Saturday 27 July 2013

AIR MATA MENITIS DI PIPI ( PART 28 )

       Dengan tiba-tiba isteriku terdiam.. Aku mula tertanya-tanya apakah yang telah berlaku.. Perubahan pada dirinya amat ketara.. Kalau sebentar tadi kami bergelak ketawa, kini keadaannya begitu merisaukan aku,,Tanpa mengeluarkan sepatah kata pun, air mata mula bergenang di kelopak matanya.. Genangan itu mula banyak dan menitis di pipi.. Apakah yang berlaku... Dengan suara yang terketar-ketar dan hampir tidak didengari isteriku menyebut nama Biru.. Deraian air mata semakin banyak.. Tiada kata-kata yang diungkapkan..Aku terus memberhentikan keretaku di bahu jalan...

        Aku sudah mula menyangka yang bukan-bukan.. Fikiranku mula menerawang kepada Biru.. Apa yang terjadi padamu.. " Ahhh, mungkin sangkaanku sahaja," pujuk hatiku.. Aku mula terbayang renungan sayu Biru ketika aku mula melangkah kaki untuk keluar dari bilik rawatan itu.. Adakah itu renungan sayunya yang terakhir.. Adakah Biru cuba untuk menyampaikan sesuatu.. Aku buntu.. " Ya Allah, panjangkan usia Biru. Biarlah kami bermanja dengannya lebih lama lagi," perlahan suaraku menitipkan doa.. Aku seolah-olah tidak dapat menerima hakikat seandainya apa-apa terjadi kepada Biru.. Walau apapun aku tetap berpegang teguh bahawa apa yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata.. Kehidupan manusia di dunia ini hanyalah diibaratkan seorang pengembara yang hanya berteduh di bawah sebatang pohon sementara menunggu tibanya ke destinasi yang kekal abadi...

       Keadaan sunyi buat seketika.. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut kami berdua.. Masing-masing melayan perasaan.. Setelah itu, isterku mengajak kami kembali ke klinik di mana Biru ditempatkan.. Aku akur.. Kami terus berpatah balik.. Sesekali isteriku mengesat pipinya.. Aku membiarkan sahaja perlakuannya itu.. Matanya kini kemerah-merahan.. Aku masih tidak bertanya apa yang telah terjadi.. Aku bimbang jawapan yang akan diberikan itu tidak dapat aku terima.. Semakin lama, semakin dekat jarak perjalanan kami ke klinik itu.. Degupan jantungku kini semakin kencang.. " Ya Allah, selamatkan Biru," doaku di dalam hati.. Hanya itu yang mampu aku lakukan.. Aku kini pasrah....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.