Tuesday 16 July 2013

SABARLAH BIRU.. ( PART 9 )

                Aku berdiam diri di dalam kereta agak lama. Agak rumit untuk menangani masalah ini.
 Ibu saudaraku yang sedar akan ketibaan kami, menjengah muka di depan pintu rumahnya. "
Laa chek balik ka. Awat tak habaq kat Ayu chek nak balik," tegur ibu saudaraku dengan mesra. " Mai la masuk. Awat hampa duduk melangut kat dalam kheta tu lagi," tambah ibu saudaraku lagi. Mahu tak mahu aku pun turun daripada kereta lalu bersalam dengannya. Perbuatan aku diikuti oleh isteriku. Biru yang seolah-oleh mengerti kehadirannya tidak begitu disenangi hanya melihat kami dengan wajah yang sugul. Kasihan anak ayah.

             Aku menerangkan kepada ibu saudaraku itu bahawa Biru mengikuti kami pada kali ini. Memang aku sudah menjangkakan reaksinya. Pada mulanya ibu saudaraku agak keberatan untuk membenarkan Biru masuk ke dalam rumahnya tetapi setelah kami memberi jaminan bahawa Biru tidak akan menimbulkan masalah barulah beliau bersetuju. Alhamdulillah. Itulah ungkapan yang hadir di dalam hatiku. Persetujuan ibu saudaraku itu tentulah dengan bersyarat. Syaratnya ialah Biru hanya boleh duduk, makan dan membuang air di dalam bilik kami. Biar pun berat syarat yang dikenakan tetapi demi Biru kami sanggup untuk menempuhnya. Biru, ayah sanggup berkorban
apa sahaja untukmu. Percayalah.

          Sebagaimana yang dijanjikan, Biru hidup terkurung di dalam bilik. Namun begitu, aku akan membawa Biru bersiar-siar di sekitar kampungku. Bukan main gembira lagi Biru apabila diberi peluang untuk keluar dari bilik itu. Biru akan berlari ke sana ke sini dengan gembiranya. Aku hanya melihat kelakuan Biru yang seolah-olah baru dibebaskan dari penjara. Namun begitu, aku dapat menyelami hati Biru yang berkelakuan sebegitu untuk menghilangkan rasa bersalah kami terhadapnya. Ayah faham hatimu,Biru. Oleh sebab ibu saudara dan bapa saudaraku bekerja maka kami ditinggalkan bersama dengan seorang sepupuku yang masih kecil. Aku mengambil peluang ini untuk membebaskan Biru dari bilik. Setelah keluar dari bilik, Biru akan bermain-main di ruang tamu. Apa yang aku hairankan ialah Biru seolah-olah cuba mengusik sepupuku itu yang sememangnya takut akan kucing. Perlakuan Biru itu sengaja aku biarkan. Teresak-esak sepupuku menangis setelah diusik oleh Biru. Biru seolah-olah membalas  dendam akan perbuatan ibu saudaraku itu. Hish nakal budak Biru ni... 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.