



Pokcik masih membiarkan sahabat-sahabat group pokcik usahakannya. Apabila masih lagi dia menghadapi masalah maka dia meminta pokcik ikhtiarkan pula. Bersama dengan cerita ini pokcik sertakan bersama perbualan pokcik dengan suaminya.. Mula-mula pokcik berat juga hati untuk usahakannya kerana sahabat-sahabat pokcik sedang usahakannya..
Namun begitu, apabila salah seorang perawat yang usahakannya pm pokcik maka pokcik berjanji akan usahakannya. Menurut perawat itu dia diugut oleh jin itu. JANGAN GANGGU URUSAN AKU, kata jin itu. Apabila menerima ugutan itu, dia terus pm pokcik agar meneruskan rawatan.. Pokcik berjanji kepadanya untuk usahakan hamba Allah itu tetapi tidak berjanji apa-apa. Semuanya terpulang atas ehsan Allah..
Setelah berzikir sebentar, pokcik menghubungi suami kepada hamba Allah ini dan memberitahunya pokcik akan usahakan isterinya itu.. Alhamdulillah urusan pokcik dipermudahkan oleh Allah.. Dia kembali tenang setelah semua jin yang ada padanya berjaya diselesaikan dengan izin Allah..
Namun begitu, keesokan harinya dia memuat naik gambar dia dan suaminya dalam group. Tak lama kemudian dia pm pokcik dan memberitahu dia berasa lain macam dan berasa ada mata yang memerhatikannya di dalam rumahnya itu.. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan dan tiada lagi mata yang memerhati.. Nasihat pokcik kepadanya, sentiasa berhati-hatilah kerana kita tidak tahu hati budi orang. Kadang kala musuh kita ialah orang yang kita tidak sangka-sangka...
Gambar kita di media sosial kadang kala digunakan sebagai medium sihir. Ada juga jenis orang yang ingin mencuba ilmu.. Berhati-hatilah terutama memuat naik gambar kita, makanan atau minuman di media sosial. Sekiranya doa boleh dikirimkan secara jauh, begitu juga dengan santau dan sebagainya. Moga kita semua berada dalam lindungan Allah. Wallahua'lam. Salam hormat.