Wednesday 31 July 2013

PERGILAH SAYANGKU ( PART 31 )


       Sayang kain telekung baharu itu.. Mungkin kain telekung itu masih belum digunakan lagi.. Aku mula beranggapan bahawa isteriku itu terlupa dan tidak sedar apa yang dilakukannya itu.. " Biarkanlah, perempuan memang selalu melakukan perbuatan lain daripada kebiasaan," bisik hatiku agar dia tidak terasa. Setelah itu, aku letakkan Biru di atas sofa di ruang tamu rumahku.. Sofa itulah yang menjadi tempat kegemaran Biru.. Di atas sofa inilah Biru menghabiskan masa untuk bermain-main sehinggakan terlelap.. Kadang kala Biru akan berada di situ dan memerhatikan kucing-kucing yang ada di luar rumah.. Maklumlah pintu rumahku hanyalah ' Sliding Door' yang tembus pandang.. Sofa itu telah meninggalkan pelbagai memori kepada Biru.. Aku biarkan ia lama di situ.. " Inilah kali terakhir dirimu baring di situ, Biru," bisik hatiku.

       Isteriku mula mendekati Biru dengan matanya yang bengkak kemerahan kerana menangisi pemergian Biru.. Aku biarkan sahaja.. Aku terus mengusap tubuh Biru.. Badannya masih lembut dan boleh diusap.. Badannya kurasakan mengikut usapan daripadaku... Mungkin itu hanya perasaanku sahaja kerana terlalu menyayanginya.. Badannya masih belum kaku dan kejang seolah-olah masih bernyawa.. Kain telekung baharu yang dikoyakkan itu diselimutkan kepada Biru. Kain itu juga digunakan untuk membalut tubuh Biru. Keadaannya setelah dibalutkan kain itu tak ubah seperti telah dikafankan seperti manusia.. Aku terkejut dengan perlakuan isteriku itu.. Kasih sayang kami berdua terhadap Biru memang tidak pernah padam walaupun hingga ke hari ini... Apabila kami mengenang Biru, perasaan sebak secara tiba-tiba akan muncul.. Serentak dengan itu, air mata isteriku pasti akan mengalir di pipi. Biru, ketahuilah olehmu kami amat mengasihimu.

        Aku mula menggali tanah di kawasan rumahku untuk mengebumikan Biru.. Lubang itu sengaja aku gali bertentangan dengan bilik kami agar apabila kami membuka tingkap bilik, pemandangan pertama kami ialah pusara Biru.. Lubang itu terus kugali tanpa henti sehinggalah cukup kedalamannya. Setelah itu, aku terus mendapatkan Biru dan membawanya ke situ.. Setiap perlakuanku diperhatikan oleh isteriku dengan ekor matanya. Ketika ingin mengebumikan Biru, tangisan isteriku mula kedengaran.. Aku turut tidak dapat menahan kesedihan dengan keadaan itu.. Tanpa disedari, air mataku mula berlinang. Sedikit demi sedikit tubuh Biru mula tertimbus.. Perasaaku ketika itu memang tidak boleh digambarkan dan diungkapkan dengan kata-kata.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.. " Berehatlah dengan tenang, Biru," bisik batinku.. Jiwamu tetap akan bersemadi di hati ini.... Pergilah sayangku...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.