Aku terus keluar dari bilik itu diikuti oleh isteriku..Perasaanku kini semakin tenang apabila melihat keadaan Biru yang mengangkat kepalanya sebelum aku keluar.. Aku cukup bersyukur kerana selamat sampai ke klinik tersebut.. Aku mungkin tidak dapat memaafkan diri ini seandainya terjadi apa-apa kepada Biru di sepanjang perjalananku tadi. Aku dan isteri keluar dari klinik itu dengan perasaan yang puas.. Perbualan kali diselang selikan dengan gelak ketawa dan gurau senda.. Perasaan bimbang akan keselamatan dan kesihatan Biru seolah-oleh dapat dibuang jauh-jauh..Begitu tenang hati kami berdua.. Kuharapkan keadaan ini akan berkekalan sehingga Biru dibenarkan keluar dari klinik itu...
Perutku mula berkeroncong kerana tidak sempat untuk menjamah makanan pagi tadi..Tambahan pula, aku lebih mengutamakan keselamatan Biru daripada perutku..Kini, setelah aku rasakan keadaan dan perasaan yang tenang, perutku mula menunjukkan belangnya. Rupa-rupanya isteriku juga mengalami keadaan yang sama. " Selamat tinggal, Biru.. Berehatlah secukupnya," bisik hatiku sebelum memulakan perjalanan.. Kami terus menuju ke sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari situ.. Pelbagai juadah menarik yang disediakan di situ sehinggakan membangkitkan seleraku yang tumpul pada pagi tadi..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.