Tuesday 16 July 2013

SIAPA YANG BERBULU NI? ( PART 6 )

               
 Kini Biru semakin manja dan berani. Biru juga sudah pandai cemburu. Biar pun Biru amat manja denganku akan tetapi ia tidak suka aku tidur di atas katil bersebelahan dengan isteriku. Entah berapa kali aku terpaksa tidur di luar bilik. Memang kau pandai Biru. Apabila tahu ayah ingin masuk tidur, engkau akan cepat-cepat baring di atas katil dan berpura-pura tidur. Hehehehe ayah dah tahu sebab matamu tidak pejam dengan rapat.
         
        Apa yang menariknya aku dikuis perlahan-dengan dengan kakinya seandainya aku masih lagi cuba untuk tidur di atas katil bersama dengannya. Matamu pejam, tetapi kakimu pandai pula menguis. Tidak cukup dengan itu, engkau juga akan memanjangkan badanmu itu. Entah siapa yang mengajar begitu ayah pun tak tahu.. Mungkinkah ibumu?..Mmmm mungkin kau sudah berpakat dengan ibumu..
    
         Apakah ikhtiarku? Aku pun mula menutup pintu bilik apabila ingin masuk tidur. Kruh kruh kruh pintuku dicakar. Macam mana aku hendak melelapkan mata. " Abang, apasal tutup pintu bilik tu? Macam mana Biru nak masuk?" Hujung-hujung telinga aku mendengar ngomelan isteriku biar pun matanya terpejam. Mahu tidak mahu aku terpaksa membuka pintu untuk membenarkan Biru masuk tidur bersama dengan kami.." Padan muka ayah." Mungkin itulah yang terlintas dalam fikiran Biru.

         Ada ketikanya Biru terlelap di luar bilik mungkin kerana keletihan setelah seharian bermain. Aku mengambil peluang ini untuk  masuk ke dalam bilik secara diam-diam. " Hehehe tidurlah kat luar Biru," bisik hatiku. Aku pun tidur dengan lenanya. Entah mengapa, aku terjaga pada waktu tengah malam akibat bunyi dengkuran yang  kuat di tepi telingaku. " Lah, kau rupanya Biru. Bila pulak masuk tidur kat dalam bilik ni? Patutlah rasa berbulu jer. Takkan ibu kau berbulu macam tu. " getus hatiku. Pandai kau menyelit di tengah kami..Mmmm Biru,Biru..Nanti ayah akan carikan sebuah katil untuk Biru yer.
       

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.