

Alhamdulillah dipanjangkan usia sehari lagi oleh Allah. Kali ni pokcik nak kongsikan satu kisah lagi iaitu tentang, pendamping, rumah berhantu dan sihir. Alkisah, semalam pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah dari Selangor.. Katanya dia stress, sakit, dan sebagainya. Dia dah letih dengan gangguan yang terjadi di rumah sewanya. Menurutnya ketika datang untuk menyewa, tuan rumah itu langsung tak beritahu tentang gangguan yang berlaku di rumahnya...
Biasalah, siapa yang nak bagitahu. Kalau boleh sorok memang akan sorok lagi bukannya nak bagitau.. Katanya, rumah sewa itu memang murah. Tapinya dia tak mensyakki apa-apa pada awalnya.. Nak berfikiran postif kot no.. Adiknya pernah beritau kepadanya bahawa rumah itu pun sering disewa untuk penggambaran filem hantu. Takkan setakat penggambaran filem boleh menyebabkan rumah tu berhantu.. Hihihi.



Dia juga ada masalah dalam perniagaan. Katanya perniagaan semakin merosot. Kalau dahulu, perniagaannya memang agak berjaya. Kini keadaannya seperti hidup segan mati tak mahu. Keadaannya seperti sudah jatuh ditimpa tangga pula. Memang ujian yang berat baginya tetapi bagi pokcik ia merupakan teguran daripada Allah agar dia kembali kepadaNya. Mungkin dengan ujian yang diberikan, dia akan mendekatkan diri kepada Allah dan meninggalkan apa yang ditegah olehNya. Bayangkan katanya, dahulu dia agak jauh dengan Allah sehinggakan ustaz yang pernah dia temui dahulu meminta dia melafazkan syahadah tetapi dia beristighfar.. Allahu akbar.. Ini kisah silamnya yang boleh dijadikan ikhtibar dan pengajaran buat kita semua..



Petang tadi pokcik mendapat perkhabaran. Katanya alhamdulillah dia sudah boleh tidur dengan lena. Tiada lagi kedengaran bunyi kerusi ditolak dan sebagainya. Pintu biliknya juga tidak ditolak dan diketuk dengan kuat. Dia sudah boleh tidur dengan nyenyak. Cuma tengah hari ini dia rasa pintu biliknya ditolak dengan perlahan dsn kedengaran seperti suara kucing. Namun begitu, pokcik rasakan ia cuma halusinasinya kerana dia sudah lama berada dalam keadaan itu dan melalui trauma yang teruk.
Apa pun, pada malam ini pokcik meminta dia spray lagi rumahnya itu dikhuatiri masih ada sisa-sisa atau baki kekotoran di dalam rumahnya itu. Moga semua urusan tentang rumahnya itu selesai dengan izin Allah dan pokcik akan usahakan dirinya yang terkena sihir pula. Doakan semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah..
Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. sesungguhnya setiap ujian yang datang pasti ada hikmah disebaliknya. Kadang kala ia merupakan teguran daripada Allah agar kita dapat menjaga hubungan denganNya dan kembali ke jalan yang lurus. Moga kita semua terlindung daripada semua kejahatan dengan mendapat perlindungan daripada Allah. Maaf andai ada sebarang salah dan silap dan kata-kata yang kurang enak didengar. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat...
*BARU TERIMA