Monday 29 July 2013

PERGI YANG TIDAK MUNGKIN KEMBALI ( PART 29 )


     Kini aku sudah tiba di muka pintu klinik tersebut.. Isteriku sudah tidak dapat menahan perasaannya.. Perasaan malu pada orang di dalam klinik itu seolah-olah telah hilang.. Isteriku menangis semahunya.. Aku terus menuju ke bilik di mana Biru ditempatkan.. Doktor tidak kelihatan.. Aku terus menemui pembantu klinik yang bertugas pada hari itu.. Kini aku sudah pasti kerana aku melihat Biru terbujur kaku di situ.. Kupegang badannya.. Ternyata masih hangat tubuhmu.. Mata Biru kelihatan tidak tertutup rapat.. Kata orang tua, mungkin ada hajatnya yang tidak kesampaian.. Mungkinkan hajatmu untuk memberitahu kami dirimu akan pergi tidak dapat ditangkap oleh kami..

     Kini aku mula terbayang saat Biru mengangkat kepalanya dan mengiau lembut sebelum aku melangkah keluar dari bilik itu.. Oh, mungkin dirumu ingin memberitahuku sesuatu.. Aaah mungkin ayahmu ini bodoh dan dangkal pengetahuan yang menyebabkan kita tidak dapat bersama di saat dikau menghembuskan nafasmu yang terakhir... Aku hanya dapat menyalahkan diri sendiri...Kututupkan matanya supaya rapat pejamnya.. Setelah itu, Biru kuangkat dan kurangkul dengan penuh kasih sayang.. " Anak ayah, " terbit suaraku tanpa disedari.. Pembantu klinik yang berdiri di situ tidak dapat menahan air matanya.. Dia juga turut menangis.. Biru kukucup dengan mesra..
     
     Kukuatkan semangat untuk menyambung coretan ini.. Hanya kekuatan hati dan iman yang memungkinkan aku meneruskan kisah bersamamu ini. Biru, biarpun ramai pengganti, namun yang pergi tidak mungkin akan sama dengan pengganti.. Kini dirimu tiada lagi di sisi kami.. Tiada lagi kelibatmu yang ceria dan mencuit hati.. Kering sudah air mata menangisi pemergianmu..Pergi yang tidak mungkin akan kembali lagi.. Semoga dirimu akan tenang di sana bersama Maha Pencipta Yang Esa.. Biru, andai kata dirimu mendengar luahan hati ini, ketahuilah olehmu kami amat menyayangi dan merinduimu. Kami juga akan menyusul menemui Tuhan sepertimu.. Cuma masa dan ketika yang akan menentukan.. Bila ia tiba, tidak akan berganjak walaupun sesaat sekali pun.. Biru, tunggu kami di sana.....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.