Tuesday 30 July 2013

KAIN TELEKUNG DIKOYAK ( PART 30 )


     Perasaan sedih dan pilu mula menyelinap masuk ke lubuk hati yang paling dalam.. Kesakitannya tidak ubah seperti terkena onak berbisa. Biru yang terbaring kaku di situ kuangkat dan balutkan dengan kain yang memang kubawa dari Jengka tadi untuk membaluti tubuhnya agar hangat semasa perjalanan.. Kini kain itu juga yang aku balutkan agar badanmu tidak kesejukan.. Pembantu klinik yang tidak tahan dengan perlakuan kami terus keluar dari bilik itu dengan linangan air mata.. Setelah itu aku membawa Biru keluar menuju ke kereta sementara menanti isteriku yang membayar segala perbelanjaan perubatan Biru..

       Kami berdua-duaan di dalam kereta.. Cuma, keadaan agak berbeza kali ini.. Perasaanku terasa kosong dan sunyi seolah-olah sedang berada di padang pasir yang tandus dan hening.. Mataku tidak terlepas untuk melihat Biru walaupun seketika.. Pada waktu inilah pelbagai memori pahit dan manis silih berganti bermain di fikiranku.. Terbayang olehku kaletahnya pada waktu kecil yang akan menggeselkan badannya pada kakiku ketika aku bersiap-siap untuk keluar.. Biru tidak pernah aku tinggalkan bersendirian kecuali ketika aku pergi bekerja.. Itupun aku cukup terhibur dengan perangainya yang sering merajuk dan mencakar-cakar sofaku setibanya aku di rumah.. Aku tersenyum sendiri. Apabila aku teringat saat-saat cemas ketika Biru dikejarkan ke klinik kerana bergaduh dengan kucing lain aku terasa bersyukur pula kerana diberikan masa yang lebih untuk bersama dengannya.. Andai kata Biru pergi pada masa itu, sudah tentu saat manis bersamanya tidak dapat kukecapi lagi.

       Entah sudah berapa lama isteriku mengetuk tingkap kereta pun aku tidak tahu.. Lamunanku terhenti hanya apabila aku tersedar tingkap keretaku diketuk berulang-ulang kali.. Kelihatan wajah isteriku yang murung terpacak berdiri di luar kereta.. Setelah berada di dalam kereta, isterku mula menangis dengan kuat.. Sepanjang ingatanku, isteriku menangis tidak berhenti-henti dari klinik sehinggalah kami sampai ke rumah.. Aku hanya berlakon seolah-olah kuat tetapi di dalam hati hanya Allah yang mengetahui.. Perasaan hiba kusimpan dalam-dalam jauh di kalbuku agar isteriku peroleh kekuatan dan ketabahan.. Setelah masuk ke dalam rumah, isteriku terus mendapatkan kain telekungnya yang baru lalu dikoyakkannya.. Aku terkejut dengan tindakannya itu.. Apa yang sudah jadi kepada isteriku ini........

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.