Tuesday 16 July 2013

KUCINGKU YANG BERNAMA JEBAT ( PART 1 )

               

     Kucingku yang pertama bernama Jebat. Sehebat namanya begitulah juga tuannya. Biarpun masih kecil, namun Jebat begitu bijak. Inilah kali pertama aku benar-benar mempunyai kucing. Kalau sebelum ini, aku tidak tahu bagaimana perasaan seseorang yang mempunyai kucing namun begitu dengan kehadiran Jebat, aku benar-benar merasai bagaimana kasih dan sayangnya tuan punya seekor kucing.
    
            Kisah ini bermula lima tahun yang lalu. Ketika itu, rumahku didatangi seekor kucing yang amat comot dan busuk. Entah mengapa, secara tiba-tiba hatiku  terdetik untuk memeliharanya dan menamakan Jebat kepada kucing itu. Semakin hari, Jebat menjadi semakin sihat dan boleh dikatakan tergolong dalam kalangan kucing yang ' hansome'.. Hehehehe dah tentu ramai awek dalam kalangannya yang tergoda. Hahaha makin macho kau Jebat..
             
              Masihku ingat, kau akan menggesel-geselkan badan dan memanggilku dengan manja sekali. Ketika aku pulang daripada bekerja kau akan menungguku dengan setia.Sehingga ke hari ini aku masih terbayangkan kenakalan dan kemanjaanmu. Antara peristiwa yang aku tidak boleh lupakan ialah bagaimana kau masuk ke dalam kereta salah seorang rakanku yang datang bertandang ke rumah. Puas jugalah aku mencari sehinggalah aku menerima panggilan telefon daripada rakanku yang menyatakan bahawa kau berada di rumahnya. Siap bergurau pulak tu hendakkan kau,Jebat.. Mana boleh tahan..

              Setelah aku mengambil Jebat dari rumah rakanku itu, aku makin berhati-hati. Jebat bukan sahaja menjadi perhatian awek-awek dalam kelompoknya tetapi juga menjadi perhatian jiran-jiranku. Kebanyakan daripada mereka sangat sayang akan Jebat. Maklumlah, sudahlah jinak, cerdik pulak tu.
        
                 Sehinggalah, pada suatu hari aku pergi ke Kuala Lumpur untuk melawat saudaraku di sana. Ketika dalam perjalanan pulang, aku menerima panggilan telefon daripada jiranku yang mengatakan Jebat telah hilang. Aku dah tidak boleh meneruskan kisah ini. Air mataku mula bergenang.. Namun yang patah pasti akan tumbuh dan yang hilang pasti akan berganti. Namun, yang tumbuh pasti tidak akan sama seperti yang patah. Pasti yang berganti juga pasti tidak dapat memenuhi ruang yang sepi. Masih adakah lagi ruang bagi menggantikan dirimu? Hanya masa menjadi pengubat rindu. Mungkinkah ruang itu akan terisi? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

1 comment:

  1. Setelah sekian lama..Barulah aku berkesempatan untuk menulis semula..Itupun dalam blogku yang baru ini..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.