiranya tu. Tanpa berfikir panjang terus dia menjatuhkan talak tiga ke atas perempuan itu.

Itulah sebahagian kisah yang sepatutnya menjadi ikhtibar dan renungan buat kita bersama. Sefaham pokcik, lelaki jarang nakal atau berlaku curang sekiranya keperluannya di rumah dipenuhi. Namun, ada juga yang lain macam. Itu memang perangai dia, tiada alasan tersendiri. Si isteri, sekiranya sudah melakukan yang sebaiknya terhadap sang suami, sekiranya berlaku juga yang tidak disenangi oleh si isteri maka janganlah menyalahkan diri sendiri. Layan suami sebaiknya dan jangan sampai mensyirikkan Allah dengan melakukan yang bukan-bukan..

Kalau dulu kes yang pokcik utarakan ini merupakan kes terpencil tetapi kini kejadian seumpamanya semakin menjadi-jadi seolah-olah dah kembali ke zaman jahiliah.. In shaa Allah, ahli group kita tidak begitu.. Aamiin.. Moga berjumpa lagi pada lain masa jika masih diberikan kesempatan olehNya. Wallahuaklam.. Salam hormat..

ANGAH

2.3.2018
Assalamualaikum..
Santai malam..

Tajuk : Angah

Pokcik keluar makan ni. Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, sempat lagi pokcik menulis..

Nak dijadikan cerita, pokcik keluar agak lewat untuk solat Jumaat tadi sebabnya pokcik hantar orang rumah pokcik ke kedai dobi dulu. Sesampainya di masjid, khutbah sedang berkumandang.

Baru nak masuk ke dalam masjid, pokcik tengok sahabat pokcik duduk di atas sebuah motosikal di situ.. Pokcik bersalaman dengannya..

Pokcik tengok dia sedang menundukkan kepalanya sambil memegang perut. Sakit katanya.. Takkan sahabat pokcik tu buat-buat cerita kot.. Sahabat pokcik yang pokcik panggil Angah, merupakan antara imam dan bilal di surau tempat pokcik tinggal.. Hihi..

Khutbah sedang dibacakan, sahabat pokcik pulak sakit.. Huhuhuhu. Nak bercakap, hilang pulak pahala mendengar khutbah, nak dibiarkan kasihan pula. Takkan nak biarkan dia solat Jumaat sambil pegang perut dan kepalanya menunduk je kot.. Pokcik mengambil keputusan untuk ikhtiarkannya..

Pokcik : Angin kot
Angah : Agaknya. Dari pagi tak makan..

Pokcik : Nak aku ikhtiarkan buang tak?
Angah : Boleh juga. Sakit ni.( Sambil pegang perut )

Pokcik : Macam ni, kalau nak aku usahakan, mahal laa sikit sebab kawan-kawan. Kalau bukan kawan free saja..
Angah : Hahhahahha. Aku bawak rm5 nak sedekah ke masjid..( Sambil tunjukkan poket baju melayunya)..

Pokcik : Hihihihihi. Tak apa laa aku cuba usahakan noo..

Angah diam. Pokcik duduk di atas motosikal berdepan dengannya. Kami mengadap. Pokcik pening juga nak buat macam mana. Nak doa untuk pagarkan diri pokcik, nanti orang yang lalu lalang di situ pelik pulak. Nanti depa ingat pokcik dok amal ajaran sesat. Orang berdoa dalam masjid, pokcik doa atas motosikal di luar masjid. Pelik tu...

Nak ke tak nak ke, pokcik doa dalam curi-curi menadah tangan. Tak nak bagi orang lalu lalang perasan sangat.. Hihihihihi..

Pokcik terus ikhtiarkan, mohon pada Allah untuk mengeluarkan angin sahabat pokcik tu. Alhamdulillah, selang tiga minit selesai dengan izin Allah..

Pokcik : Cuba angan muka. Tarik nafas. Ada lagi tak?
Angah : Alhamdulillah tak dak dah. Boleh dah tegakkan kepala..

Pokcik : Alhamdulillah..
Angah : Sat. Macam lari ke tepi perut.. Eh, tak dak dah.. Alhamdulillah... Boleh noo tarik bawak keluar macam tu..

Pokcik : Bukan aku yang bagi lega. Allah bagi lega..
Angah : Alhamdulillah...

Balik pada tu, pokcik pulak yang angin. Asyik sendawa dan kentut. Maklumlah tak ikhtiar pagar diri sebelum usahakan sahabat pokcik tu. Huhuhuhu..

Siapa tukang urut, kalau urut pesakit yang alami masalah angin mesti biasa kena macam tu..
Betul ke? Hihihihihi..

Santai malam. Wassalam
8

RESDUNG DAN GANGGUAN

25.9.2018
Assalamualaikum

Tajuk : Resdung dan Gangguan

Sebelum pokcik mulakan kisah, sahabat yang baru masuk tak perlulah ucapkan salam perkenalan kalau nak stay sekejap sahaja dalam group ini sebabnya para admin akan remove sesiapa sahaja yang BACA POSTING para sahabat tetapi TIDAK MEMUNCULKAN DIRI..

Berbalik pada cerita.....

Baru sebentar tadi pokcik usahakan dua orang perempuan secara berdepan. Seorang masalah gatal-gatal pada bahagian muka terutama ketika berada di rumah manakala seorang lagi sakit pada bahagian pinggang dan bahu.

Baiklah, pokcik pergi satu-satu kisah. Hamba Allah yang pertama ini baru sahaja berkahwin. Suami kedua maksudnya, setelah berpisah dengan suami pertama. Apabila dia pergi berubat maka sudah tentulah pelbagai CERITA yang keluar daripada mulut perawat...

Perawat pertama yang ikhtiarkan dia OK lagi bagi pokcik. Ikhtiar sahaja, kan. Dia mandi limau selama tiga hari. Pokcik boleh agak dia berubat di Pusat Perubatan Islam yang mana. Tak apalah tu kerana bagi pokcik, selagi tidak bukan-bukan tak ada masalah. Kesembuhan milik Allah. Kita semua maklum bab tu..

Pokcik nak ceritakan perawat berikutnya yang dia ikhtiar. Kalau tak salah di Sungai Isap Kuantan. Namanya Pak Ndak (bukan nama sebenar). Dia pun menceritakan masalahnya kepada perawat berkenaan. Apabila diceritakan bahawa suami pertamanya marah dan nak rujuk setelah bercerai maka dapatlah idea untuk CREATE STORY...

Maka keluarlah cerita bekas suaminya yang sihirkan. Tak pasal-pasal bekas suaminya kena. Alhamdulillah dia tak percaya. Daripada ceritanya pada pokcik tadi, nampaknya memang dia tak begitu percaya apa yang diperkatakan oleh perawat berkenaan. Alhamdulillah. Pokcik kata, kalau dia tak buat, bila nak pergi minta maaf padanya? Hihihihihi. Hamba Allah ini bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh pokcik..

Yang lagi best, si perawat bercakap, tu ada di luar rumah tu hantunya. Muka putih, rambut menggerbang. Haaaaaaaa ini ayat biasa perawat. Kalau ada sesiapa yang pernah alami, bolehlah kongsikan pada komen posting pokcik ini... Hihihihihi.. Masalahnya cerita itu ini, tapi keadaan pesakit tetap sama. Macam mana tu? Mulalah keluar, kesembuhan milik Allah. Memanglah betul. Apa yang tak betul ialah mengadakan cerita. Allah suruh macam tu ke?

Dipendekkan cerita, pokcik terus ikhtiarkan dia. Selepas ikhtiar pagar, terasa ada sesuatu keluar dari badannya. Macam ada sesuatu keluar dari badan,  kata si sakit.  Haih.... Itulah jin. Masa hamba Allah tu sedang bercerita tak nak keluar.  Dah nak ikhtiar baru nak memunculkan diri dan nak lari... Begitu sombongnya jin yang tak taat dengan Allah. Degil. Kalau dengan Allah pun engkar apatah lagi dengan kita. Kan?

Terus pokcik mohon pada Allah untuk memusnahkan jin berkenaan. Setelah itu pokcik ikhtiar tarik mohong-mohong pada bahagian mukanya. Kembang kempis pipi saya tadi, katanya selepas pokcik selesai ikhtiar. Pipinya terasa terangkat dan menguncup dengan sendirinya. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pokcik dan pesakit ini. In shaa Allah dia tak akan lagi gatal seizinNya sekiranya berada di rumah. Cuma bab resdung tu pokcik syorkan agar dia berubat macam biasa. Ada pokcik baca tempoh hari dalam FB. Gunakan kulit kayu manis, bakar dan hidu asap dan lalukan ke lubang hidung. In shaa Allah..

Kes kedua pokcik usahakan sebaik sahaja selesai kes pertama. Kes kedua berkaitan dengan tempias sahaja. Apabila dia urut suaminya maka dia pun terkena. Pokcik usahakan bahagian pinggang dan bahunya. Alhamdulillah bab tu. Bab suaminya, pokcik minta dia bawa suaminya berubat ke mana-mana sahaja perawat. Kalau tidak, sampai bilapun takkan selesai masalahnya. Kan? Dia tanya, bawa jumpa pokcik boleh ke? Errkkkkkkkkkkkkkkkkk..

Jawapan pokcik mudah, pokcik bukannya perawat. Bawalah ke mana-mana dahulu. Kalau masih berlarutan bawalah jumpa pokcik. Pokcik ikhtiarkan sahaja. Takkan janji bukan-bukan...

Sekian..
Wallahuaklam.
Salam hormat... Santaiiiiiiii...

JANGAN JANJIKAN KESEMBUHAN

3.2.2018
Assalamualaikum.

Tajuk: Jangan Janjikan Kesembuhan

Sebagaimana dijanjikan, pokcik akan kongsikan kisah SAKA yang pokcik usahakan petang tadi.. Jangan bimbang ok ke tak ok ke pokcik akan kongsikan sebab pokcik tak kisah pun walaupun tak berjaya sebab itu semua bukan kehendak kita.. Kita sekadar berikhtiar.

Awalnya nampak juga masalah yang timbul sebab pokcik janjikan selepas solat Asar untuk usahakan hamba Allah ini. Namun dalam setengah jam juga baru berbalas mesej yang pokcik bagi. Tidak masuk notification kata hamba Allah ini. Biasalah dugaan kesabaran pokcik juga semua itu..

Setelah mesej berbalas pokcik tanya ada rasa apa sekarang ini. Tiada apa katanya. Biasa-biasa saja. Amboiiiii noo rileks sakan SAKA tu. Gamaknya dia lari awal atau dia tak nampak pokcik. Jawapannya dia tak nampak pokcik seizin Allah. In shaa Allah. Rileks sambil pekena rokok daun yang wak lie pos gamaknya.

Elok pokcik suruh bersedia dan beristighfar barulah dia mula menunjukkan wajahnya yang sebenar. Dah terlambat sebab pokcik dah doakan agar Allah menjadikan tembok di sekelilingnya. Alhamdulillah dia tak sempat pergi ke mana-mana. Gamaknya dia nak tunggu pokcik halau dia macam halau kucing atau ayam. Syoh syoh syoh. Gitulah gamaknya dalam kepala otak dia. Itupun kalau ada laa.

Kesilapan pokcik cuma satu. Biasalah manusia ini sifatnya lalai. Pokcik beristighfar setelah dia menyerang beberapa bahagian anggota badan hamba Allah ini. Barulah pokcik sedar, pokcik janjikan dalam 25 minit untuk usaha ikhtiarkan hamba Allah ini. Pokcik lupa bahawa semua yang berlaku atas kehendak Allah. Pokcik tak ada kuasa, tenaga, upaya untuk menetapkan bahawa dalam tempoh tertentu pokcik akan usahakannya. Pengajaran berguna kepada pokcik sebagai insan yang serba lemah imannya..

Setelah itu barulah pokcik ikhtiarkan sambil berdoa bersungguh-sungguh untuk mengeluarkan sisa-sisa jin di dalam tubuhnya itu. Alhamdulillah berkat doa semua sahabat yang tidak putus-putus berdoa untuk pokcik dan hamba Allah yang pokcik usahakan, akhirnya terlerai juga simpulan seizinNya.

Penat juga tubuh tua pokcik tetapi pokcik gagahkan sebab kita sebagai khalifah dan lebih mulia dari kejadian jin maka doa kita in shaa Allah akan diperkenankan olehNya lambat atau segera beserta dengan hikmahNya. Sekali lagi pokcik ucapkan terima kasih atas sokongan semua ahli group kita. Moga berjumpa lagi. Salam hormat. Wallahuaklam..














Monday 24 September 2018

TERAWANGAN

Assalamualaikum..

Tajuk: Terawangan

Kak Liena, Suraini Ahmad.. Inilah posting yang pokcik delete tu.

Ini salah satu cabaran perawat.. Masa inilah jin mengambil kesempatan. Dalam keadaan lemah memang tak sempat nak tepis.. Lagi pun, kejahatan apa pun tak akan berlaku tanpa seizin Allah. Sekiranya diperkenankan pun, ada hikmahNya yang tersembunyi....

In shaa Allah, jika kita jujur, bantuan Allah datang dalam pelbagai cara dari jalan yang kita tidak sangka-sangka..

Moga Nisa selamat melahirkan baby dan dipermudahkan segalanya oleh Allah.. Salam hormat semua...

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka.

Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

– (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)




RAGAM PERAWAT

10.6.2019
Assalamualaikum..

Tajuk : Ragam Perawat
Santai malam...

Banyak pengalaman pesakit yang dirawat dengan pelbagai kaedah oleh perawat-perawat.  Nak katakan kaedah itu salah tak boleh pula selagi kita tak nampak bab mensyirikkanNya atau perbuatannya yang menyalahi syariat seperti memuja jin, bacaan yang meragukan, menyeru wali-wali dan sebagainya...

Kalau kita kata kaedah itu tak sesuai maka kita sudah menghakimi perawat berkenaan. Namun begitu, sefaham pokcik kaedah serap atau resap atau sarung ini dilakukan apabila jin atau ingin berhubung dengan penyihir yang lakukan sihir terhadap pesakit.. Maksudnya unsur yang ingin diserap itu tidak berada di situ dan terpaksa dipanggil datang...

Kalau dah dipanggil datang, sudah tentu perawat berkenaan memerlukan satu tubuh sebagai medium bagi memudahkan komunikasi. Lainlah kalau perawat itu kasyaf dan dia bercakap dengan entiti itu begitu sahaja setelah dipanggil. Kalau perawat bercakap begitu, kita pula akan sangsi dan was-was. Betul ke perawat itu bercakap dengan entiti yang dipanggil olehnya. Kan. Jadinya tubuh seseorang yang berkecuali digunakan. Kalau pembantu perawat yang kononnya dimasukkan dengan jin itu, berhati-hatilah sebab kemungkinan besar akan berlaku lakonan dan lebih tepat pembohongan kepada pesakit...

Dalam kes yang diadukan oleh seorang hamba Allah ini pokcik musykil juga. Sebab apa pokcik musykil agaknya? Sebabnya tubuh pesakitnya dimasukkan terus jin. Ini bermaksud, badan si pengadu dimasukkan jin dan badan orang yang berubat di hadapan pengadu ini juga dimasukkan jin. Yang peliknya, jin dimasukkan tetapi tiada sebarang komunikasi. Jadinya timbul tanda tanya, jin mana yang diserapkan atau jin siapa yang dimasukkan ke dalam tubuh pesakit? Ada tak kemungkinan, jin perawat itu dimasukkan? Mungkin juga kan.. Apakah tujuannya?

Si pengadu ini mengadu mungkin kerana setelah dimasukkan jin kepadanya dan kepada pesakit lain, sakit mereka macam tu juga.. Mungkin kalau si pesakit sembuh dengan izin Allah, aduan sebegini tidak akan dia lakukan. Cerita bab sakit ni, memang hanya Allah yang menyembuhkan. Itu semua maklum.. Tapinya ada asbab dan usaha dalam proses penyembuhan itu seizinNya.. Pokcik nak cakap lebih-lebih nanti bimbang ada pula yang akan buat posting di wall mereka kononnya cara pokcik dan sahabat dalam ni je yang betul. Cara orang lain semuanya salah. Hahahhaha..

Jadinya, pokcik ambil jalan tengah. Kalau nampak cara perawat meragukan, jangan usaha dengannya lagi dan jangan benarkan sahabat lain juga menjadi mangsa. Kalau dah usaha berkali-kali namun tidak sembuh, usaha pulak di tempat lain. Mungkin sahabat tidak berjodoh dengannya walaupun orang lain boleh sembuh seizin Allah. Kalau kata, sahabat dah pergi ke merata-rata tempat namun sakit macam itu juga dan makin teruk, sahabat buatlah solat taubat dan mula memuhasabah diri. Jangan lihat terlalu jauh, cuma renung ke dalam diri.. In shaa Allah..

Kesimpulannya daripada perkongsian kali ini sahabat tulislah sendiri pada bahagian komen pokcik ini..

Silakan...
Wallahuaklam.. Salam hormat...



Sunday 23 September 2018

RINTIHAN SANG SUAMI

2.6.2018
Assalamualaikum..

.

Baiklah, malam tadi dalam pukul 1.30 pagi kalau tak salah, pokcik usahakan seorang perempuan dari jauh.. Menurut cerita daripada suaminya, isterinya nusyuz biarpun ketika ini dia sedang mengerjakan umrah... Pelik juga laa pokcik apabila mendengar masalah si suami itu...

Menurut suaminya, si isteri tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Telefonnya pun dibawa ke dalam tandas sekiranya dia mandi, dan sebagainya. Nombor pinnya sering bertukar dari semasa ke semasa.

Biasanya dah tentu ada hubungan dengan lelaki lain laa kan.. Menurut suaminya lagi si isteri memberitahunya bahawa dia tidak boleh melarangnya walaupun dia nak bersosial ataupun mengadakan hubungan dengan lelaki lain. Yang peliknya si suami hanya menangis tetapi tidak melakukan apa-apa terhadapnya. Dayus laa kan...

Apabila si isteri ke Mekah, dia mengambil kesempatan untuk berubat biarpun sebelum ini dia ada juga berubat katanya.. Kini sudah kering air matanya, katanya lagi. Dia sudah hilang sabar dan ingin menceraikan isterinya itu biarpun kini dia ada anak bersamanya yang baru berusia tujuh bulan.. Sedih pula pokcik dengar...

Katanya lagi, kini dia tunggu isterinya balik dari Mekah pada hari esok untuk menceraikannya..
Sadis juga laa tapi pokcik tak salahkan suaminya.. Apa pun, pokcik usahakan suaminya dulu.  Pokcik beritahu dia bahawa dia kini dalam keadaan serabut dan tidak dapat berfikir dengan waras.. Orang gila, tidak boleh diterima cakapnya walaupun melafazkan cerai sefaham pokcik kerana dia tidak tahu apa yang diperkatakannya..

Dah usaha suami, nampaknya dia dah mula boleh berfikir dengan lebih tenang. Kini lebih sadis pula.. Semalam dia telefon sahabat pokcik nak bertanyakan adakah pokcik sudah usahakan orang rumahnya.. Datang sayang laa pulak kan.. Sebelum ni asyik nak ceraikan sebab si isterinya nusyuz.. Adoiiiiiiiiii kesian dan makin rumit masalahnya..

Pokcik check orang rumahnya dari jauh semalam. Maksudnya ketika pokcik scan tu dia masih di Mekah.. Tak nampak pula unsur sihir dan sebagainya... Mungkin Allah kasihan kepada mereka atau pun timbul keinsafan ketika dia di tanah suci, wallahuaklam.. Dah pokcik tak nampak ada sebarang unsur khianat maka pokcik hanya doakan agar Allah satukan kembali hati mereka.. Nak bina masjid memang susah. Nak musnahkannya memang dalam sekelip mata sahaja..

Jadinya, pokcik nak ingatkan kaum isteri di luar sana, tidak cium bau syurga si isteri yang derhaka kepada suami selagi dia tidak menyuruh membuat kemungkaran.. Tambahan pula si suami meminta si isteri memakai pakaian yang menutup aurat dan sebagainya.. Apa pun pokcik doakan yang terbaik untuk mereka. Moga si isteri kembali insaf dan si suami pula tidak menceraikannya.. Moga kisah kali ini memberikan sedikit pengajaran buat sahabat semua..

Alhamdulillah sehingga pokcik update posting ini bertarikh 22.9.2018 si suaminya itu tidak lagi menghubungi pokcik. In shaa Allah orang rumahnya sudah kembali ke pangkal jalan. Mungkin juga keberkatan tanah suci Mekah dan doa suaminya diperkenankan oleh Allah. Mungkin juga timbul keinsafan dalam dirinya setelah berada di sana. In shaa Allah. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian alam..

In shaa Allah terselamat sebuah masjid yang terbina...

Wallahuaklam.. Salam hormat..

Saturday 22 September 2018

MENEGUR LEMBAGA

6.6.2018
Assalamualaikum.
Santai malam.......

Kali ni pokcik nak kongsikan kisah malam tadi. Malam tadi pokcik ke KMC untuk menziarahi seorang sahabat pokcik iaitu ustaz Samsul. Dia dimasukkan ke hospital kerana mengalami muntah yang teruk. Doktor bimbang ususnya terluka kerana muntah yang banyak dan dalam keadaan dia berpuasa...

Alkisah....
Sebelum ke hospital, dia ke tempat kerjanya walaupun dalam keadaan demam. Nak dijadikan cerita, sahabatnya yang pokcik usahakan dahulu perihal isteri yang lari ke Johor juga demam.. Sahabat itu sudah demam lebih kurang seminggu setelah balik dari Johor.

Dia ke Johor untuk berjumpa dengan anaknya yang dilarikan oleh isterinya itu. Sesampainya di sana, dia melihat keadaan anak lelakinya sangat kurus. Ada dia hantar gambar anak lelakinya itu kepada pokcik bagi mengesan kehadiran sebarang entiti yang tidak elok. Belas juga pokcik melihat keadaan anaknya itu tetapi pokcik tak dapat mengesan sebarang unsur mistik.. Pokcik dapat merumuskan bahawa anaknya itu tekanan dan mengalami masalah emosi yang teruk..

Dalam keadaan demam pun hamba Allah tu pergi bekerja seperti Ustaz Samsul juga. Nak dijadikan cerita, semua orang tak boleh berdekatan dengannya dan mereka akan berasa tak selesa. Mungkin berasa seram dan sebagainya. Wallahuaklam. Entah macam mana Ustaz Samsul terserempak dengannya. Ustaz pun menegur secara tidak sengaja.. Apa ada di belakangmu tu. Besar sangat.. Mungkin ustaz ternampak apa yang berada di atas belakangnya..

Selepas tegur itulah, ustaz terus muntah dengan banyaknya. Dia meminta pulang awal untuk pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan.. Akhirnya ustaz dimasukkan ke wad dan ketika ini beliau masih lagi berada di sana. Mungkin disebabkan keadaannya yang memang sudah demam dan dicampur pula dengan kehadiran entiti yang ditegurnya maka dia semakin teruk dan pada hari ini para doktor akan memasukkan kamera ke dalam perutnya untuk melihat sama ada berlaku pendarahan dalaman atau pun tidak...

Jadinya, pokcik menziarahi Ustaz Samsul malam tadi bukan untuk ikhtiarkan beliau tetapi meminta dia menelefon hamba Allah yang demam itu.. Bukan apa, ustaz dah sakit fizikal dan keadaannya hanya kesan daripada faktor mistik tetapi hamba Allah tadi memang ada gangguan pada dirinya.. Tambahan pula, sahabat ustaz itu memang pokcik kenal kerana pernah bermain badminton dengannya dahulu. Main sahajalah, pandainya tidak. Sekadar mengeluarkan peluh sahaja...

Tak lama kemudian dia pun sampai setelah dihubungi oleh Ustaz Samsul. Sesampainya sahaja ke wad, ustaz nak muntah lagi. Dia mula sendawa. Ketika inilah pokcik cepat-cepat pagarkannya seizin Allah. Alhamdulillah dia pun berhenti sendawa. Adusss.. Tak pasal pulak kalau nurse masuk ke biliknya dan mendapati dia muntah tiba-tiba. Pastu keadaan akan menjadi kelam kabut. Jadinya sebagai langkah pencegahan, pokcik pagarkannya terlebih dahulu..

Setelah keadaan tenang barulah pokcik bertanyakan perihal sahabat itu. Menurutnya, asalnya dia ke Johor untuk melihat keadaan anaknya sahaja. Apabila melihat anaknya dalam keadaan begitu, timbul perasaan kasihan. Maklumlah anak. Setelah membawa anaknya bersiar-siar, dia ingin menghantar anaknya kepada si ibu. Akan tetapi, anaknya tidak mahu turun dari kereta dan ingin mengikutnya pulang ke Kuantan. Dengan rasa serba salah, dia pun terus membawa anaknya itu. Pelbagai maki hamun dia terima dan mesej yang berbaur ugutan seperti mendoakan kematian dia.

Dipendekkan cerita,  pokcik terus ikhtiar pagarkannya. Kemudia scan laa mohong-mohong. Memang pokcik dapat kesan adanya gangguan pada bahu kirinya dan di kepalanya. Tanpa bercakap dan bersoal banyak lagi, pokcik terus doakan agar gangguan itu Allah musnahkan. Setelah selesai bahagian bahu barulah pokcik usahakan bahagian kepalanya. Dia sempat hanyut dan pening sekejap ketika pokcik usahakan bahagian kepalanya. Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan. Selesailah masalah tersebut seizin Allah..

Baru sebentar tadi pokcik hubunginya. Alhamdulillah dia dah kebah daripada demam seizinNya dan kawan-kawan sudah boleh mendekatinya. Sekian selembar kisah yang boleh pokcik kongsikan pada malam ini. Moga berjumpa lagi sekiranya diberikan keizinan oleh Allah.. Wallahuaklam.. Salam hormat semua..

Santaiiiiiiii.

Friday 21 September 2018

PENGASIH DAN JIN MENGIKUT

18.9.2018
Assalamualaikum..

Petang tadi pokcik ada usahakan seorang ahli group kita. Kali ini perihal orang rumahnya yang terkena minyak pengasih sehinggakan sering teringat lelaki yang dijumpai dalam perjalanan.

Bukankah pelik. Nama pun tak tahu. Tiba-tiba jatuh cinta sehingga meminta cerai daripada suaminya.. Katanya sudah lama berubat. Kini makin elok cuma masih lagi bercakap kasar dengan suaminya..

Boleh kata dia akan terjaga pukul 4 hingga 4.30 pagi dan menangis kerana teringatkan lelaki itu. Jahatnya manusia yang berperangai seperti syaitan yang memuja isteri orang...

In shaa Allah pokcik dah usahkan bab sihir tu. Namun apabila dah jadi orang baru, pandai-pandailah sang suami memikat semula hati si isteri. Orang kata pelan-pelan tackle semula. In shaa Allah.

Doakan semoga mereka peroleh kebahagiaan semula..

Lepas pokcik solat maghrib tadi ada juga..

Ahli group kita juga.. Lepas balik ke kampungnya ada pulak yang mengikut. Dulu kes tahi tu senyap dah.

Ni jin laut pulak gamaknya..
Katanya dia nampak kelibat hitam terbang..

Abaikan bab tu..
Karate tetap karate kalau Allah izinkan. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan dalam  kedua-dua kes ini.

Bawah tu perbualan maghrib tadi..
Bab rumahtangga tu biarlah pokcik simpan sebab ada perkara yang tak  boleh dan tidak sesuai kita bicarakan secara umum.. Kan?

Salam hormat..
Santaiiiiiiiiiiiii....