" Kalau nak, saya
boleh bagi seekor sebab anak-anak saya dari KL dah tempah dah dua ekor,"
kata pak cik Hussin. Alhamdulillah. Memang ungkapan itulah yang aku
tunggu-tunggu dari tadi. Tanpa berfikir panjang, aku pun berjanji pada pak cik
Hussin untuk pergi ke rumahnya pada petang itu.
.jpg)
Sebagaimana yang dijanjikan, aku pun
pergi ke rumah pak cik Hussin yang terletak tidak jauh dari tempat tinggalku.
Melihat sahaja anak-anak kucing comel yang berada di hadapan mataku, hatiku
mula terpaut. " Kalau nak, ambiklah anak kucing yang berwarna perang tu," kata pak cik Hussin
sambil jarinya menunding ke arah salah seekor anak kucingnya. Kuamati anak
kucing yang ditunjukkan oleh pak cik Hussin. Subhanallah, sungguh indah ciptaan
Allah.
" Mak anak kucing ni baka Siam. Bapak
dia baka Burma.. Sebab itulah mata dia biru," terang pak cik Hussin.
Setelah itu, aku membawa anak kucing itu pulang ke rumah. Isteriku menyambutnya
dengan penuh gembira dan bersyukur. " Alhamdulillah. Cantiknya anak kucing
ni. Kita nak beri dia nama apa,bang?" tanya isteriku. " Apa kata kita
namakan anak kucing ni Biru sebab matanya berwarna biru," tambahnya lagi.
Aku tersenyum. Sudah ada riak kegembiraan di mata isteriku.Air matanya hampir
menitis...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.