Selang beberapa hari, Biru pula kelihatan tidak sihat.. Ia tidak selincah seperti biasa.. Masa yang terluang hanya dihabiskan dengan termenung di beranda rumah.. Pada mulanya aku tidak sedari perubahan yang terjadi ke atas Biru.. Pada asalnya aku rasakan Biru lebih suka berada di luar rumah kerana tidak selesa dengan keadaan dan suasana yang bising atau pun panas.. Lama-kelamaan aku dapati Biru bukan sahaja termenung malahan seperti tidak bermaya..Oleh sebab aku juga agak sibuk untuk mengemas rumah pada waktu itu, kadang kala aku seperti melupakan apa yang telah berlaku ke atasnya.. Maafkan ayah, Biru.. Maafkan ayah seandainya telah melukakan hatimu....
Setelah usaha untuk memanggilnya
keluar tidak berjaya, aku telah merangkak di bawah katil dan mengambilnya
keluar...Ya Allah...Aku melihat keadaannya amat menyedihkan.. Badannya dipenuhi
dengan kekotoran yang berada di bawah katil itu.. Nafasnya pula cukup
kencang..Sambil tercungap-cungap ia mengangkat muka dan memanggil namaku dengan
suara yang hampir-hampir tidak dapat aku dengari..Ketika itu secara tidak sedar
air mataku mula berlinang..Maafkan ayah,Biru..Ayah terlalu sibuk sehingga tidak
sedar akan keadaan dirimu..Aku tahu, dalam keadaan begitu Biru selalunya
memerlukan perhatian yang lebih daripadaku..Ia akan merengek seperti budak yang
masih kecil..Itulah Biru..Memang kami telah memanjakannya sehingga ia tidak
sedar bahawa ia hanyalah seekor kucing..Dalam fikirannya, akulah ayahnya yang
telah menjaga dan membesarkannya sehingga dewasa.. Maafkan ayah,Biru...Ayah
tidak lupa siapakah dirimu......
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.