Tuesday 16 July 2013

JAUHNYA... ( PART 25 )

     
         Aku benar-benar tidak boleh melelapkan mata pada malam itu.. Entah mengapa hatiku seolah-olah mengatakan sesuatu yang buruk akan berlaku..Beginikah naluri seorang ayah terhadap anaknya. Entahlah, aku sendiri pun tidak tahu.. Sehingga pada saat ini, aku masih tidak bertuah untuk menjadi seorang insan yang bergelar bapa. Mungkin kerana itulah, aku mencurahkan kasih yang tidak berpenghujung buat Biru.. Tiap kali aku cuba untuk melelapkan mata, aku pasti akan bangun semula untuk melihat keadaan Biru.. Rengekannya kini beransur perlahan namun aku dapat melihat linangan air mata dalam kelopak matanya yang separuh terbuka..Aku dapat merasakan, Biru sedang menahan kesakitan yang amat sangat..
        Entah pukul berapa, barulah mataku terpejam.. Namun begitu, sempat juga aku berdoa sebelum tidurku agar Biru cepat sembuh.. Belum pun puas aku menikmati tidurku, kokokan ayam mula kedengaran menandakan hari hampir siang..Aku bingkas bangun dan melihat keadaan Biru, sebelum menuju ke bilik mandi..Badannya masih lagi bergetar..Setidak-tidaknya aku tahu, buah hatiku itu masih lagi bernyawa.. Setelah selasai bersolat, aku terus mengusulkan kepada isteriku agar Biru dibawa ke klinik.. Sarananku diterima dengan sepenuh hati oleh isteriku yang sememangnya amat sayang akan Biru...
            Lebih kurang pukul 8.30 pagi, aku telah mula menghidupkan enjin kereta..Aku perlu pergi ke klinik lebih awal kerana perjalanan dari Jengka 11 ke Kuantan lebih kurang 1 jam 30 minit.. Dalam perjalanan yang memakan masa yang panjang ini macam-macam perkara boleh terjadi.. Tiada tempat dan cara lagi yang dapat aku lakukan selain daripada berserah kepada Yang Maha Esa. Setelah memanaskan enjin kereta buat seketika, aku terus memecut laju..Kebiasaannya isteriku akan bising seandainya aku memandu laju tetapi kini dia seolah-olah merelakannya. Baginya kesihatan dan nyawa Biru amat penting dan bermakna dalam hidup kami berbanding apa sahaja dalam dunia ini..
             Sepanjang perjalanan, Biru mula mengiau dengan panjang dan suaranya amat memilukan..Tiada apa yang terdaya aku lakukan melainkan mendoakan agar semuanya selamat.. Bibir Biru sudah mula bertukar menjadi warna kuning lembut.. Begitu juga dengan gusinya.. Keadaan itu amat merisaukan isteriku yang sedang memangku Biru di sebelahku.. Isteriku mula menangis dan merintih..Dalam suara yang hampir tidak kedengaran, aku terdengar isteriku berdoa kepada Allah agar memanjangkan usia Biru.. Aku turut berasa sebak dengan keadaan itu.. Air liur Biru mula meleleh dengan banyak dan baunya amat busuk..Namun begitu, isteriku dengan tabah dan penuh kasih sayang mengelap mulut Biru menggunakan tuala yang dibawa dari rumah tadi..Aku mula tidak keruan.Mulutku tak henti-henti bercakap, bilakah kami akan sampai.. Walaupun kami selamat tiba di klinik tersebut, adakah Biru akan dapat diselamatkan..Persoalan itu kini mula berlegar-legar di benakku..Segalanya biarlah Allah yang akan menentukan..Segala yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman..Aku redha dengan segala ketentuan-Nya..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.