Thursday, 1 August 2013

BICARA SEPI ( PART 32 )


     Kini tubuh Biru sudah tidak kelihatan. Pemergian Biru turut membawa hatiku bersama. Semangatku juga seperti dibawa pergi.. Aku mula menjadi murung dan tidak ceria.. Rakan-rakanku mula mennyedari perubahan ketara yang terjadi pada diriku.. Mereka yang mengenali aku sebagai lelaki yang ceria dan suka bergurau senda mula tidak bergurau denganku.. Mungkin mereka sudah tahu apa yang telah berlaku atau pun memberi kesempatan untukku menenangkan diri.. Aku sendiri pun tidak tahu.. Pada setiap masa kelibat Biru sering kelihatan di mana-mana sahaja.. Ke mana sahaja aku pergi, aku dapat rasakan Biru sentiasa menemani.. Kadang kala aku bercakap sendirian seolah-olah berbicara dengan Biru.. Betul, memang itu yang berlaku.. Ada ketikanya aku sengaja membiarkan makananku terdedah buat seketika.. Kebiasaannya Biru akan mula meminta belas kasihan daripadaku untuk mendapatkan sedikit makanan. Telatah Biru begitu mencuit hatiku.. Kadang kala Biru akan buat perangai dengan menghempaskan dirinya ke pintu seandainya aku tidak memberikannya secubit makanan yang kujamah.. " Ahhh, biru dah tiada!" keluhku perlahan setelah menyedari makananku mulai sejuk..

       Hari-hari yang kulalui terasa kosong dan tidak berseri.. Kehilangan Biru memang amat dirasai.. Apa yang kubuat semuanya tidak menjadi.. Aku juga mudah menjadi marah walaupun dengan sebab yang terlalu kecil.. Padahal, aku dahulu memang suka bergurau. Aku tidak boleh bersendirian.. Tatkala bersendiri terutamanya pada waktu malam yang sunyi entah mengapa secara tiba-tiba air mataku akan jatuh membasahi pipi.. Perasaan hiba itu akan datang sendiri biarpun tidak pernah kuundang.. Aku juga menjadi penunggu malam yang setia.. Mataku amat suka untuk kututup.. Baru sahaja aku ingin melelapkan mata, aku rasakan Biru datang dan bermanja denganku.. Kehangatan badannya seolah-olah dapat aku rasakan.. Malam terus melabuhkan tirainya tetapi aku masih lagi berjaga. Isteriku yang sedang tidur dengan lena di sisi kukucup dahinya dan kubelai rambutnya dengan mesra.. Sesekali aku terdengar dirinya bercakap di dalam tidur.. Ucapannya memang jelas kudengari.. Dia seolah-olah sedang berkomunikasi dengan Biru.. Aku hanya membiarkannya sahaja.. Mungkin dengan cara itu dia dapat melepaskan kerinduannya yang terpendam.. Kadang kala isteriku tersenyum  dalam tidurnya itu.. Mungkin dia sedang melihat telatah Biru dalam mimpinya itu.. Aku tidak mahu mengejutkan isteriku.. Biarlah dia dibuai mimpi indah bersama denganmu... Biru,sayangku.. Dengarlah kata ayahmu ini.. Bahagiakanlah ibumu itu biarpun seketika di dalam mimpi....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.