Aku
sedar Biru tidak selesa dengan keadaannya sekarang. Oleh itu, aku mengambil
keputusan untuk pergi ke rumah tok saudaraku di Langkawi setelah berada di
Perlis lebih kurang dua minggu. Ibu saudaraku berasa hairan dengan keputusanku
itu. Kebiasaannya, aku akan tinggal lebih lama di kampung. Selalunya aku hanya
akan pergi ke Langkawi setelah berada di kampung lebih kurang tiga atau empat
minggu. Walau bagaimana pun, aku berjanji akan pulang ke kampung semula sebelum
balik ke Kuantan. Sudah tentu, Biru amat senang dengan keputusanku.
Perjalanan dari Kampung Padang Siding ke Kuala Perlis hanya mengambil
masa 20 minit. Setelah menyewa tempat untuk menyimpan keretaku, aku terus
menemui bapa saudaraku yang kebetulan bekerja sebagai agen menjual tiket
di sana. Segala urusan berjalan dengan lancar. Seperti biasa, Biru tetap tenang
meskipun ramai orang yang berada di jeti tersebut. Ada juga kanak-kanak yang
menunding jari sambil memberitahu ibu mereka aku mendukung seekor kucing.
Setelah ketibaan bot untuk ke Langkawi, aku melangkah dengan berhati-hati
kerana masih lagi mendukung Biru. Di dalam bot, Biru terus duduk di ribaanku
dengan tenang. Ada beberapa orang yang datang kepadaku dan bertanya tentang
Biru. Mereka berasa hairan kerana aku tidak meletakkan Biru di dalam sangkar.
Ada juga yang bertanya bagaimana sekiranya Biru membuang air di dalam bot itu.
Aku hanya tersenyum.. Aku tidak salahkan mereka. Memang mereka tidak tahu
siapakah Biru..............
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.