Biru kuangkat ke atas katil..Keadaannya betul-betul amat lemah. Badannya seolah-olah sudah lumpuh dan tidak berfungsi..Aku dapat rasakan suhu badannya amat panas..Biru demam agaknya.. Aku memberinya air minuman akan tetapi ia hanya melihat sahaja air tersebut seolah-olah tidak bernafsu untuk meneguk air minuman tersebut. Makanan yang aku sediakan juga tidak dijamah olehnya.. Hatiku kini bertambah risau akan keadaan Biru.. Oleh sebab badannya yang terlalu panas maka aku pun terus mencari tuala dan direndamkan tuala itu ke dalam air batu. Aku berharap dengan usaha yang dilakukan itu sedikit sebanyak boleh melegakan keadaan panas badannya. Badannya telah aku selimutkan dengan tuala yang basah itu..Setelah itu, aku tinggalkan Biru di dalam bilik keseorangan untuk berehat.
Malam
menjelang tiba.. Aku melihat Biru bergerak ke kiri dan ke kanan seolah-olah
tidak selesa dengan keadaannya. Sesekali aku terdengar rengekan suaranya yang
seolah-olah mengaduh kesakitan. Dalam keadaan mengantuk sekalipun, aku akan
tetap bangun dan melihat keadaannya apabila aku mendengar suara Biru.. Apabila
aku rasakan tuala yang membalut badannya sudah kering, aku akan terus ke dapur
untuk membasahkannya. Harapanku ialah Biru akan sembuh dan bermain dengan
cerianya seperti biasa.. Setelah membalutkan badannya dengan tuala yang basah,
aku mula merebahkan kepalaku untuk tidur semula.. Ketika itulah aku mendengar
Biru mula terbatuk tidak berhenti-henti.. Serentak dengan itu ia telah muntah
dengan banyaknya..Dalam muntahnya aku hanya dapat melihat air yang jernih dan
tidak mengandungi sisa makanan..Mungkin kerana ia tidak menjamah makanan sejak
siang tadi.. Setelah itu batuk dan muntahnya silih berganti..Perasaan risau
mula bersarang dalam hatiku.. Bersabarlah Biru, semoga siang akan membawa sinar
bahagia...Tabahkan hatimu sayang..Aku sendiri seolah-olah tidak sabar
menantikan hari esok... Semoga dirimu dapat menempuh malam yang panjang
ini.....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.