Friday 12 May 2017

ENTITI

Image result for assalamualaikum image

Kali ni cerita bab sensitif pada kehadiran entiti.. Ada yang mempunyai tubuh yang sensitif dengan kehadiran makhluk halus. Kita tak rasa dia rasa dah.. Meremang dan sebagainya. Sahabat pokcik yang pokcik kadang kala bawa apabila ada kes merupakan salah seorang yang mempunyai deria rasa yang sensitif.

Senang sahaja untuk mengetahui gangguan masih ada di tempat itu ataupun tidak. Biasanya dia akan sendawa atau muntah apabila ada entiti berdekatan. Orang yang membela hantu atau pendamping memang tak boleh nak sorok laa.. Hihihi.. Itu kelebihannya.

Alkisah baru-baru ini kami mengeteh. Ketika itu kami menunggu sahabat lain yang dalam perjalanan ke tempat kami. Tiba-tiba hamba Allah yang kami tunggu menelefon bertanyakan lokasi tempat kami ngeteh itu...

Sebaik sahaja telefon berdering dia mula sendawa panjang.. Alamak, ada benda nak maiii pulak kata pokcik dalam hati. Dia terus sendawa sepanjang perbualan telefon. Sebaik sahaja telefon diletakkan dia berhenti sendawa dan keadaannya kembali normal. Pokcik dah bimbang sebabnya kami di kedai makan. Sat lagi semua orang dalam kedai tu pakat pandang kat kami.. Hihihi

Kebimbangan pokcik tepat sebab sebaik sahaja hamba Allah tadi sampai dia mula sendawa lagi sekali. Kali ni lebih teruk. Sahabat pokcik kemudiannya keluar dari kedai dan terus pergi ke tempat letak kereta. Tak nak panjang cerita pokcik terus mengekorinya. Pokcik tengok dia sendawa dengan teruk dan muntah angin..

Nasib baik berlaku pada waktu malam. Orang tak perasan sebab di kawasan letak kereta tu agak terlindung. Tanpa membuang masa pokcik pagar dia dan pasak entiti yang berada padanya ke tanah. Alhamdulillah selesai dan kami masuk semula ke kedai makan dan sembang santai dengan sahabat yang baru datang tadi.

Rupa-rupanya, ada entiti yang mengikut hamba Allah tadi.. Buat masa ni alhamdulillah keadaan hamba Allah yang datang itu. Namun ada lagi urusan yang tidak selesai. Hihihi.. Apa urusan yang tidak selesai tu? Hihihihi.. Biarlah rahsia. Wallahua'lam. Salam hormat.