Monday 15 May 2017

TERBARING DISIHIR

Image result for assalamualaikum image

Alkisah, pokcik menerima panggilan telefon daripada anak si sakit yang pokcik ceritakan terkena tempias sihir tempoh hari. Katanya ayahnya makin teruk. Ingatkan nak usahakan satu kes lain malam ni tapinya dah dikatakan begitu pokcik janji nak piii jugak laa rumahnya sekejap lagi. Tak tau laa nak jumpa apa pulak kali ni.

Lepas pokcik update status dalam FB, pokcik terus ke rumahnya. Kebetulan orang rumahnya sedang menyiapkan makan malam. Pokcik suruh depa makan dulu tapi depa tak mahu. Katanya tak paa laa makan lewat sikit. Depa tak jadi makan. Pokcik pun terus ke ruang tamu rumah. Kelihatan hamba Allah ni berbaring. Tidak bercakap walaupun sepatah.

Sementara nak hilangkan penat, pokcik pun bersembang laa dengan orang rumahnya dan anak-anaknya. Kata anaknya dia dah seminggu berada di situ kerana kesihatan ayahnya yang semakin teruk. Dalam pada tu dia juga sempat bercerita perihal dua tiga malam lepas. Katanya ketika dia sedang membasuh pinggan, dia melihat seorang perempuan berbaju putih menghampiri tingkap.

Tak apa laa pokcik kata, yang tu dok kat luar rumah. Kini anak seorang lagi pun beritahu, ketika dia sedang tidur di ruang tamu dia lihat ayahnya sedang menggoreng cekodok padahal ayahnya sedang baring tidak bangun-bangun. Biasalah pokcik cakap, jangan terpedaya. Jin boleh menyerupa sesiapa sahaja. Junjungan mulia Nabi Muhammad saja depa tak boleh nak merupa.

Setelah bersembang lebih kurang pokcik pun mengadap si ayah mereka. Kelihatan mukanya sembab. Dia tidur mengiring jadi pokcik minta dia tidur melentang agar senang melakukan urusan. Dia ikut dalam kepayahan nak menggerakkan badannya. Tengok laa lebih kurang, dapat pokcik kesan ada sesuatu di beberapa bahagian badannya.

Ia berada di kaki kanan, perut, dada, leher dan kepalanya. Simptom lebih kurang isteri dan anaknya yang datang ke rumah pokcik dua hari lepas. Isterinya sebelum itu memberitahu suaminya itu juga sukar untuk bernafas. Tak paa laa pokcik kata. Kita usahakan saja setakat termampu. Selepas berzikir dan istighfar sekejap pokcik terus mengadapnya. Ketika sedang melakukan rawatan pokcik lihat mukanya dah berubah.

Pokcik tak pasti mainan mata atau sebagainya. Mukanya amat teruk. Seperti ada mata di bahagian kepalanya. Tak paa laa, malas nak layan perasaan maka pokcik pun teruskan juga. Pokcik ikhtiar dan bermohon kepada Allah untuk mengeluarkan satu-satu benda di dalam badannya kecuali pada bahagian kaki yang berada di luar. Alhamdulillah selesai dengan izin Allah.

Sebaik sahaja selesai, anaknya yang lain sekeluarga datang. Sebaik sahaja selesai dia pun bangun duduk. Alhamdulillah. Terus dia panggil cucunya. Orang rumahnya menegur sebab dia baru saja bangun tetapi pokcik benarkan dia bermain dengan cucunya itu. Tengok tu aki ko, sihat terus nak main dengan cucu, kata orang rumahnya kepada anak perempuannya.  Alhamdulillah setelah selesai hamba Allah ini, pokcik pun usahakan rumahnya pula. Bukan seekor dalam rumahnya. Hihihi.
Setelah semua selesai pokcik pun meminta diri untuk pulang. Maklumlah diorang belum makan malam lagi. Ketika hendak melangkah anak lelakinya pula bagitahu pokcik dia pulak nak berjumpa dengan pokcik selepas ini. Entah apa pula urusan pokcik tak tanya pulak. Nanti panjang pulak ceritanya.

Apa pun terima kasih kepada semua sahabat kerana mendoakan pokcik tadi. Memang pokcik tak tahu doa siapa yang dimakbulkan. Alhamdulillah urusan pada malam ni dipermudahkan oleh Allah. Dalam kes ni, pokcik nampak ada jin yang mengambil kesempatan atas keadaan pesakit yang disihir ini. Dia tak berdaya maka ada laa jin yang menyerupa dirinya untuk menimbulkan fitnah atas si sakit . Wallahua'lam. Moga berjumpa lagi pada lain masa. Salam hormat