Thursday 18 July 2013

RENUNGANMU ( PART 26 )



       Alhamdulillah.. Akhirnya kami sampai juga ke klinik Jawhari iaitu klinik yang akan kami pergi seandainya telah bersedia menyambut Biru menghadapi masalah kesihatan.. Setibanya kami di sana, doktor dan para petugas telahpun searipada dia menunggu.. Seperti kebiasaan, kami akan menelefon klinik tersebut dahulu sebelum pergi ke sana.. Keadaan Biru kini semakin lemah.. Aku belum pernah melihat keadaannya yang sebegitu terus sebelum ini... Walaupun pernah dahulu, Biru termakan rumput yang beracun tetapi keadaan ini jauh lebih teruk daripada itu. Kepalanya terkulai.. Dia seolah-olah tidak mampu untuk menahan kepalanya sendiri daripada terjatuh..Kasihan anakku..Sabarlah sayang, ayah sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu.

         Biru kemudiannya kuangkat terus ke bilik rawatan. Doktor dan pembantu farmasi kelihatan begitu sibuk untuk menyelamatkan Biru.. Mereka terus memberikan bantuan pernafasan kepada Biru.. Kelihatan dada anakku itu berombak-ombak. Nafasnya mula tidak teratur..Biru terus berjuang untuk sisa-sisa nyawanya yang terakhir..Kami hanya mampu menadahkan tangan untuk memohon kepada Allah semoga Biru selamat dalam perjuangannya.. Setelah itu, Biru terus disuntik dan dimasukkan air.. Nafasnya kini tidak seperti tadi.. Doktor dan anak buahnya mula tersenyum.. Mereka percaya Biru telah berjaya melepasi tahap-tahap yang menggetirkan tadi... Setelah itu, doktor telah keluar dari situ untuk berjumpa dengan pelanggan beliau yang lain..Sungguhpun begitu, sebelum keluar sempat lagi doktor menepuk bahuku.. Aku tidak tahu apakah maksud beliau.. Inginku tanya tetapi lidahku tetap kelu tidak bersuara.. Aku terus melupakan doktor tersebut dan menumpukan perhatianku kepada Biru......

            Pembantu farmasi telah memberitahu kami bahawa Biru terpaksa ditahan di situ buat beberapa hari.. Katanya senang untuk melihat perkembangan kesihatan Biru pada setiap masa..Aku akur..Apa yang baik untuk Biru maka baik jugalah untuk aku.. Sebelum kami melangkah keluar secara tiba-tiba Biru telah mengangkat kepala dan mengiau seolah-olah memanggil namaku.. Aku kaget.. Aku hampir tidak percaya.. Aku kembali mendapatkan Biru dan mengusapkan kepalanya. Biru terdiam..Matanya terbuka dan tertutup memandangku..Mungkin Biru ingin mengikutku pulang ke rumah... " Biru dah sihat".. Mungkin itulah yang ingin disampaikan kepadaku..." Sabarlah,Biru..Biru tak sihat lagi..Kalau dah sihat nanti,kita balik ke rumah,ye," pujukku... Renungan Biru sangat dalam dan jauh...Aku sendiri tidak mengerti pada kali ini.. Apakah maksud yang ingin disampaikannya...Sebelum pulang, aku sempat mencium dahinya..." Berehatlah sayangku," bisik hatiku............Aku melangkah longlai keluar dari bilik itu...Tidak sanggup aku melihat keadaan Biru yang terbaring di situ... Aku tidak sanggup...


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.