Tuesday 16 July 2013

TIADA LAGI GURAUANMU. ( PART 2 )

               

     Tanggal 5 Disember 2010 tidak mungkin akan luput dalam ingatanku. Biru, nama itu diambil sempena matamu yang berwarna kebiru-biruan. Sesungguhnya kehilangan Jebat masih lagi menjadi tanda tanya. Isteriku sudah berhari-hari menangis kerana kehilangan Jebat yang amat dikasihi. Bagi mengubati kesedihannya aku berusaha untuk mencari pengganti Jebat.


       Kisah kehilangan Jebat telah sampai ke pengetahuan rakan-rakan sekerjaku. Ramai yang meluahkan rasa simpati dan ada antara mereka yang menawarkan anak kucing mereka kepadaku. Namun, hatiku agak tawar untuk mencari pengganti Jebat. Sehinggalah pada suatu hari, aku bercakap dengan tukang kebun di tempat aku berkhidmat. Dari sinilah kisah Biru bermula... 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.